SERBUAN KE KILANG SEMBELIH AYAM – AMARAN KEPADA UMAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM


Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.



Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.



Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.

Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw). 

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah. 

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:

Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).


Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam.Firman Allah swt;

Quote:
Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.

Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)



PANDANGAN :

ustaz dapat bahan ni dari email yang diforward oleh rakan rakan.

Apa yang menyedihkan kita ialah sikap TAUKE BUKAN ISLAM yang mengambil mudah isu ayam sembelihan ini memang sangat sangat menyakitkan hati kita.

Ayam bangkai yang dijadikan ayam untuk menu masakan kita adalah punca kenapa hati kita makin kotor dan hitam.

Tidak mustahil banyak lagi aspek makanan yang perlu dipantau yang menjadi hidangan umat Islam.

Maka untuk mengelakkan umat Islam terkena lagi ‘ayam bangkai’ ini maka beberapa langkah perlu diambil :

1. Desak pihak agama Islam membuat lebih banyak serbuan

2. Rakyat perlu lapor kepada pihak berkuasa jika ragu ragu dengan ayam yang dimakan.

3. Tawarkan hadiah lumayan kepada pihak yang menyampaikan maklumat

4. Denda seberat-beratnya mereka yang sengaja mengambil ringan isu halal haram ini

5. Menyita semua tempat yang didapati bersalah serta menyenarai hitamkan mereka

6. Membenarkan UMAT ISLAM sahaja membuat bisnes menyembelih ayam.

7. Menutup mana mana premis makanan yang mendapatkan ayam dari tempat yang tidak halal atau tidak sah sembelihannya.

Harap pegawai yang berhubung dengan Perdana Menteri atau JAKIM dapat mengambil berat respon dan pandangan ustaz moden ini…

7 Responses

  1. kakkakakakaka….padan muka umat islam yg hawa nafsu macam pelesit..yg pi beli ayam kat pasaraya lagi naya..ust kfc n mc d macam mana ada tanda halal kakakakakak..bila arqam buat ekonomi islam di kata sesat oleh puak2 anjing jakim kakakakakakakakak…

  2. jakim pun dh tahu cm2, tarik la balik sijil Halal…

    aper la…pas2 suruh orang Islam hati2…

    memang la kitorang dh hati2….

    tapi jakim yg pegang amanah sijil halal 2 pun kena hati2 bagi sijil…

    ish….

  3. Aslmkm wbh.

    Para pembeli sepatutnya ada kesederan sivik. Sembelihan halal ini bab agama. Cha ya nun alif mana ada agama. Dah tau company yang memasarkan namanya bukan Islam buat apa beli.

    Yang keduanya Indonesia ke! Nepal ke! bukan pemastautin tetap. Sungguhpun jika ada mereka berugama Islam tetapi mereka tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka ke atas penduduk tetap. Mereka cuma nak buat duit seberapa banyak yang boleh. Kalau dah di marah atau di ugut buang kerja kerana kerja lambat atau telah di suruh, mesti mereka ikut telunjuk tauke mereka punya.

  4. Assalamuallaikum,

    Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah mencela pendapat orang lain, malah dijawab bukan dengan emosi tetapi dengan intelektual dan ‘alim.

    Inilah Sunnah.

  5. ahlul sunah juga tidak menyesatkan org yg tak sesat…macam jakim yg kamu sayng tuhh..

    kalu ngaku ahlul sunah memang ramai tapi hakikatnya habuk WAHABI JUGA dalam tak sedar dikut juga WAHABI BABI..

  6. koler blue tang mana yg sesat tuhh..bagilah tau saya nak kongsi ilmu..bagi dalil segara ilmiah jagn ambik sumber dari surat kabar kakakakakakak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: