Artikel Penting Kepada Muslimin Muslimat : Dakwah Agama Tanpa Asobiyah tidak akan berjaya – Ibnu Khaldun

muka_hadapan

Dakwah Tanpa Asobiyyah Tidak Akan Sempurna(berjaya)

Posted on November 24, 2009 by Abdullah Zaik

Mungkin orang melayu yang anti melayu akan marah kepada saya dengan statement ini.

Tapi saya catatkannya sebagaimana ianya di sebut oleh Ibnu Khaldun sebagai tajuk salah satu chapter dalam Muqadimahnya. Sesiapa yang ingin mendapat kepastian sila rujuk kitab Muqadimah Ibnu Al Khaldun, cetakan Dar Ihya’ at Turath, fasal enam, muka surat 159.

Sesungguhnya Dakwah agama tanpa disokong oleh asobiyah tidak akan sempurna.

” Ini kerana hujah yang kami telah sebutkan bahawa setiap urusan yang melibatkan orang keseluruhan ia hendaklah disokong oleh asobiyyah”.

Beliau menggunakan hujah kias aula atau dilalah an nas. Ibnu Khaldun menyebut; “Berdasarkan hadis sohih yang bermaksud Allah tidak membangkitkan seseorang nabi kecuali dia mendapat sokongan (man’ah) dari kaumnya”.

Kata beliau, “ Jika itu yang berlaku kepada nabi-nabi yang diberi keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan maka lebih lebih lagilah orang yang selain dari mereka yang tidak ada keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan tanpa asobiyyah”.

Beliau kemudian membawa cerita-cerita yang berlaku kepada kumpulan yang ingin mencegah mungkar tanpa disokong oleh asobiyyah kemudian berakhir dengan kegagalan seperti yang berlaku kepada Ibnu Qissiy ketua Jamaah Murabitin di Andalus yang segera kalah ditangan Jamaah Muwahidin.

Nabi (dalam hadis sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan…hingga akhir) mensyaratkan untuk melaksanakan kewajiban menegah mungkar hendaklah memiliki kudrah (keupayaan), dan mereka yang tidak memiliki asobiyyah tidak memiliki keupayaan.

Ulas Ibnu Khaldun lagi, ” Keadaan kerajaan dan negara yang mantap dan kuat tidak akan dapat digoyang dan diruntuhkan binaannya kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang disokong oleh asobiyyah kabilah dan kaum”.

“demikianlah keadaan nabi-nabi a.s dalam menjalankan dakwah mereka kepada Allah menggunakan qabilah dan asobiyyah-asobiyyah, pada hal mereka dibantu oleh Allah dengan alam semua sekali tetapi Allah ingin menjalankan urusan mengikut undang-undang adat kebiasaan”. jelas beliau lagi.

Bacalah sendiri kisah seterusnya, saya tak larat nak terjemah.

Jadi bagaimana kita ingin mempertahan dan menegakkan kedaulatan dan ketuanan Islam tanpa asobiyyah, terutama asobiyyah Melayu Islam??

oleh Blogger Ustaz Abdullah Zaik (http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2009/11/24/dakwah-tanpa-asobiyyah-tidak-sempurna/)

sedikit tambahan dalam ruang komen blog di atas :

Hadith tersebut matannya seperti berikut:حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا زياد بن الربيع اليحمدي عن عباد بن كثير الشامي عن امرأة منهم يقال لها فسيلة قالت سمعت أبي يقول سألت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت يا رسول الله أمن العصبية أن يحب الرجل قومه قال لا ولكن من العصبية أن يعين الرجل قومه على الظلم

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Maka, berdasarkan hadith ini, cintakan bangsa sendiri tidak salah kerana ianya sebahagian daripada fitrah manusia. Tetapi, melampau dalam mencintai bangsa sendiri adalah kesalahan, sebagaimana juga melampau dalam mencintai diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.

Melampau dalam mencintai sesuatu dalam Islam adalah suatu yang tercela sebagaimana sikap ashobiyyah itu sendiri iaitulah: menolong bangsa sendiri dalam kezaliman. Maka, sikap membela kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana orang yang sebangsa dengan kita atas dasar “sebangsa” itulah pada hakikatnya suatu ashobiyyah yang dicela dalam Islam.Hakikatnya, membantu siapa sahaja ke arah kezaliman adalah suatu kecelaan, termasuklah membantu ahli keluarga sendiri dalam melakukan kezaliman.

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:

وهي معاونة الظالم

Maksudnya: “Iaitu, membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Namun, jika ianya berkaitan dengan cinta kepada bangsa sendiri dan menghargai kelebihan yang dimiliki oleh bangsa sendiri sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmatNya terhadap bangsa sendiri, maka ianya tidak tercela.

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

حدثني علي بن حمشاد العدل ، أنبأ أبو مسلم إبراهيم بن عبد الله ، أن معقل بن مالك حدثهم قال :
ثنا الهيثم بن حماد ، عن ثابت ، عن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
” حب العرب إيمان وبغضهم نفاق “.

Ringkasannya:

Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan): “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan..”

Imam Al-Hakim berkata:

هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menggalakkan mencintai golongan Anshar:-

آية الإيمان حب الأنصار وآية النفاق بغض الأنصار

Maksudnya: “Tanda keimanan adalah mencintai golongan Anshar dan tanda kemunafiqan adalah membenci golongan Anshar” (رواه البخاري(3783) ومسلم(75)

Demikianlah Rasulullah s.a.w. sendiri menzahirkan kesyukuran dan kecintaan kepada bangsa Quraisy di samping mengakui kelebihan bangsa Quraisy.

ِAntara Hadith-hadith yang menceritakan kelebihan bangsa Quraisy:-

حدثنا عبد الله بن إدريس قال ثنا هاشم بن هاشم عن أبي جعفر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خيار قريش خيار الناس ، وشرار قريش شرار الناس ،

Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan) yang bermaksud: “Sebaik-baik dalam kalangan Bangsa Quraisy adalah sebaik-baik manusia dan seburuk-bukur dalam bangsa Quraisy adalah seburuk-buruk manusia…”

Hadith lain:-

حدثنا وكيع قال ثنا الأعمش عن أبي سعيد عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الناس تبع لقريش في الخير والشر .

Maksudnya:

“Manusia mengikut Quraisy dalam baik dan buruk…”

Hadith seterusnya:-

حدثنا وكيع عن سفيان عن ابن خيثم عن إسماعيل بن عبيد بن رفاعة عن أبيه عن جده قال : جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم قريشا فقال :، إن قريشا أهل صدق وأمانة ، .

Maksudnya secara ringkas: “Rasulullah s.a.w. bersabda setelah menghimpunkan beberapa kaum Quraisy lalu berkata antaranya: “Sesungguhnya Bangsa Quraisy adalah ahli yang jujur dan amanah…”

حدثنا يزيد بن هارون عن ابن أبي ذئب عن الزهري عن طلحة بن عبد الله بن عوف عن عبد الرحمن بن الأزهر عن جبير بن مطعم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إن للقرشي مثل قوة رجلين من غير قريش ، قيل للزهري : ما عنى بذلك ؟ قال : في نبل الرأي .

Secara ringkas terjemahannya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya bagi bangsa Quraisy itu kekuatan dua lelaki dari kalangan bukan Quraisy:.

Imam Az-Zuhri ditanya tentang makna dua kali ganda kekuatan tersebut lalu beliau menjawab: “Dari sudut kecerdasan (kebijakan) dalam berpendapat (pemikiran)”.

Hadith lain menyebut:-

حدثنا محمد بن عبد الله الأسدي عن ابن أبي ذئب عن جبير بن أبي صالح عن الزهري عن سعد بن أبي وقاص قال : إن رجلا قتل ، فقيل للنبي صلى الله عليه وسلم فقال : أبعده الله ، إنه كان يبغض قريشا .

SA’ad bin Abi Waqas menceritakan bahawsanya ada seorang pemuda dibunuh lalu Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang hal itu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah menjauhkannya… Sesungguhnya pemuda itu membenci Quraisy…” (rujuk sanad Hadith)

Begitu juga tentang keistimewaan bangsa Quraisy dalam kepimpinan (khilafah).

Antara hadith tersebut adalah

حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” الناس تبع لقريش في هذا الشأن، ” متفق عليه.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia mengikut bangsa Quraisy dalam urusan ini (kepimpinan dan sebagainya)….” Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini menceritakan tentang kelebihan bangsa Quraisy yang menjadi tauladan kepada bangsa-bangsa lain pada zaman Rasulullah s.a.w. tersebut.

Lihat apa komentar Imam An-Nawawi pada hadith ini:

هذا الحديث وأشباهه دليل ظاهر على أن الخلافة مختصة بقريش، لا يجوز عقدها لأحد غيرهم، وعلى هذا انعقد الإجماع في زمن الصحابة، فكذلك من بعدهم

Maksudnya:

Hadith ini dan seumpamanya adalah dalil yang jelas bahawasanya khilafah (kepimpinan Islam) khusus untuk bangsa Quraisy. Tidak boleh orang lain (selain Quraisy) berpegang dengannya (kekhilafahan). Ia adalah ijmak pada zaman sahabat dan selepas zaman mereka. (Syarah Sahih Muslim)

Ia berdasarkan hadith-hadith lain tentang pengkhususan tersebut:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

لايزال هذا الأمر في قريش

Maksudnya: “Sentiasalah urusan ini (khilafah) pada bangsa Quraisy…” (Sahih Al-Bukhari)

Begitu juga sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi

الأمراء من قريش

Maksudnya: “Kerajaan (kepimpinan) itu dari bangsa Quraisy…” (hadith riwayat At-Tabrani)

Ini bukan bererti Rasulullah s.a.w. atau Imam An-Nawawi ashobiyyah tentang Bangsa Quraisy, tetapi menceritakan keistimewaan dan pengkhususan bangsa tersebut khususnya dalam bab khilafah.

Ini antara petunjuk yang menunjukkan prinsip Islam yang merai fitrah manusia yang mencintai sesama sendiri, dari kalangan ahli keluarga, bangsa dan tanah airnya sendiri. Selagimana ianya tidak melampau (iaitu membawa kepada kezaliman), maka ianya tidak tercela dalam Islam.

Wallahu a’lam…

Baca juga artikel berkaitan oleh Mufti Wilayah Persekutuan oleh Blogger Atas Jalan Lurus di sini http://brat-mikrajovic.blogspot.com/2009/11/perpecahan-melayu-merugikan-islam.html

dan juga artikel berkaitan di sini http://renungan2u.wordpress.com/2010/05/10/bangsa-dan-islam/

http://hambali1.files.wordpress.com/2008/10/newpicture1.png

One Response

  1. Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: