Ketua Pemuda PAS Tolak Usaha Sokong dan Lindung Israel

Nasrudin tolak pihak bersekutu dengan Israel

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.

Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).

“Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.

“Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT,” katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.

Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

2 Responses

  1. Reblogged this on KUkial_Jr@com.

  2. Sesiapa yang mengiktirafkan Negara israel pun telah dikira terkeluar dari Islam (sila rujuk ceramah Sheikh Imran Hussein diYoutube semasa ceramah nya diMalaysia tahun sudah). Inikan pula nak menyokongnya. nauzubillah. Tak bau nak masuk syurga nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: