Tazkirah : Hari Jumaat juga dikenali ‘Yaumul Mazid’.

Diriwayatkan dalam satu hadis:-

Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini?

Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan).

Nabi s.a.w. bertanya: APAKAH YAUMUL MAZID itu?

Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada’ dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka TIDAK ADA HARI YANG MEREKA SUKA SEBAGAIMANA HARI JUMAAT, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.

Ustaz menyeru pembaca sekelian agar mendoakan untuk diri, keluarga dan negara kita pada hari berkat hari ini.

Mari kita ucapkan syukur atas segala nikmat yang diberi dan bersabar atas kesulitan dugaan ilahi.

Tanda orang beriman ialah bersyukur bila mendapat nikmat dan bersabar bila menerima ujian dan kekurangan.

Doa antara dua khutbah sangat mustajab.

Isteri ustaz selalu selalu ingatkan agar berdoa ketika waktu itu untuk mendapatkan doa yang mustajab.

Semoga hari ini turut meningkat cinta kita kepada Rasulullah saw apabila dapat berterusan membasahi lidah berselawat kepada baginda dan sekelian ahli bait (keluarga) nya.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin waalihi wasallim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: