Mesti baca : Keratan akhbar Harakah siar Ahli Parlimen PAS di Gereja Christ of The King atas alasan dakwah

Soalan :

1) Adakah ada orang Kristian benar orang Islam berdakwah di tempat ibadat mereka ?

2) Adakah tiada tempat lain untuk misi bertemu rakyat untuk berdakwah ?

3) Adakah logik ahli agama lain dibenar dakwah di tempat ibadat kita ?

4) Adakah ini tanda politik memperalatkan rumah ibadat sudah semakin berleluasa hingga sampai ke gereja ?

5) Apakah pandangan agama tentang hukum masuk tempat ibadat agama lain ?

Jawapan soalan kelima ada iaitu kita tidak diharuskan ke tempat ibadat agama lain tanpa sebarang urusan.

Apatah lagi sebagai pemimpin bagi sebuah parti Islam sudah tentu perkara yang boleh menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

Sekarang ini sudah banyak insiden seperti bukan Islam masuk ke masjid untuk tujuan politik.

Mereka tidak lagi takut kerana sebahagian yang menyokong PAS sudah pun berjaya diliberalkan fahaman mereka hingga membenarkan masjid dimasuki oleh ahli politik bukan Islam.

Hingga kepada kalimah Allah juga diliberalkan batasannya kepada bukan Islam demi mencapai cita cita politik yang sedikit.

Moga ALlah selamatkan Malaysia dan sekelian kaum muslimin…

Amin!

9 Responses

  1. assalamaualaikum tuan yang budiman,wahai tuan,cuba lihat sirah Nabi Saw pun pernah berdakwah dengan menghantar sahabat membawa utusan untuk paderi gereja,kedua,adakah seseorang tahu niat sebenar seorang yang lain?niat ada dalam hati seseorang baik dan buruk ada balasannya..beri peluang untuk mereka yang ingin berdakwah,diam sahaja kalau tak mahu,harap tuan belajar lebih lagi tentang agama terutamanya sirah Nabawi dan aliran tasauf supaya tuan tidak tersesat jalan.wallahu’alam..

  2. saidina umar r.a semasa tawan baitulmuqadis pun masukgak dalam gereja..apa masalahnye pulak

    kapirpun boleh je nak solat kat masjid kita..
    cuba pi ngaji cari ilmu tak akan
    huru hara..

    bila murakab jadilh macaam ni tak tau nak ckap juga..
    umat akhir zaman..

    • dua kali lima 10…lima kali dua juga 10…..hangpa pon kungkali kung…konon dah bijak dan pandai beragama….tuiihh…pi buag kopiah/lepat pisang tu…baru si kapiag cina dan hundu ckp baik udah boleh bagi semuanya…inilah takda jati diri…hoii pemimpi islam kita yg lampau malu pasai hampa yg bodoh lagi tuli,…suruh org belajag kinin…diri sendiri hapraq

  3. mcm mana pulak kalau paderi2 mohon masuk berdakwah dlm masjid/surau kita, mampukah kita membenarkannya??

    • betul tu…ini usaha secara halus utk liberalkan agama…tak mustahil paderi akan dibenar masuk masjid utk ceramah agama kalau senario ini berterusan.

  4. salam.
    betoi juga tu, cane kalau tetibe mereka minta masuk masjid…tumpang dakwah kat masjid boleh?

  5. JAHIL SANGAT TUKANG BLOG NI..SEJAK DULU DIALOG ANTARA AGAMA AMAT DIGALAKAN DALAM ISLAM DALAM MISI DAKWAH..

    seorang tokoh yang amat berwibawa DALAM DIALOG DAN PERDEBATAN ANTARA AGAMA iaitu Sheikh Ahmad Husien Deedat. Beliau adalah seorang yang amat lantang mempertahankan ajaran Islam daripada serangan mubaligh Kristian. Antara karya beliau yang masyhur adalah seperti ‘The Choice Between Islam and Christianity’, ‘Is the Bible God Word?’, ‘What is His Name?’ dan ‘al-Quran, The Miracles of Miracles’.

    Antara perdebatan beliau yang hebat ialah perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah Injil kalam Allah?’.PERDEBATAN JUGA PERNAH DIADAKAN DIGEREJA DAN BELIAU SANGGUP MENYAHUT CABARAN ITU KERNA ISLAM ITU TERBUKTI BENAR!!!

    Sebenarnya, kisah kehidupan beliau tidak banyak diketahui umum. Sheikh Ahmad Deedat dilahirkan di Tadkashafaz, India pada 1918 dan sewaktu umurnya sembilan tahun, beliau mengikuti bapanya berpindah ke Afrika Selatan dan menetap di Durban.

    Sheikh Ahmad Deedat menyambung pengajiannya di markas Islam di sana dan menamatkan pelajarannya pada 1934.

    Tidak ramai yang tahu bahawa Sheikh Ahmad Deedat asalnya adalah seorang penjual garam dan gula.
    Pada waktu itulah beliau banyak dikunjungi oleh paderi Kristian sehingga mendorong beliau mengkaji Injil. Beliau melihat kegiatan kristianisasi begitu berleluasa di Afrika Selatan pada waktu itu dan ia begitu membekas di dalam dirinya.

    Dari situlah beliau kemudian membuat persediaan untuk menghadapi mubaligh Kristian berkenaan.
    Sheikh Ahmad Deedat pernah berkata: “Kalaulah tidak kerana tekanan mereka (mubaligh Kristian), nescaya Ahmad Deedat tidak akan menjadi peribadi seperti ini.”

    Pada 1959, beliau mula menyusun strategi dakwahnya dan bekerja untuk dakwah Islam dengan cara mengadakan dialog dan perdebatan dengan paderi. Sheikh Ahmad Deedat memulakan kegiatannya dalam perdebatan pada 1944 di merata tempat seperti Hong Kong, Britain, Ireland, Kanada, Singapura, India, Zimbabwe, Mauritania dan Malawi.

    Kepintaran beliau dalam berhujah menyebabkan beratus-ratus orang di Afrika Selatan dan juga sebilangan besar mubaligh Kristian memeluk Islam. Selain itu, beliau juga adalah pengasas kepada Pusat Dakwah Islam Antarabangsa di Durban, Afrika Selatan.

    Tidak dinafikan apabila membaca penulisan beliau, ia akan membuatkan anda terpegun dengan fakta yang dikemukakan.
    Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya kepada Sheikh Ahmad Deedat sekeluarga.

  6. You completed some good points there. I did a search on the issue and found a good number of folks will consent with your blog.

  7. islam adalah satu2nye agama yang diredhai allah..kalu nok buat satu2 prkara mstilah brdasarkan sirah rasulullah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: