Asri sokong wang judi DAP ditelan jadi makanan warga emas Pulau Pinang



Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

Mazlan, Pulau Pinang.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

http://drmaza.com/home/?p=1238

Penjelasan : selepas diketahui duit itu duit judi adakah masih halal lagi dimakan duit tersebut ? Dr Asri ternyata cuba menggunakan hujah yang dangkal dalam soal ini untuk membela DAP. Kesian pak cik mak cik warga emas yang dihina secara tak langsung oleh DAP dan dibela oleh ahli agama Islam yang pro wahaby.

Allahummasturna walmuslimin….

2 Responses

  1. apa maksud tuan dgn hujah yg dangkal? boleh tuan jelaskan hujah tuan?

  2. JAWAPAN TERHADAP ISU ALLAH DUDUK DI ARASH DAN ISU SAMSENG…

    ALLAH DUDUK DI ARASH.. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DFSlVB89pcwY%26feature%3Drelated&h=5cece

    MENCARUT…

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah/Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.

    2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.

    3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.

    4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.

    5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut.

    ISU SAMSENG…
    contoh menunjukan betapa bodoh bangangnye org umno2 dan pemimpinya…..

    cthnya masalah ALLAH SAMSENG… yang satu dulu dibangkitkan oleh umno jahiliyah…. dalam kamus dewan makna samseng sangat luas maknanya ianya bukan sekadar makna perompak penyamun, pencuri, pengganas dan ianya juga termasuk dlm makna perkasa, yang kuat atau lain2. Manakala dalam kamus indonesia pula makna samseng dimaksudnya sebagai si jaguhan atau pendekar.

    oleh itu dalam menterjemahkan nama allah asmaul husna mestilah diterjemahkan dlm bahasa arab bukan nya bahsa melayu. kalau guna bahasa melayu utk terjemahkan bahasa arab mmg bangang.. sbb seblm ni.. org umno terjemahkan asmal husna mengunakan kaedah makna bahasa melayu….

    tau kenapa? ok ni sbbnya.. ilmu bahasa arab bukan skedar ilmu tatabahasa atau nahu tapi didalam bahsa arab ada ilmu balara, istiharah dan bayan…. dlm sastera arab dh menjelaskan kaedah menterjemahkan asmal husna ni… dlm keadah sastera arab telah membahagikan 3 bahagian dlm memahami nama sifat Allah iaitu:-

    1. Perkataan nama yang baik bagi tuhan dan tidak boleh dimilik oleh org lain cth ALLAH…MALIKULMUL (raja segala raja) hanya Allah saja yang boleh pakai.2. Perkataan nama yang boleh digunakan oleh Allah dan juga boleh digunakan kpd mahluknya seperti RAHIM, KARIM 3.Perkataan nama yang diberi pada Allah membawa maksud yang baik.. tetapi buruk bg mahluk mcm kita… cthnya perktaan mutakabur dalam asmaul husna.. yang membawa maksud takabur… baik pada Allah sbb dia saja yang layak utk takabur tetapi buruk pada kita… sifat utk membesarkan diri sendiri adalah kepenyauaan Allah bukan kita sbg mahluk. dan perkataan al Jabar yang membawa maksud yang menggunakan kekerasan.. dan diterjemahkan dlm kamus dewan iaitu samseng…… maka kalau al jabar ini digunakan pada Allah ianya membawa maksud yg baik tetapi bagi manusia ianya buruk ….

    so ada org2 umno mentafsirkan asmaul husna guna bahasa melayu.. mmg bodh.. jadi kalo gunakan bahasa melayu utk mentafsrikan amaul husna… mmg sesat lagi menyesatkan.

    .contoh lain : celakalah kedua2 belah tangan abu lahab… definasi celaka kamus kita salah satu kata2 makian atau keji… bila mereka tafsir ayat TGNA, mereka kata Allah mencarut dan memaki..

    kene tahu bahsa arab kalau nak berhujah … tapi kalau bodoh bahasa arab tak apa.. ikutla pada org alim.. insyaAllah selamat dunia akhirat ..

    ini ilmu aku kutip dr tok guru hadi awang

    YA ALLAH JIKALAU TUAN BLOK INI MENZALIMI TGNA DAN PERJUANGAN ISLAM MAKA KAU TURUNKANLAH BALA PADA MEREKA..AMIN..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: