Pegawai Penyelidik JAKIM sendiri masih ‘sesat’ isu Nur Muhammad

Sebelum ini saya telah menyiarkan isu pegawai JAKIM sendiri mmasih ada yang pro kepada Wahabi. Mereka juga telah dibuktikan ada kaitan dengan bukti bukti yang telah diulas di sini.

Hari ini di blog pengawai penyelidik tersebut saya menemui satu lagi isu yang boleh kita kaitkan dengan isu Wahabi di bawah topik Nur Muhammad yang dijawab sebagai sesat oleh bahagian penyelidikan JAKIM di ruang soal jawab di sini http://baheis.islam.gov.my/

saya tidak pelik kerana saya tahu jawapan yang disediakan adalah hasil tulisan pegawai penyelidik JAKIM yang sudah tidak absah bagi saya dari segi kredibiliti mereka yang jelas bercampur pemahamannya tentang agama hingga ada yang pro kepada tokoh reformis tajdid sesat ala Wahabiy.

Jawapan yang diberi oleh penyelidikan JAKIM tentang soalan Nur Muhammad jelas sama dengan fatwa Ulama Wahabi Bin Baz seperti web Al Qayyim di sini http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=128&Itemid=75

Ia juga dikuatkan lagi oleh blog Wahabiy ini http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/05/tajuk-hukum-berzanji-maulid-dan-nur.html yang turut menyesatkan Syeikh Mutawalli As Sya’rawi yang jelas membenarkan fahaman Nur Muhammad ini dalam tulisannya bertajuk (اَنْتَ تَسْاَلُ وَاْلاِسْلاَمُ يَجِبُ).

Fahaman ini dikategorikan sebagai syirik, tak ubah seperti jawapan bahagian penyelidikan JAKIM yang mengatakan ia ajaran sesat.

Apa ni ?

Ekoran itu fahaman menyesatkan konsep Nur Muhammad ini telah menyesatkan ramai orang hingga mereka tidak lagi menerima nas nas sahih dari Al Quran dan Sunnah.

Sedangkan kitab berkenaan tajuk tersebut telah ditulis oleh para Ulama antara seperti info di blog ini http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/11/nur-muhammad-19.html

Kitab tulisan Imam Haddad bertajuk “Sabilul Iddikar wal I’tibaar” telahh diterjemah oleh Allahyarham Syed Ahmad Semait Mufti Singapura ke dalam bahasa Melayu..

Adakah seorang mufti akan menterjemah bahan yang sesat ?

Sebab itu saya tidak dapat menerima jawapan yang telah diulas kembali oleh Pegawai Penyelidik JAKIM Aizam Masood dalam blog beliau di sini http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/penjelasan-tentang-zikir-munajat.html tentang isu Nur Muhammad yang nampak tidak jelas pendiriannya

Moga ketetapan baru dapat dibuat agar isu Nur Muhammad yang disesatkan oleh Wahabiy yang bertentangan dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini dapat diperbetulkan.

Untuk perbahasan ilmiah eloklah kita teliti tulisan Syeikh Uthman El Muhammady di bawah yang disiar oleh blog http://aliatan.blogspot.com/2008/08/konsep-nur-muhammad-di-dunia-melayu.html

بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Tulisan ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-din al-nasihah” dalam hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.

Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah–mudahan kita ini mengenali Nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat rahmatNya. Amin.

Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh

Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini “Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga dinukilnya hadith bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w.” (ibid. 10). Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya juga hadith yang bermaksud: “Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”. (ibid. 10). Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu” (ibid. 10). Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini.” (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah” (ibid. 11).

Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal” (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam”, (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh” (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku” (ibid. 11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku”. (ibid. 11).

Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna: “Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada – uem) (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.

Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13).

Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13).

Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya.

Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.

Untuk sambungan sila ke blog tersebut di sini http://aliatan.blogspot.com/2008/08/konsep-nur-muhammad-di-dunia-melayu.html

Wallahu A’la Wa A’lam.

One Response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: