Video Siapa Nik Aziz Siri 1 – 3 Yang Wajib Disebarkan

 

 

 

17 Responses

  1. GUA MUSANG, 3 Nov – Majlis Tindakan Dun Galas telah membuat laporan polis berkaitan penghinaan tokoh agama Umno, Mohd Nor Deris terhadap Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

    Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Ketua Penerangan Majlis Tindakan Dun Galas, Mohd Zaki Mat Zain.

    Dalam laporan polisnya Zaki berkata, rombongan mereka melawat atas kapasiti kerajaan yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Mereka telah dipersilakan oleh tuan rumah untuk masuk kerumahnya.

    “Apabila kami memasuki ke ruang tamu kami dapati Mohd Nor Deris telah berada di rumah bekas Adun Galas, Hj Omar Mohamad .

    Beliau (Mohd Nor) bagaimanapun enggan bersalaman dengan YAB Menteri Besar walaupun Tuan Guru sendiri telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan beliau. Beliau juga telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap rombongan tersebut.

    Beliau menggambarkan YAB Menteri Besar dan rombongannya yang seramai tiga puluh orang sebagai “syaitan-syaitan” .

    “Kami harapkan Encik Mohd Noor Deris menarik balik kenyataan tersebut dalam masa 24 jam berkuatkuasa laporan ini dibuat.

    “Sekiranya beliau tidak menarik balik atau memohon maaf , kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang”, ujar zaki lagi.

    Beliau yang hadir besama dua orang rakan memberitahu bahawa rakaman video kejadian tersebut telah ada dan ini merupakan suatu bukti yang nyata penghinaan dan kata-kata kesat Mohd Noor Deris terhadap Menteri Besar Kelantan.

    • taktik nak selamatkan maruah nik aziz biasalah tu. sepatutnya kita jgn terlalu mudah ditipu oleh penampilan luaran

  2. hadza buhtan aziim.ini tidak lain hanyalah propaganda politik oleh musuh yang mahu menyekat tertegaknya Islam di Malaysia

  3. ustaz saya nak tanya dimana allah

    • kalau wahabi jwb ada atas langit. saya jawab Allah ada tanpa bertempat sifatnya kerana tempat diperlukan oleh makhluk bukan Khaliq !

  4. suka hatinya dia mndoakan azab kpada org lain? kalau org melaka sbut org macamni mat gebang sejati. cakap dgn penuh riak takbur…. mungkin tok mat deris ni dah yakin memang dia masuk syurga nanti agaknya… Mungkin Allah dan janji syurga kpada dia agaknya.. Ini ulamak?????

  5. ini ke profesor madya???? dia kata kt msjd nabawi dan msjidil haram xda gmbar rasulullah. mcam terserlah kebebalan dia niye… apa hukumnya menggambarkan rasulullah dengan sesuatu rupa?

  6. wahai rakan2 yang mungkin menonton video ini. saya ingin MENASIHATKAN SAHAJA. jgn mudah terpengaruh dengan propaganda untuk meruntuhkan ummah, ingatlah rasullah berpesan agar kita berpegang dgn Al-Quran dan Al-Sunnah, Janganlah Kita terpengaruh secara mudah. siasatlah kebenarannya. jangan hanya lihat dan terima, kelak binasa. bagi saya. video diatas adalah satu pembohongan yang besar “even rasullah telah memperingatkan bhw akhir zaman nanti, akan berlaku pembohongan secara besar2an”. bagi sy, nik aziz adalah ulama yang patut dihormati, jangan kita menuduh yang bukan2 terhadap org yang sememangnya mempunyai pegangan agama yang kuat SERTA BERAMAL DENGANNYA. bkn agama kuat, tp tidak beramal dgn agama. janganlah kita berpecah belah atas fitnah sebegini. ingatlah, kita diakhir zaman. ISLAM PASTI AKAN MENANG,PASTI!! jgn kamu tolak, kalau kamu tolak, kamu x mengikut sunnah rasullah!! ISLAM SELAMANYA!

  7. kalau benarlah dakwaannya Nik Aziz sebarkan ajaran sesat, mengapa tak buat sahaja laporan polis & majlis agama negeri buat siasatan?

    saya tanya majlis agama negeri, sbb persekutuan takde majlis agama yg menguatkuasakan hukum2 syara’ dsb….

  8. ustaz moden perkenalkan diri anda, baru anak murid boleh berguru, kalau gurupun tak nampak dan tak dikenali alamat se,,,,,, manusia seluruhnya..

  9. Orang yang benar – benar alim dan taqwa tidak menegur orang yang jahil dan silap dengan menggunakan bahasa yang kasar dan kesat . Penegur mestilah tawaddzok menegur dan memberi contoh yang baik . Menegur manusia yang silap juga perlu dilakukan seperti yang dilakukan oleh Nabi Kita . Orang yang menegur juga mestilah berdasarkan ubudiah kepada Allah . Pendurhakaan sesaorang itu adalah berdasarkan pendurhakaan kepada Tuhannya .
    Saya bukanlah penyokong mana – mana parti baik pas atau BN .

  10. Bagi orang yang sedang mengobati jiwa orang-orang yang menghendaki jalan Allah, janganlah mencecar mereka dengan suatu pola latihan khusus untuk mengetahui akhlaq dan penyakitnya Sebab mengobati setiap pasien tidak hanya dengan satu cara saja. Jika melihat orang yang tidak mengetahui syariat, maka dia harus mengajarinya. Jika melihat orang yang takabur maka ia harus menuntunnya kepada hal-hal yang membuatnya tawadhu’, menghadapi orang yang mudah naik pitam dengan cara yang lemah lembut.
    http://www.salafyoon.net/akhlaq/tazkiyatun-nufus-pembersihan-jiwa.html

  11. Setuju bhw kedua2nya ada agenda politik sendiri. Org Islam tidak membesarkan diri sendiri. Bila menegur tidak gunakan bahasa yg kesat. Itu pastinya menimbulkan ketegangan yg lain pula. Di manakah sikap kepimpinan anda dan diharap para pendokong parti umno dan pas tolonglah berfikiran waras dan terbuka. Kepada para pemimpin sekalian, tolonglah cari ketua yg membawa sinaran kepada Islam,bukannya yg akan menjatuhkan Islam dgn sifat kepura-puraan mereka.

  12. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami umat Islam agar tidak tersalah pangkah di dalam pilihanraya yg akan datang

  13. saya cuma nak bawa saudara-saudara berfikir sejensk..betul ke cara kita nak menegakan islam dgn mengunakan demokrasi sebagai jambatan…kalau rakyat suka undilah pas dan bolehlah tegakan islam kalau tak suka tarik balik undi tu jatuhlah pemerintahan islam.. begitu ke cara kita nak dalam menegakan hukum Allah .. bukankah demokrasi itu sendiri ciptaan orang yahudi..so apa pilihan yg ada?Ikutlah sunnah rasullulah saw…tarbiah dgn berbekal akhlak yang mulia agar manusia itu tahu siap yg patut disembah..tak payahlah kalut gaduh-gaduh dan menyalahkan org lain semata -mata nak berebut kuasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: