Surat Terbuka dari ESQ kepada Pegawai JAKIM Aizam Masod (dari Blog Pengerusi ESQ Malaysia)

Ana baru membaca komen dari pengunjung blog yang menyiarkan sebuah blog atas nama Marhaini Yusof. Ia ditulis oleh Pengerusi ESQ Malaysia iaitu Puan Marhaini Yusof. Baru dibina dari rupa blog tersebut.

Untuk kepastian Ustaz Moden sudah menelefon ESQ untuk mendapatkan nombor telefon beliau untuk memastikan tulisan di blog tersebut adalah tulisan beliau.

Alhamdulillah sms Ana dijawab dengan kepastian bahawa beliaulah pemilik blog beralamat di http://marhainiyusoff.blogspot.com

Di situ juga Ana bertemu surat terbuka yang ditulisnya.

Cukup sedih dan jelas sekali menzahirkan kekecewaan seorang rakyat terhadap Pegawai JAKIM yang terlibat secara langsung dalam bab penyelidikan.

Sebelum ini dua artikel Ustaz Moden ada menyentuh tentang beliau yang tidak menerima konsep Nur Muhammad seperti link ini https://ustazmoden.wordpress.com/2010/07/17/pegawai-penyelidik-jakim-sendiri-masih-sesat-isu-nur-muhammad/ selain agak memuji Wahaby seperti tulisannya di sini http://mufakkirislami.files.wordpress.com/2009/12/wahhabi.pdf

Sebelum itu memang Ustaz Moden juga ada menyiarkan bukti tulisan beliau yang ada menulis tentang pengasas Wahabi iaitu Muhamad Abd Wahab. Bagi ustaz bagaimana seorang pegawai penyelidik JAKIM boleh cenderung kepada Wahabiy ?

Syeikh al-Qur\

Saudara Aizam bersama guru quran di Mesir

Adakah ini puncanya kenapa banyak firqah sufi ditohmah sesat oleh JAKIM akibat kecelaruan minda pegawai JAKIM sendiri ?

Lihat buktinya di bawah di link ini yang jelas mengaitkan beliau dengan fahaman Wahabi

https://ustazmoden.wordpress.com/2010/06/22/bukti-kukuh-pegawai-penyelidik-jakim-pro-wahabi/

Harap Ust Aizam Masod akan menjawab tulisan Puan Marhaini Yusof dan jika beliau memilih untuk mendiamkan diri tentu ramai akan fikir itu adalah tanda keabsahan  dakwaan Puan Marhaini yang seolah olah tidak diberi peluang menjelaskan situasi dirinya.

Untuk info fatwa pengharaman ESQ ada dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan di sini http://mufakkirislami.files.wordpress.com/2010/06/fatwa_esq.pdf dan ia boleh dibaca untuk rujukan lanjut oleh anda semua.

Apabila fitnah bahawa ESQ membawa fahaman Islam Liberal tersebar maka saya boleh merasai bagaimana terseksanya diri beliau selaku Pengerusi ESQ.

Ana sendiri yakin ESQ tidak akan membawa Islam Liberal ke negara kita sedangkan para mufti dan timbalan Mufti turut sama terlibat dalam kursus tersebut.

Bahkan Majlis Fatwa Kebangsaan sudah 7 kali bermesyuarat perihal ESQ dan kesungguhan ESQ menerima pandangan dan bekerjasama membuktikan mereka tidak seperti sesetengah individu yang takbur lagi sombong hingga enggan mengadap para Mufti untuk menjelaskan pandangannya.

Lihat permintan Ust Zamihan Al Ghari agar kita menerima Fatwa Kebangsaan yang membenarkan ESQ diteruskan di sini http://al-ghari.blogspot.com/2010/07/patuhi-fatwa-kebangsaan.html Ia perlu dihormati demi menjaga maruah Majlis Fatwa Kebangsaan agar dihormati semua pihak.

Isu ini juga penting kerana Ust Aizam Masod sebagai Pegawai JAKIM secara peribadinya menulis di sini http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/komen-peribadi-tentang-fatwa-esq-mufti.html menyokong fatwa Mufti Wilayah yang ‘syaz’ dan tidak menjadi ‘IJMAK’  kepada pandangan alim ulama di Malaysia.

Dalam hal ini para Mufti perlu bersepakat atas Majlis Fatwa Kebangsaan bukan mengeluarkan pandangan tersendiri hingga mencetuskan kekalutan dalam masyarakat.

Marilah kita pastikan agenda peribadi tidak menjadi agenda negara sehingga merosakkan orang yang tidak sealiran dengan kita. Mari kita meninggalkan ‘apa yang diragu’ dengan memegang fatwa Majoriti Mufti kita berbanding menggunakan pandangan minoriti yang lebih besar ‘kesilapan’ berbanding ‘ketepatannya’

Jangan kita membesarkan hujah kita dan menggalakkan agar pendapat majoriti Mufti tidak dihormat. Ust Aizam perlu mengelakkan diri dari mengeluarkan hujjah yang boleh mencalar imej Majlis Fatwa Kebangsaan.

Harap Ketua Pengarah JAKIM dapat lakukan sesuatu agar pegawai beliau ini tidak menjadi ‘musang berbulu ayam’ dan membuat sesuatu yang bercanggah dengan pandangan alim ulama Mufti Malaysia.

Cadangan saya baik digantikan orang lain yang lebih jelas pandangannya terhadap wahabiy dari jenis ‘muzabzabin’ yang tidak jelas samada pro atau anti wahabi.

Mohon maaf jika tulisan ini menyinggung mana mana pihak. Tulisan ini tidak dibayar oleh sesiapa dan tulisan ini pandangan peribadi ana dan boleh ditolak tanpa sebarang kos.

Wallahu A’lam.

p/s : ada gambar dua tokoh PAS di bahagian paling bawah blog beliau. Idola ke ? Harap jangan ada penyokong pembangkang dalam JAKIM kerana ia akan merosakkan Kerajaan lambat laun nanti.

Saya bercadang untuk hantar tulisan ini kepada Ketua Pengarah JAKIM dan berita berita Media Massa Malaysia….Untuk diberi liputan yang sesuai.

Terima kasih…

Selamat berpuasa….

One Response

  1. ” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” – Surah al-Baqarah, ayat 183.

    Memahami tujuan hidup

    Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh.

    Selalu juga berlaku, sebahagian atau segelintir orang mengambil langkah penyelesaian kepada pelbagai masalah itu dengan cara mengadu kepada kuasa lain selain Allah SWT. Cara itu adalah khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

    Semua itu menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapa yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

    Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan jasad manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dengan kata lain, manusia diseru agar mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Pengabdian kepada Allah SWT merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pencipta.

    Al-Quran panduan hidup

    Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut tujuan tanah, air, api, dan udara atau sebagainya adalah berguna kepada manusia. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, siapakah yang dapat menjelaskan tujuan hidup jika tidak Allah SWT sendiri?

    Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya mereka yang berpengetahuan tentangnya.

    Demikianlah tujuan hidup manusia. Mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah (para rasul) yang ditugaskan untuk memandu manusia, bagaimana hidup ini perlu diselaraskan menurut kehendak Allah SWT.

    Justeru jurupandu kepada umat ini ialah para ambiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berpandukan al-Quran.

    Sehubungan itu, bersempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini (1431H), maka seluruh kehidupan ini hendaklah mengambil pengajaran darinya. Antaranya mengambil ingatan sebaiknya kerana bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan al-Qur an. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas sepertimana firman Allah SWT:

    ” Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).” – Surah al-Baqarah, ayat 185.

    Puasa memenuhi fitrah manusia

    Justeru, antara keberkatan utama bulan Ramadhan adalah difardhukan ibadat puasa sepertimana difardhukan ke atas umat terdahulu. Namun, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain juga merupakan keperluan bagi fitrah manusia. Jika sekalipun agama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas dirinya untuk berpuasa kerana banyak manfaat daripadanya, termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, maka lebih perlulah puasa ditunaikan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan.

    Salah satu manfaat besar puasa ialah dapat membukti sejauh mana tanda taat dan tunduknya manusia kepada tuhannya. Manusia selaku hamba Allah, sanggup bersusah payah (dengan berpuasa), demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk menjaga anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita mengutamakan ibadat sepanjang Ramadhan ini, sanggup kita bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

    Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Dari sinilah, hati kita perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

    Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati yang memenuhi tuntutan takwa kepada Allah SWT.

    Ingatlah, hilangnya keyakinan terhadap Allah, maka akan hilanglah roh dari ibadat puasa tersebut. Hilangnya roh ibadat puasa itu, maka akan menghilangkan pula ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang berpuasa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

    “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat
    apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam.” – Riwayat Ibnu Majah.

    Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT di sepanjang Ramadhan. Malah, semua ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita, bukan hanya ketika bulan Ramadhan. Harapan kita, agar bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan al-Quran sebagai usaha kita memenuhi apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. InsyaAllah, Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

    ditulis oleh :Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
    sumber : http://www.blogtokguru.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: