Penjelasan Kesesatan Syiah Oleh Blogger Mistis Files Kepada Faisal Tehrani – Wajib Baca Dan SEBAR !!!

Ini adalah penjelasan berkenaan isu Syiah yang melanda Malaysia sejurus selepas serbuan JAKIM ke atas 200 pengikut Syiah di Hauzah Ar-Ridha,Gombak.Sebelum anda membaca artikel ini,anda bolehlah membaca satu artikel berkenaan Syiah yang telah diterbitkan di dalam MF.Mendepani isu Syiah,tidak boleh tidak mesti bercakap tentang sejarah.Ini kerana Syiah muncul dari golongan munafik yang berselindung di dalam Islam ketika zaman Rasulullah s.a.w,muncul dan membunuh para Khalifah yang bertegas kepada golongan murtad dan munafik,kemudian mempergunakan nama baik Saidina Ali r.a untuk menghalalkan satu mazhab baru:Mazhab para bidaah dan fasiq,berakar tunjang dari kaum majusi Parsi.

Dalam soal perpaduan umat Islam,kita boleh menerima mereka sebagai ‘Islam’ selagi mereka mengamalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama) tetapi dari sudut akidah dan pegangan sunnah Rasulullah s.a.w,kita hendaklah menjauhi mereka,kerana mereka gemarkan bidaah hasil dari hadis palsu dan penyelewengan sejarah.

Artikel ini menjawab satu-persatu kenyataan Ustaz Kamil Zuhairi,selaku ketua masyarakat Syiah Malaysia dalam satu wawancara oleh HijrahTV.

-M.O

Pengikut Imam Ja’fari

Mengikut Ustaz Kamil,Syiah yang dianutnya dipanggil Syiah Ja’fari,mengambil nama sempena Ja’far As-Sadiq,tuan guru kepada Imam Malik bin Anas dan tuan guru kepada imam mazhab yang empat (mazhab fekah Ahli Sunnah Wal Jamaah).

Jawapan:

Sebenarnya Imam Ja’far sendiri berlepas diri dari Syiah yang bencikan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Diriwayatkan oleh Abdul Jabbar bin Al Abbas Al Hamdzani bahwa Ja`far bin Muhammad mendatangi mereka ketika mereka hendak meninggalkan Madinah, dia (Ja’far As-Sadiq) berkata,


Sesungguhnya kalian insya Allah adalah termasuk orang-orang soleh di negeri kalian, maka sampaikanlah kepada mereka ucapanku, `Barangsiapa mengira bahwa aku adalah IMAM MAKSUM yang wajib ditaati maka aku benar-benar tidak ada sangkutpaut dengannya. Dan barangsiapa mengira bahwa aku berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar maka aku berlepas diri daripadanya`. (Syiar `A`lam An Nubala : 259).

Ingat,kata-kata ini dari Imam Ja’far As-Sadiq.Salah satu tabiat Syiah ialah sukakan label-label.Syiah Rafidhah,Syiah Imam 12 dan Syiah Ja’fari adalah entiti yang sama,dan bersepakat dalam hal ini:

1-Tidak mengiktiraf Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah,sebaliknya mengangkat Saidina Ali r.a.

2-Memandang serong,menghina dan mencerca para sahabat Nabi.

Syiah suka mengaitkan mereka dengan keluarga nabi (baca:Ahli Bait) dan menganggap umat Islam (baca:ahli Sunnah wal Jamaah) sebagai pembenci keluarga nabi atau tidak menghiraukan keluarga nabi.Padahal umat Islam amat mencintai keluarga nabi.Bagi Syiah,mencintai keluarga nabi adalah HAK mereka.

Ustaz Kamil mengatakan imam-imam feqah umat Islam (baca:Sunni) berguru atau mewarisi ajaran dari Imam Ja’far ini,nah!Sebenarnya kita lah umat Islam yang benar-benar mewarisi tunjuk ajar dari Ahli Bait dan Rasulullah s.a.w.Yang hairan bin ajaibnya,Syiah Melayu mendakwa berguru dari Imam Ja’far namun bergembira dengan segala bidaah yang sengaja dibuat-buat dan ditampal nama Imam Ja’far.Semua bidaah ini dilabelkan oleh Dr. Faisal (simpatisan Syiah) sebagai ‘identiti’ atau ‘budaya unik’.Ingat,agama bukan boleh dimain-mainkan dengan istilah sasterawan.Agama ADALAH HAK ALLAH S.W.T.Begitu juga Syiah dan lain-lain mazhab bidaah (termasuk ajaran sesat) dilabel oleh beliau sebagai ‘sekolah pemikiran’.Agama bukanlah sekolah pemikiran.Agama ialah panduan dari Tuhan.Hanya sekularis yang memikirkan agama adalah sekolah pemikiran dan produk dari sekolah pemikiran.

Imam Ja’far sendiri berlepas diri dari orang yang berlepas diri (tidak menyukai) dari Abu Bakar dan Umar (kedua sahabat ini paling dibenci Syiah kerana tegas melawan golongan murtad dan munafik ketika menjadi khalifah),bagaimana Syiah boleh merendah-rendahkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar,sahabat nabi yang dijamin syurga oleh nabi sendiri?Imam Ja’far sendiri mencintai Abu Bakar r.a dan Umar r.a:

Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, Saya bertanya kepada Abu Ja`far dan puteranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, `Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya kerana keduanya adalah imam huda.` Kemudian Ja`far berkata, `Hai Salim apakah ada orang yang mencela datuknya? Abu Bakar adalah datukku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.` Ucapan Imam Ja’far seperti ini dia ucapkan dihadapan bapanya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya. (Tarikh Al Islam 6/46)


Sejarah

Ustaz Kamil berkata:

“…sedangkan Sunnah,Syiah ini kembali kepada sejarah.Dan kedua-duanya bersaudara.Kedua-duanya Islam.Yang satu…berpegang kepada sahabat-sahabat nabi…ahli Sunnah wal Jamaah.Yang satu berpegang kepada sahabat nabi dan keluarga nabi…(Syiah).

Jawapan:

Kali ini kata-kata Ustaz Kamil ini benar kerana sememangnya perbezaan Syiah dan Sunnah (baca:umat Islam) adalah kerana FAKTOR SEJARAH,bukan KEBENARAN.Daripada faktor sejarah inilah,para ulama Syiah memutarbelitkan sejarah dan mengarang hadis-hadis palsu.

Namun ahli Sunnah tidak semata-mata berpegang kepada sahabat-sahabat nabi.Jawapan yang tepat ialah,ahli Sunnah berpegang kepada Allah dan Rasul-Nya.Kemudian barulah kepada para sahabat dan keluarga nabi.Sebenarnya perlukah disebut dengan jelas ‘keluarga nabi’?Tentulah tidak perlu kerana sudah tentu orang Islam berpegang kepada keluarga nabi sebagai ikutan.Syiah terpaksa menampal label ‘keluarga nabi’ dan menegaskan berkali-kali supaya cuba menunjukkan mereka sahaja yang sayangkan keluarga nabi,yang selain mereka tidak.

Syiatihi/Syiatuhu

Ustaz Kamil mendakwa di zaman Rasulullah lagi menyebut mereka ini sebagai Syiah…

Jawapan:

Orang-orang Syiah gemarkan label-label.Apa jua perkataan yang ada bau-bau ‘Syiah’ samaada ‘Syiatihi’ atau seumpamanya,dijumpai dalam hadis atau ayat Quran,maka didakwanya merujuk kepada golongan mereka,golongan pengamal ajaran bidaah dan fasiq.Padahal perkataan ‘Syiah’ bukanlah sesuatu yang eksklusif;ia adalah perkataan bahasa Arab biasa yang bermaksud golongan/pengikut.Anehnya bila ada hadis yang menggunakan perkataan ‘Syiah’ itu kepada golongan yang negatif seperti para pengikut Dajjal yang bersembunyi dibalik pokok atau batu dalam riwayat Ahmad dalam Musnad,tiada pula mereka berkokok mahu mengaku merekalah golongan itu.

Siapakah keluarga Nabi?

Ustaz Kamil telah menyempitkan makna keluarga nabi (Ahli Bait) kepada Fatimah Az-Zahra,Ali r.a dan kedua anak mereka Hassan dan Hussein.

Jawapan:

Ini salah,kerana di dalam AlQuran telah dijelaskan dalam surah AlAhzab ayat 28 hingga 33 bahawa istilah asal Ahli Bait adalah khas untuk isteri-isteri nabi,dalam konteks ayat ini,isteri Nabi Muhammad s.a.w.Satu lagi contoh ayat al-Qur’an yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri nabi ialah kepada isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi salam.

Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.

Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]

Syiah suka menggunakan apa yang dipanggil Hadis Kisa,iaitu hadis yang kononnya mengeluarkan isteri-isteri nabi dari istilah Ahli Bait.Padahal hadis inilah yang menguatkan kedudukan isteri-isteri nabi sebagai pemegang ‘title’ asal Ahli Bait.

Hadis ini menyebut:

“Umm Salamah radhiallahu ‘anha berkata:

Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.

Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”

Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”

Ulasan:

Syiah selalu menggunakan ayat ini untuk mengatakan bahawa Ahli Bait ialah Fatimah,Ali dan kedua anak mereka.Dan berhujah bahawa Ummu Salamah seolah-olah ditolak dari golongan Ahli Bait dengan diisyaratkan oleh tindakan Nabi menolak beliau dari diselimuti kain.

PERKARA SEBENARNYA YANG TERJADI ialah Nabi s.a.w mengetahui bahawa ayat AlAhzab 28-33 itu khas ditujukan kepada isteri-isteri baginda maka baginda berharap bahawa Fatimah,Fatimah,Ali dan kedua anak mereka termasuk dalam golongan Ahli Bait.Sebab itu Nabi s.a.w sampai berdoa:

“Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”

Lantas bertindak menyelimuti mereka.Apabila Ummu Salamah ingin turut serta,Nabi berkata:“Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.” merujuk kepada Ummu Salamah sebagai isteri Nabi TETAP PADA KEDUDUKAN SEBAGAI AHLI BAIT.

Jika Nabi s.a.w sudah tahu ayat ini ditujukan kepada Fatimah,Ali dan kedua anak mereka,tidak payahlah Nabi s.a.w bersusah-payah mendoakan mereka lantas mengambil selimut menyelimuti mereka.Kemungkinan,yang sebaliknya berlaku;Nabi mengumpulkan isteri-isteri baginda,mendoakan mereka lantas menyelimuti mereka.

Bayangkan,Nabi juga punya anak-anak yang lain seperti Ruqayyah,Zainab,Ummi Kalthum dan lain-lain tetapi yang menjadi Ahli Bait hanya Fatimah Az-Zahra?Pelik Bin Ajaib.

Hadis Ghadir Khum

Dalam video ini juga Ustaz Kamil juga menyentuh tentang perbezaan antara Syiah dan Sunnah.Apa bezanya?

Perbezaannya menurut Ustaz Kamil ialah jawatan Khalifah selepas kewafatan Nabi s.a.w sepatutnya dipegang oleh Saidina Ali r.a.Ini keyakinan Syiah.

Syiah menegaskan premis ini menggunakan hadis yang dikenali sebagai hadis Ghadir Khum yang diseleweng maksudnya.

Kita lihat apakah hadis Ghadir Khum itu:

Hadith Ghadir Khum telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim.Ia bersumber dari hadith sahabat Zaid Ibn Arqam r.anhu.Ia telah diriwayatkan dalam Kitab Fadhail (Kelebihan) Para Sahabat dalam Bab Kelebihan Saidina ‘Ali r.anhum ajma’in (no 2408).{Takmilah Fath al-Mulhim Syarah Sahih Muslim,jil 5,ms 59,edisi Dar al-Qalam}.

Zaid Ibn Arqam r.anhu telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah berkhutbah pada suatu hari di satu mata air (ghadir) yang bernama Khum yang terletak antara Makkah dan Madinah.Baginda Rasul SAW telah memuji Allah SWT,memberi peringatan dan nasihat dan kemudiannya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Wahai manusia,aku adalah manusia dan aku merasakan bahawa telah hampir waktu untuk datangnya utusan Tuhanku (malaikat maut untuk mencabut nyawa Baginda SAW).Aku tinggalkan pada kamu semua thaqalain (2 perkara yang besar).Yang pertama ialah Kitabullah.Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya.Maka berpeganglah dengan Kitabullah.” Selepas itu,Rasulullah SAW telah menyampaikan saranan secara tegas dan bersungguh-sungguh agar berpegang teguh dengan Kitabullah.Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda,” Aku memperingat kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku.”

Murid kepada Zaid Ibn Arqam r.anhu iaitu Hushain r.alaih telah bertanya tentang siapakah ahli bait Rasulullah SAW.Kata beliau, ” Bukankah para isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda?”

Maka Zaid Ibn Arqam telah menjawab, ” Isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda Rasulullah SAW.Dan yang dimaksudkan dengan ahli bait di sini ialah mereka-mereka yang diharamkan menerima sedekah iaitu ahli keluarga Ali,’Aqil,Ja’far dan Abbas r.anhum.”{Hadith yang panjang ini telah diringkaskan dan terjemahan adalah berdasarkan makna,bukannya lafaz}.

Inilah hadith yang berkaitan dengan Ghadir Khum.Ia juga dikenali sebagai hadith thaqailain (Kitabullah dan Ahli Bait).

Dalam riwayat Imam Tirmizi (no 4046),Ahmad (no 19302) dan lain-lain,ada dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

“Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya,maka Ali adalah pemimpinnya”

Dalam sesetengah riwayat ada diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

“Ya Allah,jadilah pemimpin bagi sesiapa yang mengangkat Ali sebagai pemimpin dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya”

{penomboran hadith adalah berdasarkan edisi Syaikh Syuaib al-Arnauth dan rujukan-rujukan lain boleh ditemui dalam nota kaki tahqiq Syaikh Syuaib}

Para ulama’ hadith telah berselisih pendapat tentang dua versi riwayat di atas.Sebahagian kecil para ulama’ hadith menghukum hadith tersebut sebagai hasan atau sahih (boleh diterima pakai).Dan majoriti para ulama’ hadith yang pakar dalam kecacatan hadith menghukumnya sebagai dhaif dan tidak boleh dipakai dan dijadikan hujjah apatah lagi jika ia melibatkan persoalan akidah dan syariat.

Ulasan:

Hadith Ghadir Khum yang bersumber dari riwayat Zaid Ibn Arqam adalah ringkas.

Dalam riwayat yang lain yang juga terdapat dalam kitab-kitab Syiah,dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah menghantar Ali ke Yaman untuk mengutip 1/5 harta rampasan perang yang pada masa itu,pasukan tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid.

Secara ringkasnya,telah berlaku perselisihan faham antara Ali dan beberapa orang sahabat r.anhum dalam beberapa isu seperti isu wanita tawanan perang (sabiyy) yang akhirnya telah menyebabkan ketegangan di kalangan mereka.

Semasa perjalanan pulang Rasulullah SAW dari Makkah,mereka telah bertemu di satu tempat yang bernama Ghadir Khum.Oleh kerana keadaan menjadi tegang,maka Rasulullah SAW telah berkhutbah di kalangan para sahabat dan menyatakan kelebihan Ali r.anhu,serta mengingatkan bahawa Ali r.a adalah keluarganya dan perlu menghormatinya sebagaimana menghormati baginda.

Tiada perkara yang pelik dalam hadith tersebut.Namun kerana akal pengikut agama Syiah yang telah rosak,maka semuanya menjadi pelik dan bermasalah.

Jika difahami kenyataan Rasulullah SAW di atas secara sihat dan waras,maka sebenarnya tiada sebarang masalah akan timbul.

Ini kerana,Saidina Ali adalah utusan Rasulullah SAW ke Yaman.Maka mentaati Saidina Ali r.a adalah wajib seperti mentaati Rasulullah SAW.Dan ini bukan pertama kali Rasulullah SAW memerintahkan agar ditaati wakil Baginda Rasul.Jika begitu,adakah setiap wakil yang dihantar baginda Rasul dan diwasiatkan agar ditaati perintahnya,maka mereka juga berhak menjadi Imam Ma’sum dan menjadi Khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW?Sememangnya Syiah memang suka mereka-reka cerita karut.

KESAN

Dari penyelewengan hadis ini,maka para Syiah berusaha mencari-cari kesalahan peribadi Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi khalifah dan bersalah kerana kononnya ‘tidak mematuhi’ hadis Ghadir Khum.Aktiviti mencari-cari kesalahan berakhir dengan mencaci-maki sahabat utama Rasulullah s.a.w ini,menuduhnya dengan pelbagai maksiat dan keburukan sifat serta ada yang sampai mengkafirkan beliau.

Hadis 12 Khalifah

Dalam wawancara ini juga Ustaz Kamil ada menyebut tentang satu hadis dari Rasulullah s.a.w tentang 12 orang khalifah sesudahnya.Anehnya,ustaz Syiah ini mendakwa ‘khalifah’ itu merujuk kepada imam-imam mereka.Ini amat salah dari segi sejarah kerana hanya seorang Imam mereka sahaja yang berjaya jadi khalifah iaitu Saidina Ali r.a.

Kita rujuk hadis ini (terdapat beberapa lagi riwayat dengan maksud yang sama):

Daripada Jabir bin Samurah r.a. katanya, “Aku pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan ayahku bersamaku, lalu aku mendengar Baginda bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga ke dua belas orang khalifah, lalu Baginda berkata dengan kalimah yang orang ramai tidak mendengarnya, maka aku berkata kepada ayahku, “Apakah yang Baginda katakan? Ayahku menjawab, “Semua mereka dari Quraisy”.(Riwayat Muslim)

Ulasan:

Golongan Syi’ah mengatakan dua belas khalifah atau amir yang terdapat di dalam hadith tersebut adalah dua belas imam maksum di sisi mereka. Ulama-ulama AHLUS SUNNAH menolak pegangan mereka dengan beberapa alasan. Antaranya adalah:

Di dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. menggunakan kalimah amir atau khalifah dan tidak ada satupun riwayat yang menyebutkan kalimah imam dengan mufrad atau aimmah dengan lafaz jama’. Kalau dipandang kepada kalimah sahajapun ianya sama sekali tidak menepati imam-imam Syi’ah kerana kalimah amir atau khalifah digunakan kepada pemerintah.Sedangkan di kalangan imam-imam Syi’ah hanya seorang orang sahaja yang menjadi pemerintah.

Syair Imam Syafie

Ustaz Kamil Zuhairi juga menggunakan Syair Imam Syafie dengan tujuan seolah-olah Imam Syafie meredhai Syiah.

Ini adalah kata-kata Imam Syafie yang amat popular digunakan oleh Syiah Melayu hatta simpatisan Syiah seperti penulis tersohor Malaysia,Dr. Faisal Tehrani.

Syiah Melayu sering menggunakan hujah ini,

“Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah,maka saksikanlah jin dan manusia aku adalah Rafidhi”

Ini adalah kata-kata atau syair dari Imam Syafie.Syiah Rafidhah menyelewengkannya kepada hadis yang kononnya dinukil oleh Imam Syafie.

Motif Syiah Melayu ini adalah untuk mendakwa bahawa Imam Syafie sendiri meredhai Rafidhah.Sebenarnya,hujah ini menikam mereka sendiri,kerana Imam Syafie BUKAN mengiktiraf dirinya sebagai syiah,tetapi maksud kata-katanya ialah: MEMPERTIKAIKAN BAHAWA RAFIDHAH (SYIAH) CINTA PADA AHLI BAIT.

Hanya mereka yang tidak memahami uslub Bahasa Arab yang mengatakan Syafie mengaku Rafidhah/Syiah.Orang yang belajar Bahasa Arab boleh bandingkan uslub Syafie dengan uslub Quran ini:

Firman Allah s.w.t:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya”.

(Al-Zukhruf: 81)

Ayat ini bukan menunjukkan Nabi memuliakan anak Tuhan, tetapi MENAFIKAN TUHAN ADA ANAK.

Sama dengan syair Imam Syafie, bukan mengaku sebagai Rafidhah (Syiah) tetapi MENAFIKAN RAFIDHAH CINTA AHLI BAIT.Dengan kata lain,Imam Syafie memperli dakwaan golongan Rafidhah yang kononnya cintakan Ahli Bait.

Ini ditegaskan oleh Imam Syafie sendiri:

“Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah”. (Siyar A’lam Nubala)

Jika Syiah Melayu menggunakan hujah ini,pada masa yang sama dia juga mengaku berfahaman Rafidhah.Maka kita boleh tahu dia adalah Syiah pelampau dari kalangan Imamiyyah.Perangkap yang dia beri nampaknya bukan sahaja memakan diri malah membogelkannya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

KESIMPULAN

Syiah Melayu (juga Syiah yang lain) berusaha untuk ‘mengislamkan’ diri sendiri dengan mendapatkan restu umat Islam.Antaranya dengan menggunakan isu Palestin.Sikap kita sebagai umat Islam,untuk menghadapi musuh Islam yang lain seperti Zionis,adalah strategik untuk merelakan Syiah ini untuk berganding bahu menentang Yahudi Zionis dan kuncu-kuncunya.Tetapi untuk meraikan segala bidaah dan kefasiqan mereka,tidak sama sekali.

Sekali lagi ditegaskan dalam hal ini,Syiah Imamiyah adalah saudara SeIslam selagi mereka amalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama)

Namun yang membezakan Syiah Imamiyah dengan umat Islam yang ikut cara Nabi s.a.w ialah…

Mereka bermazhab ahli bidaah dan fasiq.

Bidaah:suka mereka-reka benda yang tidak ada dalam agama Islam

Fasiq:mempertahankan bidaah,mencerca sahabat dan isteri nabi (terutamanya Aishah r.a),mengarang hadis palsu,menyeleweng hadis,menyeleweng sejarah/sirah dan sebagainya.

TINDAKAN

Sebagai umat Islam,kita perlu merapati mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan Nabi s.a.w.Tindakan serbuan yang memalukan mereka seperti yang dilakukan oleh JAKIM adalah kurang bijak.Ini menyebabkan mereka semakin benci dengan umat Islam (baca:Ahli Sunnah wal Jamaah).Tindakan meraikan segala bidaah mereka seperti yang dilakukan oleh Dr. Faisal Tehrani juga tindakan yang bukan sahaja kurang bijak malahan pelik bin ajaib.Ini samalah seperti kita meraikan perayaan Thaipusam dan menceritakan keagungan patung-patung Hindu atau meraikan upacara sami-sami Buddha memuja Amitabbha (jelmaan Buddha).Tindakan ini bukan menyatukan umat Islam malah mendatang fitnah kepada dirinya serta dosa kerana bersekongkol dengan segala kefasiqan mereka.

Tindakan beliau juga samalah seperti menceritakan segala kehebatan dunia Amerika dan Eropah,teknologi mereka yang hebat-hebat dan bertanya,mengapa mereka berjaya dan maju?(Amerika lebih berkaliganda maju dari Iran).Kemudian Dr. Faisal menunjukkan salib dan patung Jesus kemudian menyuruh umat Islam menangisi penyaliban Jesus dengan alasan,menangisi Jesus sebagai salah seorang nabi membawa kebaikan,sebagai contoh.

Sebab itu,kita sepatutnya membawa mereka ke jalan kebenaran BUKAN MERAIKAN mereka sehingga seronok bermain-main di jalan bidaah.

Hujah-hujah Syiah Melayu tidak akan lari dari apa yang disebut di atas.Jika mereka terdesak,mereka akan gunakan plan B,taqiyyah.Kemudian mereka akan hadirkan berpuluh-puluh hadis palsu dan penyelewengan hadis.

SIAPA YANG SELALU KENA TIPU?

Orang yang kurang didikan agama,pelajar-pelajar,kanak-kanak mentah,orang dewasa namun berfikiran seperti belum mumaiyiz,orang yang tidak suka mengkaji dan orang terlalu banyak mengkaji tetapi tenggelam dalam hasil kajiannya (Baca:Dr. Faisal Tehrani)

nota:anda boleh menghantar komen tentang isu ini dalam ruangan komen ini sahaja.Komen-komen lain seperti berkenaan ATBM,anda boleh hantar dalam artikel Srikandi yang terbaru.

Jaminan: Kepada Syiah Melayu yang ingin berbincang secara ilmiah,jangan risau,komen anda tidak akan ghaib secara tiba-tiba.Mahu pakai anonymous pun boleh.Islam mengajar kita musyawarah.Bukan berat sebelah😀
Insya Allah mana yang kami sempat jawab kami jawab.Kami bukan tinggalkan artikel,lepas tu pembaca terpinga-pinga.Di MF ada ‘servis selepas jualan’ 😀

susunan:staff MistisFiles.

_____________________________________

Bonus :Anda boleh mengikuti perbincangan antara staff kami nickname ‘Mistis’ dengan Dr. Faisal dan para Syiah Melayu (selagi stok masih ada,sekiranya tidak dipadam).Selepas tidak mampu menjawab tentang sikap terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq,nickname ‘Mistis’ kena block.

lihat sini:  http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/pencabulan-hak-asasi-minoriti-syiah.html

sini:  http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/cari-mereka-sampai-dapat.html

(Di link kedua ini anda boleh lihat Syiah Melayu menghina Saidina Abu Bakar sebagai pernah ‘bertaruh’ atau berjudi dan tak berhak ke atas jawatan Amirul Mukminin.Komen kami ada sebenarnya selepas komen Dr. Faisal untuk jawab balik tetapi ghaib entah ke mana)

 

Anda boleh juga ikuti perbincangan dengan seorang Syiah Melayu yang kepanasan dalam blog Azli Syukri.Sehingga ke hari ini,jawapan kami tidak terbalas olehnya walaupun pada mulanya Syiah Melayu ini mencabar dengan penuh kemarahan:

http://azlishukri.blogspot.com/2010/12/isu-syiah-di-sini-tiada-lagi-ajaran_28.html

(perhatikan komen dari nickname ‘groom’,beliau juga pernah posting komen-komen perbincangan ilmiah di blog Dr. Faisal tetapi kena block juga.)

Ini menunjukkan Syiah Melayu tidak punya ilmu yang cukup untuk menjawab kepalsuan mazhab mereka.Komen yang berbincang secara ilmiah dalam blog Dr. Faisal dipadamkan.Hanya komen orang yang anti-Syiah tetapi bahasa berterabur,mudah dijawab dengan hikayat Syiah dan hadis palsu serta melampiaskan kemarahan dilepaskan,untuk  menunjukkan umat Islam (baca:ahli Sunnah wal Jamaah) cenderung kepada sisi negatif berbanding penyokong-penyokong Syiah😀

 

 

 

– disalin dari tulisan Blogger MF di sini http://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/selinganisu-syiah-di-malaysia.html

22 Responses

  1. assalamualaikum w”r”t…..tuan blok usah cakap pasai syiah dah ramai org terpengaruh syiah….sebagai contohnye SALAM…yg banyak di guna pakai hari ini dalam berSMS dalam telepon dan ada pulaak ust yg tak tau hadis dan mengaji mennghukum harus(mubah)pekataann SALAM…
    nabi s.a.w tak penah ajar dalam hadis cara memberi salam sebegini rupa..cuba tuan jalan2 ke negara iran mereka memberi ucapan ASSALAMUALAIKUM dgn begitu ringkas aitu SALAM…nah sekarang pikir pikir kan lahh…

    • panjang nya..betul ke ejaan dia mcm tu? apakah ‘a’ sama ngan ‘ain’? Dah betul tp tak berapa nak betul, menyusahkan?

    • kne fham istilah sms 2 dlu nma da tok ringkas,bkn nk tulis pnjang berjela2,klu mcm 2 da jd teks ucapan plak….

  2. TTg salam tu bukan meniru Syiah atau terpengaruh itu sbb nak buat ringkas sms tu yg tulis salam jer. kalau depan2 mana ada org Msia cka SALAM semua cakap penuh Assalammualaikum paling pendek pun. Sms nak ringkas but org blh baca. Lgpun diaorg mana tau SALAM tu ikut syiah ok lepas ni di gallakan kalau nak ringkas tulis AS-Salam ok tak?? ker nak ASSMKM…..camner?

  3. Assalamualaikum.

    Jika menulis bertujuan nak cari gaduh, nah cari perpecahan umat Islam, tak payah tulislah. Jangan bawa-bawa orang jahil jadi keliru dan akhirnya meluat pada Islam. Carilah jalan nak satukan umar Islam supaya dengan bersatu kita jadi kuat untuk melawan musuh nombor 1 kita iaitu iblis yang menderhaka kepada Allah. Biarlah Allah yang menjadi hakim antara kita. Apabila kita suka menghakimi ‘keislaman’ orang lain, maka kita akhirnya berbalah sesama Islam. Akibatnya kita berbunuh sesama sendiri, bom sana bom sini, bom masjid sunni dan sebaliknya!. Alangkah sedihnya, bilangan orang Islam yang mati kerana berbunuh sesama sendiri adalah jauh lebih ramai dari yang mati dibunuh yahudi!, sedangkan yahudi itu sama seperti iblis; derhaka kepada Allah! Baliklah pada Kitabullah (Ai Quran), bukan baca saja dengan tajwid dan tarranum tapi kena FAHAM, barulah kita tak bergaduh sesama sendiri. Cuba renung, DAH LEBIH 1300 TAHUN KAN ORANG ISLAM BACA QURAN TANPA FAHAM!, jadi macamana nak dapat petunjuk Allah! Fikir-fikirkan! Sekian, Assalamualaikum.

    • Syiah berasal drpd ajaran yahudi+islam ikut kepala pemikiran fasiq mereka. So bergaduh dgn syiah beerti sama seperti bergaduh dgn yahudi atau sesiapa yang terlibat dgn ajaran sesat.

      Org yang menganut syiah adalah org yang inginkan kelainan dan mengikut hawa nafsu sebab dalam syiah mereka boleh menipu (baca:taqiyyah) dan boleh kahwin mut’ah (berzina atas nama Islam)…Ssyiah adalah agama hawa nafsu dan agama bertunjangkan emosi dan aqal yang dangkal…..tahniah buat ustazmoden…anda pakar dalam syiah maka sebarkanlah keburukan syiah supaya generasi muda tahu hakikat biadap dan durjana syiah!

  4. Betulkah semua golongan syiah itu sesat dan adakah mereka bukan islam. Agak musykil dan saya kurang tahu tentang syiah. Bolehkah saudara terangkan?

  5. Artikel yg menarik, cuma perlu beberapa pembetulan
    Nampaknya ko masih lg taklid, iaitu cuma mendengar cerita dpd mereka yg disangkakan tinggi ilmu agama mereka
    Sesungguhnya Syiah dan Sunnah itu cuma perbezaan politik sebagaimana PAS dan UMNO

    Kenapa aku kata dari segi politik berbeza?
    Pernah kamu berborak dengan mereka yg dilabel Syiah?
    Pernah kamu sendiri beribadat bersama mereka?
    Ini semua prejudis yg sudah lama didoktrinasi melalui pengajian agama

    Sesungguhnya di Jazirah Arab, Syiah itu mewakili kaum Parsi sedang Sunnah itu mewakili kaum Arab. Kerana itu tidak hairanlah negara2 tersebut saling berperang mazhab sedang mereka telah ditipu Dajjal Al Masih. Nampak juga persamaan orang di sini? Kerana itu cuba didoktrinasi bahawa Sunnah sahaja jalan yg terbaik. Ini tiada beza dengan mereka yg Kristian dan taksub akan Triniti tanpa mempersoalkan.

    Perang Chaldiran, Konflik Kesultanan Umaiyah-Sassaniyah yg mana satunya mewakili aliran Sunnah dan satu lgnya mewakili aliran Syiah
    Dalamilah ilmu itu walau perlu menuntut daripada mereka yg tinggi ilmu dalam pelbagai bidang, bkn agama sahaja. Harap maklm

    • tak betul pandaangan tuan tu, perbezaan ni bukan perbezaan ideologi politik, perbebezaan ini telah di kaji dan dibahaskan oleh ulamak2 terdahulu, yg pada masa itu tok nenek kita pun tak ujud lagi dan tak tau pun pasalsyi’ah ni…sekian

  6. Assalamu’alaikum wbt. Seronok saya membaca artikel saudara. Memang ada kebenarannya. Selama saya mengikuti Mazhab Ahlul bait BUKAN IKUT SYIAH tapi SUNNAH.. banyak ilmu yang saya dapat dari hadith rekaan Syiah.. Doa’2 dari Imam 12, Sejarah & Biografi Imam2 12. Penjelasan tentang Imam Mahdi yang akan hadir ke Dunia. Ilmu agama dari “pintu gedung Ilmu” Saidina Ali AS. Saya mula terpikat dengan Ahlul Bait ni semenjak keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” . Bercanggahlah pulak artikel saudara
    yang mengatakan Syiah ni mereka hadith, ahli bidaah & fasik.. Saya amal pun sendiri sendiri je..tak berani nak sebarkan sebab kalau nak sesatpun biarlah saya seorang je yang sesat.

    • APAKAH MASIH ADA KETURUNAN AHLUL BAIT?

      Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

      1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

      Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah terdiri dari isteri dari Nabi Ibrahim.

      2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

      Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah meliputi Ibu kandung Nabi Musa As. atau ya Saudara kandung Nabi Musa As.

      3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

      Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

      Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

      Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

      1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW, sayangnya kedua orang tua beliau ini disaat Saidina Muhammad SAW diangkat sbg ‘nabi’ dan rasul sudah meninggal terlebih dahulu.

      2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW, tapi sayangnya saudara kandung beliau ini, tak ada karena beliau ‘anak tunggal’ dari Bapak Abdullah dengan Ibu Aminah.

      3. Isteri-isteri beliau.

      4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan ‘nasab’-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa, sehingga anak lelakinya tak meninggalkan keturunan.

      Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam.

      Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita anggap bernasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah?. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.

      Kalaupun kita paksakan, bahwa anak Bunda Fatimah juga ahlul bait, karena kita mau mengambil garis dari perempuannya (Bunda Fatimah), maka untuk selanjutnya yang seharusnya pemegang waris tahta ahlul bait diambil dari anak perempuannya seperti Fatimah dan juga Zainab, bukan Hasan dan Husein sbg penerima warisnya.

      Dengan demikian sistim nasab yang diterapkan itu tidan sistim nasab berzigzag, setelah nasab perempuan lalu lari atau kembali lagi ke nasab laki-laki, ya seharusnya diambil dari nasab perempuan seterusnya.

      Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta ‘ahlul bait’.

      Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

      • salam.sy syed ahmad faiz dan sy seorg sadah.soalan sy kpd anda,jika sudah tiada keturunan ahlul bait dan ianya berakhir selepas Fatimah,bagaimana kita hendak mentafsirkan hadith-hadith Rasulullah SAW yang menyebut tentang ahli baitnya,atau seperti cth hadith yg menyebut tentang imam mahdi,yg berketurunan baginda?kenapa Rasulullah SAW menyebut tentang imam mahdi berketurunan ahlul bait sedangkan pd pendapat anda keturunan ahlul bait berakhir dgn Saiyidina Fatimah Az-zahra?bagaimana anda ingin menjelaskan bagaimana Rasulullah SAW meyebut Hassan dan Hussein sbgai putera Baginda?seblum anda membuat kesimpulan sebegitu,adakah anda telah mengkaji apakah penerangan/hadith Rasulullah SAW yg menjelaskan siapakah ahlul bait baginda?bukankah byk peristiwa2 dimana Rasulullah SAW menjelaskan siapa ahlul baitnya.seperti peristiwa Muhabalah dgn nasrani Madinah,diaman Rasulullah SAW diminta sumpah laknat bersama ahlul baitnya,dan hari penentuan itu Rasulullah SAW membawa ahlul baitnya bagi menunjukkan siapakah ahlul baitnya yg baginda bersumpah laknat.sudahkah anda mengkaji tentang Hadith Al Kisa?sila adil kepada pengkajian anda.

      • keturunan Nabi berjuta orang di dunia

  7. Syiah adalah perkara yang tak ramai orang tahu tapi teringin nak bercakap tentangnya. Sebelum ada pembebal yg tuduh saya taqiyyah jadi Sunni dan sebagainya… saya beritahu saya Sunni. Disisi Syiah, taqiyyah hanya boleh dilakukan kalau diancam. Tak ada ancaman, mengaku Sunni, tu Syiah panggil menipu. Kalau saya Shia tapi ngaku Sunni..sya menipu. Takder taqiyyah dah.
    Nak bercakap pasal Syiah, kena tanya orang Syiah. Takkan la pasal nak kawin muta’h punya pasal, menyusahkan diri jadi Syiah. Muta’h tu pun sendiri bukan senang. Lagi tak cerdik panggil zina pulak. Macam Rasulullah pernah membenarkan zina pulak.
    Kita boleh cakap macam2 pasal tak der org Shia kat sini.So. senang nak panggil diorang sesat. Kalau buat, tangkap. Bukan ramai pun. Tapi kalau duduk di Iran, Pakistan, Bahrain… berani depan muka melalak anta kafeeeerrrrr……kafeerrrr…. kalau solat tiba2 diorang solat belakang kita…cepat2 batal solat? Sebab tu dialog pentin

    • jika solat belakang jadi makmum faham sudahlah tapi jangan makan sembelih mereka kerana racun tak semestinya racun. jadi boikotjela itu je.

  8. 1.Antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah perpecahannya bukan atas dasar politik tapi aqidah, fiqh dan lain-lain lagi.

    2. Syiah dan Wahhabi adalah dua golongan yang diasaskan dari pemikiran atau inspirasi yahudi bagi memecah belah perpaduan umat Islam. Kedua dua golongan Syiah dan Wahhabi ini adalah bermusuhan (khawarij Vs Syiah). Wahhabi ini khawarij bentuk baru dan khawarij lama ialah di Oman. Kedua-duanya sama sesat dan menyesatkan.

    3.JAUHKAN DIRI KALIAN DARI KEDUANYA SEOLAH KALIAN LARI DARI HARIMAU GANAS.

  9. Syiah Di Malaysia

    Keputusan:
    Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

    Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

    Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

    Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”

    Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

    Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

    Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

  10. Ada tiga masalah besar dlm lingkup dunia Muslim yakni: 1. perebutan warisan tahta ‘keturunan’ nabi, rasul atau ahli bait; 2. perebutan untuk menjadi sang tokohnya, ‘Imam Mahdi’, dan 3. perebutan dan penguasaan pengelolaan Masjidil Haram. Dua kelompok besar yang bertarung ini adalah kelompok Sunni dengan kelompok Syiahnya. Lalu, kelompok Saudi dimana ya?

    Titik temu atas ketiga masalah tersebut a.l:

    1 mencoba mencari ketegasan dan kejelasan masalah Ahlul Bait itu sendiri, apakah ada pewaris tahta ‘keturunan’ Ahlul Bait? jawaban saya Ahlul Bait yang terakhir dari Saidina Muhammad SAW hanya tinggal Bunda Fatimah, setelah itu tidak ada. Yang ada, hanya keturunan Saidina Ali dengan Bunda Fatimah.

    2. Imam Mahdi yang dianggap penerus ajaran Nabi Muhammad SAW tidak mungkin ada dua versi yang berbeda, versi yang menganggap Imam Mahdi sudah ada, tapi disumputi atau dighaibi, versi lain masih menunggu kelahiran Imam Mahdi. Dari kedua versi ini, rasanya sama-sama tidak tepat karena sama-sama sudah ditutup dengan misi Nabi Muhammad SAW sebagai penutup para nabi.

    3. Masalah ketiga, ya karena Masjidil Haram ada di Arab Saudi ya merekalah yang berhak mengelola dan mengawasinya, tinggal peran haji perlu dikaji kembali apakah hanya sekedar pelaksanaan ritual ibadah atau ada dampak sosial politik dunia kaum Muslim.

  11. Imam Mahdi:

    Selanjutnya, menyangkut issu kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).

    Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangannya sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayang, dalam Injil masih disebut issu Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.

    Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi Muhammad SAW dianugerahi agama ISLAM (QS. 5:3). Nama Islam tidak pernah termuat dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.

    Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Quran (S. 2:134 dan 141 serta S. 10:47). Begitu juga Imam Mahdi tidak akan lahir lagi dengan adanya penutup para nabi yakni Nabi kita Muhammad SAW, karena itu jangan ditunggu gia akan muncul, menjelma kembali atau lahir baru lagi.

    Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) kini dan yang akan datang ‘mampu’ membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.

  12. CUKUP LAH ALLAH TUHAN KITA YG SATU..NABI MUHAMMAD KITA YG SATU..KITAB ALQURAN KITA YG SATU..AGAMA ISLAM KITA YG SATU.. BERPANDUKANLAH PADA ALQURAN YG NABI MUHAMMAD TINGGALKAN UTK KITA DAN SUNNAH2NYE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: