Putar Belit Nik Aziz Pecah Belah Umat Islam – Mudir Pondok Sa’adah

Putar Belit Nik Aziz Pecah Belah Umat Islam – Mudir Zainal Abidin

TUMPAT, 2 Ogos – Mudir Pondok Saa’adah Ad-Dhaghari, Geting, Ustaz Zainal Abidin Awang menyeru semua pihak menyokong sepenuhnya usah-usaha ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, beliau kesal seruan perpaduan umat Islam selaras perintah Allah S.W.T. tidak diendahkan, malah ditolak sesetengah yang melaungkan slogan Islam.

Beliau berkata, memandangkan kedudukan Melayu dan umat Islam hari ini, langkah ke arah berkenaan amat perlu untuk meninggikan syiar dan mempertahankan kedaulatan Islam.

“Hari ini kita tengok bagaimana bangsa-bangsa lain telah menjadi kuat akibat perpecahan yang berlaku sesama kita. Jadi perpecahan yang berlaku disebabkan oleh parti-parti yang gilakan kuasa dan dunia tidak memperdulikan persaudaraan sesama Islam.

“Perpecahan ini kita boleh katakan bermula pada tahun 1963, apabila berlaku bibit perpecahan antara UMNO dan Pas yang mana Pas telah mengkafirkan orang UMNO apabila parti itu bekerjasama dengan MCA yang dianggap kafir.

“Namun hari ini, Pas telah menjadi sebaliknya dengan bekerjasama pula dengan orang kafir. Apakah gelaran yang patut kita berikan. Apakah enam kali kafir?” soalnya.

Ustaz Zainal seterusnya menempelak Nik Aziz yang sanggup memecahbelahkan umat Islam dengan memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran.

“Jadi kerana Nik Aziz mahukan mengikut iktiqad beliau, dan supaya mendapat kekayaan dunia, akhirnya beliau sanggup memecahbelahkan umat Islam. Maka ketika itu, pada tahun 1963 bermulalah detik perpecahan yang amat kuat sehingga tidak makan penyembelihan orang UMNO dan sebagainya.

“Pada 12 Mei 1999, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pendirian Dap sekarang kerana mereka berubah sikap dan sanggup bekerjasama Pas asalkan Pas tidak mendirikan negara Islam.

“Nik Aziz juga berkata kepada Dap pada ketika itu bukan sahaja dalam manifesto, malah dalam perlembagaan Pas sendiri pun memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam. Nilailah siapa sebenarnya Nik Aziz,” katanya.

Ustaz Zainal seterusnya berkata, Pas terlalu banyak memutarbelit ayat-ayat Allah S.W.T sepertimana mereka menyamakan kerjasama antara Pas dengan Dap seumpama Perjanjian Hudaibiyyah.

“Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap pada 1999 kononnya dengan berlandaskan Perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi dengan penduduk kafir. Pada waktu itu, Nabi bersefahaman dengan kafir supaya negara tidak menjadi kacau bilau dan bukannya Nabi bersama dengan orang kafir untuk menyerang kaum Ansar dan Muhajirin.

“Tetapi Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap untuk menyerang orang Islam. Ini terang-terangan tidak ada di dalam nas. Terang-terangan tidak boleh menggunakan orang kafir untuk menyerang orang Islam,” katanya. -MediaUMNO

rujuk laman ini : http://umno-online.com/?p=16693

20 Responses

  1. Ustaz Moden munafik.
    Golongan munafik yang memutar belitkan cerita untuk memecah belahkan umat Islam.
    Golongan munafik yang diupah oleh Umno Harbi

  2. Alhamdulillah…ust din sudah mula bersama dengan perjuangan tok guru hj lah untuk menyatupadukan ummah…cuma kita ada sedikit kecewa dengan UMNO.

  3. ustaz…..
    bila keluar berita ni?buletin utama ko?

  4. INILAH DIA MAKHLUK PEROSAK AGAMA DI AKHIR ZAMAN,PEMECAH BELAH UMMAH,PEROSAK BANGSA DAN AGAMA…..NIK AZIZ MAHA SOMBONG DAN RIAK MALAH MEMANDANG RENDAH KEPADA INSAN MUSLIM LAIN…BELIAULAH INSAN YANG MAHA BERILMU DAN ALIM…..KEPADA PENGANUT TEGAR PAS BUKALAH MINDA DAN HATI ANDA UNTUK MENERIMA HAKIKAT DAN KEBENARAN..SESUNGGUHNYA PERJUANGAN ANDA ADALAH SIA-SIA-MALAHAN BERDOSA KERANA IANYA MEMBAWA KESAN YANG AMAT BURUK KEPADA PERKEMBANGAN ISLAM DAN KELESTARIAN UMMAH DI MASA DEPAN…..KALAU ORANG UMNO DILABELKAN MUNAFIK MAKA PENGANUT PAS SEPULUH KALI LEBIH MUNAFIK ,KALAU ORANG UMNO DIKATAKAN KAFIR MAKA ORANG PAS LEBIH KAFIR LAGI KERANA SETIAP TOHMAHAN KAFIR ITU KALAU DIDAPATI IANYA TIDAK BENAR MAKA IA AKAN BERBALIK KEPADA ORANG MANGATA …….SEDARLAH WAHAI PENGANUT PAS SESUNGGUHNYA PERJUANGAN ANDA ADALAH SIA-SIA, JIHAD ANDA ADALAH SIA-SIA MALAHAN BERDOSA KERANA TIDAK MENEPATI KEHENDAK AGAMA…. SESUNGGUHNYA ANDA SEMUA DIPERBODOH DAN DIPERALATKAN OLEH TUAN-TUAN GURU ANDA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DEMI KUASA,DAN HARTA MEREKA GILAKAN NIKMAT DUNIA,GILAKAN KERETA,GILAKAN HARTA,GILAKAN TAKHTA,GILAKAN KUASA ,MEREKA GILAKAN MAKANAN LAZAT,GILAKAN TIDUR NIKMAT,GILAKAN ISTANA INDAH DAN PELBAGAI GILA DUNIAWI…ANDA SEMUA APA YANG DAPAT HANYA DAPAT BERKONGSI DOSA-DOSA BERSAMA-SAMA MEREKA…….BERFIKIR…BERFIKIRLAH…BERFIKIRLAH DENGAN AKAL DAN IMAN.

  5. kan elok kalo ulamak dan para cerdik pandai mcm mudir jumpa sendiri dan dptkan penjelasan Nik Aziz dulu sblm komen dan melerek mendedahkan kekurangan dikhalayak ramai…ini pun memecahbelahkan umat jugak nie..

  6. letakkan pertimbangan kita dengan berasaskan ilmu…. kalau ilmu tk tinggi..jgn kita melonjak emosi sampai lupa yg baik dan yg buruk…. hina dan jatuhkan aib orang tue kan tak elok… kalo dah buat yg sepatutnya dan sememangnya yg benar tidak ditegakkan.. its ok laaa…nk marah pun atas dasar islam laaa…. malu jer ngan bangsa yg belum islam…

  7. UNTUK PENGETAHUAN,MELAYU INI ADA 2 JENIS.MELAYU NAK PADA ISLAM DAN MELAYU NAK MEMPERTAHANKAN IDEOLOGI NASIONALISME@SEKULARISME..PERPECAHAN BERLAKU KERANA PERTEMBUNGAN 2 IDEOLOGI INI.ISLAM TAK AKAN TUNDUK PADA IDEOLOGI CIPTAAN YAHUDI.APA2HAL MUSIBAH BERLAKU KITA MESTI KEMBALI KEPADA ISLAM.YAKINLAH PADA ISLAM.PERPADUAN ATAS DASAR ISLAM.BUKAN PERPADUAN ATAS DASAR MELAYU@KAUM. SEKULAR MEMANG TAK SUKA ISLAM SEBAB BAGINYA AGAMA DIASINGKAN DALAM URUSAN(POLITIK DLL).. APAKAH HUKUMNYA JIKA KITA MENGANGKAT DASAR NASIONALISME LEBIH TINGGI DARIPADA DASAR ISLAM PADAHAL MAJORITI UMNO IALAH ISLAM??SALAHKAH PEMIMPIN PAS @TGNA MENEGUR PEMIMPIN UMNO TENTANG INI SUPAYA MENERIMA ISLAM DAN TIDAK ISLAM SUKU-SUKU SAJA?MENGAPA UMNO TAKUT BERSATU ATAS DASAR ISLAM?TIDAK PERCAYAKAH UMNO MELAYU DENGAN ISLAM?

    PERPADUAN ATAS MELAYU MENYEBABKAN PAS TERPAKSA MENGORBANKAN DASARNYA MANAKALA PR PAS TETAP MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM..DITERIMA SEMUA PAKATAN..KALAU UMNO TERIMA ISLAM,TIDAK ADA LAGI PAS..TU JANJI TGNA..

    PAS BUKAN MALAIKAT..TAPI APA PAS MAHUKAN AGAR MELAYU JADI PAK TURUT NABI MUHAMMAD BUKAN PAK TURUT APCO YAHUDI..MERDEKA FIKIRAN DARI FAHAMAN SEKULAR..

    TIDAK DINAFIKAN DULU DAP ANTI-ISLAM.SEBUT NEGARA ISLAM MEREKA FIKIR GANAS DAN ZALIM.BA DULU GAGAL KERNA DAP TIDAK MAHU DAN FAHAM ISLAM..

    KINI DAP TIDAK TAKUT LAGI KONSEP NEGARA ISLAM YG DIBAWA PAS..BUKTINYA KEMENANGAN DAP DISIBU..MENGAPA? SELAMA INI KITA TELAH DIMANIPULASI OLEH MEDIA PERDANA MILIK UMNO YANG MEMBERI IMEJ NEGARA ISLAM ITU ADALAH NEGARA POTONG TANGAN, NEGARA HUKUM REJAM DAN NEGARA YANG AKAN MEMBUNUH DAN MENINDAS ORANG BUKAN ISLAM. PERANAN PAS DALAM PR TELAH MEMBERSIHKAN NAMA ISLAM YG DICEMARI OLEH UMNO..PAS SANGAT PENTING UNTUK DAP TERIMA ISLAM DAN MELAYU!!

    PAS PERNAH BERGABUNG DALAM BN MASA 70 AN DULU ATAS DASAR PERPADUAN MELAYU..BILA UMNO KUAT, DIA TENDANG PAS KELUAR..UMNO SEJAK DULU LAGI X SUKA ISLAM..MAHU BERPADA PADA ISLAM SAHAJA..SEKARANG PAS DAH SERIK..NAK BERSATU X DAK CARA LAIN MELAINKAN TUKAR DASAR.BERSATU ATAS DASAR ISLAM..MENGAPA UMNO TOLAK?TAK PERCAYAKAH UMNO PADA ISLAM??

    PAS dalam PR istiqamah dalam perjuangan melainkan kena tendang macam UMNO buat pada PAS dulu..Tapi tu mustahil berlaku..UMNO tetap sekular..Sekular tak suka Islam dan tentang Islam.Nasionalisme ciptaan yahudi diangkat tinggi dari dasar islam..

    Persamaan PKR, DAP dan PAS adalah hentikan dasar-dasar kezaliman yang selama 50 tahun Umno-Barisan Nasional memerintah gagal dan Pakatan Rakyat akan mengembalikan demokrasi secara adil dan saksama.Persamaan dan persepakatan ini membawa kepada PR..ITU KITA KENA FAHAM!!!Negara Islam juga adalah untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.Mengapa DAP nak tolak?.Dulu DAP tak faham islam.UMNO ni kerjenya duk momok2 pada orang bukan Islam yang Islam ini ganas dan zalim,supaya mereka takut pada PAS..sekarang mereka dah tahu ISLAM RAHMAT SEKALIAN ALAM.

    WALUPUN DASAR PAS ADALAH ISLAM TETAPI TERDAPAT TITIK PERSAMAAN ANTARA DAP DAN PKR. PERSAMAAN TERSEBUT IALAH SEPERTI TADI SAMA-SAMA MAHU MENJAGA KESEJAHTERAAN RAKYAT, MENGHAPUSKAN PENYELEWENGAN, MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENTADBIRAN DAN MENGURANGKAN BEBAN HIDUP RAKYAT. NEGARA ISLAM MEJAMIN HAK ISLAM DAN JUGA BKN ISLAM.ISLAM RAHMAT SEKALIAN ALAM.ISLAM MEMPERJUANGAN KEADILAN DAN MENOLAK KEZALIMAN.KESAN PAS DALAM PR DAPAT MENGHAPUS FOBIA ISLAM KEPADA ORANG BUKAN ISLAM YG SELAMA INI DIMOMOKAN OLEH UMNO YG ISLAM ITU GANAS DAN ZALIM.SAYA RASA ITU DAKWAH YG BAIK..MENGAPA UMNO NAK TENTANG??UMNO ANTI ISLAMKAH???BAGAIMANA DGN UMNO?PENUH DENGAN RASUAH,PENYELEWNGAN,KRONI SALAH GUNA KUASA.PARTI KORUP DAN SEKULAR MCM NI ANDA NAK SOKONG?BUTAKAH DAN PEKAK KE ANDA??

  8. Sejak awal penciptaan manusia,telah terjadi perpecahan.Dinyatakan dalam satu firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    “Telah Aku jadikan manusia itu berbilang bangsa dan suku kaum supaya mereka saling mengenali antara satu sama lain dan yang paling baik antara mereka adalah yang bertakwa”

    Jadi perpecahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.pepecahan melangkaui sempadan negara,bangsa,agama dan lain-lain.Kita selalu mendegar seruan bersatu! Bersatu! Bersatu!,tetapi kesatuan kita atas dasar apa?Adakah kesatuan kita disebabkan oleh persamaan bangsa,negara dan agama?Manusia itu akan berhijrah kepada kumpulan @ kelompok yang mereka rasa cocok dengan jiwa dan fitrah mereka.Bukankah Allah berfirman”mereka yang bertakwa”?Jadi penghijrahan yang paling baik adalah kepada kelompok yang bertakwa.Tiada satu negara,bangsa dan agama dalam dunia ini yang bersatu,kerana mereka semua mempunyai citra yang berbeza.Pepecahan yang sebenar adalah penghijrahan daripada yang batil kepada yang hak.Berpecahlah daripada golongan yang berpaling, bersatulah kepada golongan yang mengharap redha Ilahi.Bagaimana pula mahu mengetahui golongan itu berpaling dan megharap redha Ilahi?Jawapannya ada di dalam kitab Al-Quran,kitab yang memperincikan perihal manusia yang beriman kepada seluruh isi kitabnya @ mengambil sebahagian daripadanya dan menolak sebahagiannya lagi.(mereka ini adalah golongan yang menurut hawa nafsu).Jadi kita semua di dalam golongan mana?Tepuk dada tanya iman.

    DALAM ISU mengkafirkan orang UMNO SEJAK TAHUN 60 AN LAGI PAS TELAH BEBERAPA KALI MENGHANTAR DAN MENGAJAK UMNO UNTUK BERMUZAKAH @ BERDEBAT DALAM ISU INI CARA TERBUKA ATAU TERTUTUP KEPADA SETIAUSAHA UMNO.. KALAU UMNO KATA DIA ADA BANYAK KITAB, MARILAH DUDUK SEMEJA DENGAN PAS BARU BOLEH SELESAI HAL INI..INI DASAR PAS, APA MASALAH KITA RUJUK DAN KEMBALI PADA ISLAM..UMNO DASAR DIA APA??

    Dalam isu kafir mengkafir syurga neraka,UMNO kena faham. Di dalam quran atau hadis, tiada pun sebut perkataan sokong pas masuk syurga dan sokong umno neraka .Begitu juga sokong umno jadi kafir, masuk neraka tiada dalam quran dan hadis.Tetapi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w sudah ada puak yang membuat gerakan lain yang mahu mengasingkan islam dari iman iaitu Abdullah bin Ubay dan hendak berpada pada islam sahaja.Itu tidak boleh.Begitu juga puak yang hendak mempertahankan ideologi nasionalisme lebih tinggi daripada dasar islam.KALAULAH NABI MUHAMMAD MEMPERJUANGKAN BANGSA ARAB, KITA SEMUA TIADA PELUANG UNTUK MASUK SYURGA KERANA KITA MELAYU BUKAN ARAB.

    Islam dari Allah, agama rahmat sekalian alam dan Islam melarang asabiyah..Sememangnya dasar Islam adalah lebih baik daripada dasar dan ideologi ciptaan manusia..Begitu juga kefahaman sekularisme (politik suku,agama suku) amat ditegah oleh agama kerana secara tidak langsung merosakkan akidah islam kerana agama diasingkan dalam segala urusan..Allah telah menjanjikan neraka bagi puak-puak ini..Disinilah timbulnya isu kafir mengkafir dalam politik ini, dimana bolehkah UMNO BUKTIKAN yang perjuangan umno BUKAN seperti Abdullah bin Ubay yang mahu berpada dengan islam sahaja dan BUKAN pertubuhan yang mahu mengasingkan islam dari iman atau sekularisme(politik suku,agama suku)?ISU INI JUGA TERCETUS APABILA PEMIMPIN2 UMNO CUKUP LANCANG MENGELUARKAN KENYATAAN MENGHINA HUKUM ISLAM DAN SUNNAH NABI..UMNO SEPATUT BERTERIMA KASIH PADA PAS DALAM ISU INI KERNA MENYEDARKAN MASYARAKAT BATAS2 KUFUR DAN MENYELAMATKAN AKIDAH ISLAM YG DICIPTA OLEH UMNO SEPERTI “POLITIK SUKU,AGAMA SUKU” DLL..(BANYAK SANGAT NAK LIST)

    Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah????

    Setahu saya dasar umno lebih kepada nasionalisme atau kebangsaan.Dan pemimpin pas , setahu saya sedaya upaya menasihati umno dalam hal ini tetapi pemimpim umno tetap angkuh dengan perjuangan nasionalisme ciptaan yahudi itu.. Persoalan juga timbul,APAKAH HUKUMNYA JIKA KITA MENGANGKAT DASAR NASIONALISME LEBIH TINGGI DARIPADA DASAR ISLAM PADAHAL MAJORITI UMNO IALAH ISLAM??SALAHKAH PEMIMPIN PAS @TGNA MENEGUR PEMIMPIN UMNO TENTANG INI SUPAYA MENERIMA ISLAM DAN TIDAK ISLAM SUKU-SUKU SAJA?MENGAPA UMNO TAKUT BERSATU ATAS DASAR ISLAM?TIDAK PERCAYAKAH UMNO MELAYU DENGAN ISLAM?

    Walauapapun hujah@persoalan diberikan , kita sebagai umat Islam TIDAK BOLEH mengkafirkan sesama agama sendiri walaupun pada zahirnya puak ini tolak Islam KECUALI mereka terang2 tolak hukum Islam..SAYA NAK TANYA BLOG NI, SEJAK BILA UMNO TAK HINA ISLAM??

  9. Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.

    Sabda Nabi s.a.w:

    “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.

    Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita.

    Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.

    Antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain ialah aliran ‘Ahbash’. Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki habsyi atau negro yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa merekalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir.

    Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya:

    “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

    Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut:

    “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.

    Timbalan Presiden The European Council for Fatwa and Research (ECFR), al-Syeikh Faisal Maulawi menyebut:

    “al-Ahbash atau (Jam’iyyah al-Masyari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fekah yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syeikh mereka. Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah”.

    Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah pula membuat kenyataan berikut: “Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

    Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak.

    Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir. Sesungguhnya al-Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif” Banyak lagi fatwa para ulama mengenai kemelampauan puak Ahbash ini.

    Antara perkara yang menakutkan yang digunakan oleh puak Ahbash ini, selain dari maki-hamun, cerca, fitnah dan serangan peribadi, mereka juga menggunakan pendekatan menghalalkan darah orang yang mereka musuhi.

    Sebab itu di Lebanon, sebelum ini mereka begitu bermaharaja lela sehinggalah mereka dikaitkan dengan pembunuhan Presiden Rafiq Hariri. Ini apabila ‘Ulil Amri’ yang dirasakan sudah tidak dapat berkerjasama dengan mereka. Sebelum itu mereka juga mengkafirkan bekas Mufti Lebanon Hasan Khalid dan membunuhnya. Mereka menulis di dinding-dinding di Lebanon: “Katakan tidak kepada Hassan Khalid yang kafir”.

    Menjadi tabiat Puak Ahbash ini suka memfitnah mengada-adakan cerita bohong dan mempersendakan gambar dan mengubah fakta. Di Malaysia, kelompok Ahbash ini ada mempunyai blog-blog mereka yang tersendiri. Pembaca boleh layari untuk melihat gelagat mereka. Mereka memenuhinya dengan maki hamun, menokok tambah gambar-gambar orang yang mereka tidak suka dan membuat berbagai pembohongan fakta yang lain.

    Juga antara pendekatan yang digunakan Ahbash ialah mendampingi pihak yang berkuasa untuk menentang dan memfitnah tokoh-tokoh yang mereka tidak suka. The Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA) menyebut bagaimana pengasas mereka Abdullah Harari berpakat menghasut pihak berkuasa Habshah sehingga menyebabkan pengetua Pusat Tahfiz al-Quran di sana di penjarakan selama 23 tahun. (http://www.amjaonline.com/ar) Pendekatan menggunakan pihak berkuasa dan mendampingi pemerintah dengan menyebarkan racun fitnah, cerca, mengkafir merupakan jalan yang dipilih oleh Ahbash di negara-negara yang mereka cuba bertapak.

    Ahbash masuk ke negara kita melalui mereka yang belajar di Lebanon dan terpengaruh dengan aliran ini. Ahbash juga telah membelanjakan wang dengan menjemput tokoh-tokoh agama Malaysia ke tempat mereka serta dibekalkan buku-buku mereka. Maka sindrom ahbash ini mula merebak dengan aktif dalam masyarakat ini apabila kelompok ‘ahbash’ mendapat tempat dalam sesetengah pihak berkuasa agama dan ruang kuliah dan ceramah di masjid dan surau.

    Apabila melihat kegusaran sesetengah pihak dengan gerakan pembaharuan minda agama di negara kita, kelompok ini cuba mendapatkan tempat dengan cara menjadi ‘wira’ untuk membantu sesetengah pihak yang merasa terancam.

    Mereka menyalurkan bahan dan pemikiran mereka yang dikenali sebagai pemikiran mengkafirkan tokoh-tokoh ulama dan mana-mana pihak yang dianggap berbeza dengan mereka. Maka kebelakangan ini dalam media massa, seminar, masjid, surau dan selainnya kedengaran isu mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahhab, isu wahhabi, isu Ahlus Sunnah, isu tidak terikat mazhab al-Syafi’i dan berbagai lagi.

    Bukan isu-isu ini tidak wujud sebelum ini, tetapi Ahbash berjaya menyemarakkan api permusuhan dan kebencian dengan lebih dahsyat. Isu-isu ini diulas bagaikan perang jihad mesti dilakukan untuk menghapuskan sesiapa yang berbeza. Racun awal Ahbash mula menyerap. Maki hamun kedengaran di masjid dan surau.

    Malangnya mereka ini mendapat ‘lesen’ bercakap. Menfitnah, menyesat dan mengkafirkan mula dijadikan senjata. Ia amat menakutkan. Ini akan menghalang kemajuan pemikiran, lebih buruk lagi ia boleh mengundang perbalahan sengit sesama muslim.

    • Ahbash tidak mengkafirkan orang sesuka hati, bahkan WAHABI seperti dr MAS MERAH yang sesatkan dan kafirkan org sesuka hati……Laknatullahi Alaika Ya mas Merah……Fitnah wahabi adalah fitnah dajjal….kesesatan dajjal…..Akibat WAHABIlah UMNO disesatkan, kalau tengok, sape suka kapirkan orang? UMNO ke PAS? PAS….PAS-Ramai Wahabi…..UMNO-ramai ahlussunnah….Wahabi suka kapirkan orang….Jelas dan tepat fakta ni…NIk Aziz-Pas-Kapirkan Umno….

      Laknat keatas mereka yang sesuka hati mengutuk syeikhuna Al-Muhaddith Syaikh Abdullah Harari

  10. salam.ambo kurang setuju orang alim guna cara kurang berhikmah ketika berdakwah… org yg berjawatan ia ada protokol yang perlu di ikuti..nak jaga maruah dsbnya ..bukan main sembur ja..walau ambo keja jual cd tapi byk ambo dpt mnfaat dari pelbagai karenah pelanggan.

  11. ambo suko cara tok guru ambo baba ismail spanjang dalam berdakwah, kuliah ke pe, lemah lembut, sentiasa kawal lidah dari mudah menghukum, tidak mudah panas..la ni byk budak pondok…sikit sikit suka hukum itu ini pada seseorang.ilmu sikit je tuhan bagi ingatlah bl2 ms tuhan boleh tarik…serban besar bakul bukanlah ukuran tapi ketaqwaan jadi keutamaan

  12. Ana setuju. Ana tak pernah undi selain pas dan s46. pilihanraya lepas ana x keluar krn x setuju dgn pas krn x mau kjasama dgn umno. kalau x mau kjasama tak apa lagi asal jgn duduk dgn dap. ini salah besar

  13. AWAPAN TERHADAP ISU ALLAH DUDUK DI ARASH DAN ISU SAMSENG…

    ALLAH DUDUK DI ARASH.. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DFSlVB89pcwY%26feature%3Drelated&h=5cece

    MENCARUT…

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah/Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.

    2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.

    3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.

    4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.

    5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut.

    ISU SAMSENG…
    contoh menunjukan betapa bodoh bangangnye org umno2 dan pemimpinya…..

    cthnya masalah ALLAH SAMSENG… yang satu dulu dibangkitkan oleh umno jahiliyah…. dalam kamus dewan makna samseng sangat luas maknanya ianya bukan sekadar makna perompak penyamun, pencuri, pengganas dan ianya juga termasuk dlm makna perkasa, yang kuat atau lain2. Manakala dalam kamus indonesia pula makna samseng dimaksudnya sebagai si jaguhan atau pendekar.

    oleh itu dalam menterjemahkan nama allah asmaul husna mestilah diterjemahkan dlm bahasa arab bukan nya bahsa melayu. kalau guna bahasa melayu utk terjemahkan bahasa arab mmg bangang.. sbb seblm ni.. org umno terjemahkan asmal husna mengunakan kaedah makna bahasa melayu….

    tau kenapa? ok ni sbbnya.. ilmu bahasa arab bukan skedar ilmu tatabahasa atau nahu tapi didalam bahsa arab ada ilmu balara, istiharah dan bayan…. dlm sastera arab dh menjelaskan kaedah menterjemahkan asmal husna ni… dlm keadah sastera arab telah membahagikan 3 bahagian dlm memahami nama sifat Allah iaitu:-

    1. Perkataan nama yang baik bagi tuhan dan tidak boleh dimilik oleh org lain cth ALLAH…MALIKULMUL (raja segala raja) hanya Allah saja yang boleh pakai.2. Perkataan nama yang boleh digunakan oleh Allah dan juga boleh digunakan kpd mahluknya seperti RAHIM, KARIM 3.Perkataan nama yang diberi pada Allah membawa maksud yang baik.. tetapi buruk bg mahluk mcm kita… cthnya perktaan mutakabur dalam asmaul husna.. yang membawa maksud takabur… baik pada Allah sbb dia saja yang layak utk takabur tetapi buruk pada kita… sifat utk membesarkan diri sendiri adalah kepenyauaan Allah bukan kita sbg mahluk. dan perkataan al Jabar yang membawa maksud yang menggunakan kekerasan.. dan diterjemahkan dlm kamus dewan iaitu samseng…… maka kalau al jabar ini digunakan pada Allah ianya membawa maksud yg baik tetapi bagi manusia ianya buruk ….

    so ada org2 umno mentafsirkan asmaul husna guna bahasa melayu.. mmg bodh.. jadi kalo gunakan bahasa melayu utk mentafsrikan amaul husna… mmg sesat lagi menyesatkan.

    .contoh lain : celakalah kedua2 belah tangan abu lahab… definasi celaka kamus kita salah satu kata2 makian atau keji… bila mereka tafsir ayat TGNA, mereka kata Allah mencarut dan memaki..

    kene tahu bahsa arab kalau nak berhujah … tapi kalau bodoh bahasa arab tak apa.. ikutla pada org alim.. insyaAllah selamat dunia akhirat ..

    ini ilmu aku kutip dr tok guru hadi awang

    YA ALLAH JIKALAU TUAN BLOK INI MENZALIMI TGNA DAN PERJUANGAN ISLAM MAKA KAU TURUNKANLAH BALA PADA MEREKA..AMIN..

  14. hadis nabi ade kabo bahawa…
    BUKAN DARI KALANGAN KAMI YANG BERJUANG ATAS DASAR ASHOBIYAH (BANGSA).

  15. tiada guna memperkatakan sesuatu yg mana keadaan sebenarnya adalah kita sesama umat islam berbalah menunjukakn bertapa bodoh dan jahilnya kita semua,golongan yg alim(berilmu) mengunakannya sebagai alasan mereka mengetahui,manakala golongan jahil berdasarkan apa yg mereka dengar dan lihat………..bertapa kita semua umat islam di malaysia ini bangang dan tolol,pemimpin merebutkan kuasa raakyat terabai…………klu kita berbalik kepada ajaran Nabi Muhammad bahawa kita disuruh dan diingatkan supaya didalam apa jua yg kita lakukan hendaklah sederhana,tapi kita buat ke?kalau kita buat pun hanya dlm berharta tapi didalam politik kita lah yg pandai tapi hakikatnya Tolol,Banggang dan Bodoh,
    kononnya kita boleh memimpin dgn lebih baik lagi tapi didalam keluarga kita gagal Anak jadi perompak Bank,Menantu mengelapkan wang …….tak ubah lagaknyanya seperti Azzazil Laknak Tullah mengunakan kebijaksanaan didalam ugama memesongkan orng lain tak malu ke ? umur dah tua perangai macam tu………….
    didalam Islam Allah tak suruh mendoakan orng lain ditimpa bala melainkan disuruhkan Kau berikan mereka-mereka ini pertunjukMu Ya Allah,
    Apa punya orng l;ah kau orng semua…………………………

    cubalah kita renungkan bersama apakah tugas kita dan amanah yg diberikan kepada kita sebagai Khalifah dimuka bumi Allah ini,apakah janji-janji kita ……….sembahyangku,amalanku,hidupku dan matiku adalah kerana Allah……………………………..
    taukah kita apa itu tugas Khalifah ??????????? mempertahankan agama Islam yg mana telah Allah akui adalah agamaKU,………..kita buat ke??????????
    menegakkan yg benar menegah yg mungkar………………kita buat ke???????????
    harapkan pakai jubah dan serban besar aje tapi hati didalam lebih busuk dari segala bangkai…………….
    tak malu,tak sedar diri……………
    baliklah kepangkal jalan jangan lupa diri kita siapa,semuga Allah bukakan hati semua dan memberikan hidayahnya ……………………

  16. Sebaik2 muslim ialah mendoakan kesejahteraan ke atas bangsa se Agama, bukannya bala @ malapetaka, mudah2 di beri hidayah….

  17. ini tuan guru pondok tunggu durian ke? amat sesuai dilayani oleh ustaz moden

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: