PAS Tolak Program LGBT Seksualiti Merdeka – Tamparan Kepada Ambiga dan Anwar !

Pas bantah penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011

03/11/2011 6:45pm

 

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini membantah sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan bagi mendapatkan hak kebebasan individu dalam isu pergaulan seksual di dalam negara.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.

“Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan Barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sama jenis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab dalam hal itu.

Program yang dianjurkan buat kali keempat itu berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Selasa lepas sehingga 13 November ini dan dilaporkan akan dirasmikan oleh Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Bernama

 

Ustaz merasakan tindakan PAS ini walaupun lambat, sangat wajar sekali. Kerana ia jelas mempromosikan kecenderungan seks yang songsang dan tidak boleh diterima oleh sesiapa pun yang waras akal dan imannya.

Keberanian ini wajar didasari keikhlasan dan juga tindakan untuk segera bercerai dari Pakatan yang sekian lama telah mengancam dan menidakkan Islam dan bangsa Melayu sepanjang pemerintahan mereka selepasPRU12 pada  Mac 2008.

Kalau sekadar bercakap, kita khuatir ia permainan persepsi demi menjamin undi bukan kerana Ilahi.

Semoga ada sinar perpaduan Islam dan juga Melayu di bumi bertuah Malaysia yang aman nan indah ini.
Salam AidilA dha 1432 Hijrah dari Ustaz dan maaf zahir batin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: