Gerakan Wahhabiyyah dan Ulama Melayu Tradisional (2)

Sedikit bahan ilmiah untuk dikongsi bersama.

 

11. Berdasarkan kajian menunjukkan pengaruh Wahhabiyyah pada peringkat awal di kalangan masyarakat Melayu sebenarnya lebih kepada pengaruh pemikiran Salafiyyah ala Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Rasyid Ridha, dan bukannya sepertimana pemikiran Wahhabiyyah moden sekarang ini. Demikian juga di Indonesia, di mana kelompok Muhammadiyyah yang mendokong aliran Salafiyyah ala Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Rasyid Ridha adalah berbeza dengan kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah Indonesia. Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari (m. 1390H) contohnya adalah lulusan Universiti al-Azhar di Mesir. Begitu juga Syeikh Tahir Jalaluddin (m. 1956).

12. Mufti Kelantan, Haji Musa ‘Abdul Samad (m. 1357H) yang juga terpengaruh dengan aliran ini, meskipun belajar di Mekah, namun beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. Bagaimanapun yang peliknya, beliau adalah pengikut Tariqat Ahmadiyyah yang diambilnya daripada Syeikh Muhammad al-Dandarawi, dan telah menterjemahkan kitab ‘Aqd al-Darr al-Nafis yang merupakan manaqib Syeikh Ahmad bin Idris oleh Syeikh Ibrahim al-Rasyid, dan juga menterjemahManaqib Sayyidi Ibrahim al-Rasyid oleh Syeikh Isma’il al-Nawwab.

13. Fatwa-fatwa Mufti Haji Musa telah menerima kritikan oleh ramai ulama antaranya oleh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (m. 1376H), Syeikhul Islam Selangor dan Mufti Haji Ibrahim Muhammad Yusuf (m. 1374H) yang menjadi mufti Kelantan kemudiannya. Tengku Mahmud Zuhdi telah mengarang kitabTazkiyah al-Anzar wa Tasfiyah al-Afkar, manakala Mufti Haji Ibrahim pula telah menulis risalah ‘Jiwa Amalan’. Kitab Tazkiyah al-Anzar telah diberi kata aluan oleh ramai ulama yang menyokong antaranya, Syeikh Muhammad Mukhtar ‘Atarid Bogor, Syeikh ‘Abdul Qadir Mandailing, Syeikh Muhammad Nur al-Fatani, Syeikh Pak Da ‘El, dan lain-lain.

14. Antara tokoh Negeri Sembilan yang menolak aliran ini ialah Syeikh Muhammad bin Nasib, Qadhi Besar Seremban yang telah menulis risalah ‘Kebatilan Kaum Muda’. Beliau mempunyai hubunngan yang erat dengan Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Ahmad bin Muhammad Sa’id Linggi (m. 1382H).

Demikianlah sedikit yang saya dapat catatkan berkaitan pengaruh gerakan Wahhabiyyah ini selepas kematian Syeikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada tahun 1206H sehingga ke sekitar tahun 1400H (iaitu dalam tempoh hampir 200 tahun), serta hubungannya dengan reaksi ulama Melayu tradisional.

والله أعلم

http://salafiah.net/content/gerakan-wahhabiyyah-dan-ulama-melayu-tradisional-2

3 Responses

  1. Dalam istilah politik, sekularisme adal;ah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan geraja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada mengurangkan ikatan di antara kerajaan dan sebuah agama negara, menggantikan undang-undang berasaskan kitab suci (seperti Torah dan hukum Syariat) dengan undang-unudang sivil, dan menghapuskan perselisihan pada asas agama. Ini telah dikatakan untuk menambahkan demokrasi dengan melindungi hak asasi agama minoriti.[10]

    Sekularisme sering dikaitkan dengan Zaman Kesedaran di Eropah memainkan suatu peranan utama dalam masyarakat Barat. Prinsipnya, tetapi tidak semestinya amalan, pemisahan gereja dan negara di Amerika Syarikat dan Laïcité di Perancis menarik secara berat pada sekularisme. Negara-negara sekular juga wujud sewaktu dunia Islam sewaktu Zaman Pertengahan (lihat Islam dan sekularisme).[11]

    Oleh kerana sebahagian dengan kepercayaan pemisahan gereja dan negara, ahli sekular lebih suka ahli poitik membuat keputusan untuk sekular daripada alasan agama.[12] In this respect, policy decisions pertaining to topics like abortion, contraception, penyelidikan sel tangkai embrio, perkahwinan sama jantina, dan pendidikan seks difokus secara ketara oleh para pertubuhan sekular Amerika seperti Center for Inquiry.[13][14]

    Kebanyakan agama utama menerima keutamaan peraturan sekular, masyarakat demokratik mungkin masih mecuba mendapatkan keputusan politik atau mencapai keutamaan khas atau pengaruh melalui perjanjian gereja-negara seperti concordat. Banyak umat Kristian masih menyokong sebuah negara sekular, dan boleh megakui bahawa tanggapan mempunyai sokongan pada ajaran Bible, khususnya penyataan Jesus, “Oleh itu berikan kepada Caesar apa yang kepunyaan Caesar, dan kepada Tuhan apa yang kepunyaan Tuhan.”[15] (Lihat article). Sungguhpun, sesetengah ahli pengasas Kristian (khsusnya di Amerika Syarikat) menentang sekularisme, sering mendakwa bahawa adanya ideologi “sekularisme radikal” yang digunakan hari ini dan melihatkan sekularisme sebagai suatu ugutan kepada “hak Kristian”[16] and national security.[17] Daya kuasa yang paling penting pengasasan agama pada dunia sezaman adalah Pengasas agama Kristian dan Pengasas Islam. Pada waktu yang sama, suatu aliran sekularisme datang dari agama minoriti yang melihatkan sekularisme kerajaan dan politik sebagai bahagian yang penting dan perlu dengan mengekalkan hak kesamaan.[18]

    Sesetengah negara yang terkenal sering dianggap “sekular mengikut perlembagaan” adalah Perancis, India,[19], Mexico [20] Korea Selatan, dan Turki walaupun tidak satu dari negara-negara ini mempunyai bentuk pentadbiran yang sama.

  2. Dr. Asri dan mufti Perlis sedang kuat melobi UMNO. Harap PM tak melantik mereka sebagai ulama utama UMNO. Ini akan memecahkan lagi orang Islam. Umum rakyat Malaysia berfahaman shafie akan menolak UMNO jika mereka ini menguasai UMNO. Ingat walaupun mereka ini nampak seperti ramai tetapi sebenarnya suara mereka sahaja yang kuat kerana pandai melobi dan mengambil kesempatan mempromosi diri. Ulama lama, biasanya tawaduk dan tidak menonjolkan diri. satu lagi title DR, Mufti menyebabkan mereka diterima golongan muda yang tak tahu apa itu wahabi dan sikap mereka yang membidaahkan orang.

  3. wahabi boleh bersahabat mesra dgn mana2 badan politik, walaupun parti pemerintah atau pembangkang, asalkan mereka diberi peluang dan ruang utk mempromosikan fahaman2 wahabi tanpa disedari oleh kita semua…lebih2 lagi mereka, yakni wahabi lebih diterima oleh para cerdik pandai islam dan org2 muda yg tak pernah terdedah dan didedahkan dgn pengajian tauhid sifat 20 secara berguru dan berkitabkan kitab yg diguna pakai oleh keempat2 mazhab..para wahabi terlalu petah berhujah dan berfirman/ berhadis dlm mengalahkan musuh..tapi awas sgt2 krn mentafsirkan ayat2 Allah dn hadis nabi dgn menggunakan akal semata2 dn menjual nama2 ulama’ wahabi zaman silam utk membenarkan tafsiran mereka yg boleh memukau kita semua…tapi kita boleh menilai dgn mata hati, mereka mendabik dada merasakan diri mereka betul dan seolah2 ahli syurga..dan menilai kita semua, yakni bermazhab sbg org yg bertaqlid membabi buta, bodoh , ahli bidaah serta ahli neraka..sbb itu, mereka tiada akhlak, sombong serta pencetus permusuhan di kalangan kita krn terlalu mudah membidaahkan dan menyesatkan kita semua yg bermazhab shafie di malaysia….mereka tolak ilmu tasauf bermakna mereka tolak ilmu membersihkan hati/ diri…mereka tolak pegangan disiplin satu mazhab bermakna mereka merasakan yg mereka lebih hebat dari imam yg empat krn mereka boleh menilai dan membandingkan kebenaran dlm satu2 hal, yg mazhab ini betul dan mazhab yg lain salah, sedangkan dlm bab fekah, keempat2 mazhab ini kesemuanya betul dan benar, sbb itu kita hanya perlu disiplin kpd satu mazhab saja…berbeza dari sudut fekah adalah rahmat, manakala perbezaan dari sudut aqidah itulah yg dilarang…keempat2 mazhab berpegang pada sudut aqidah yg sama, yakni tauhid sifat 20 abu hassan ashaari dan abu mansur al maturidi….sedangkan wahabi berpegang kpd tauhid yg sesat lagi menyesatkan bila mereka mengatakan Allah berada di langit yg teratas, Allah ada tangan di mana kedua2 nya tangan kanan w’pun tak serupa dgn kita/ makhluk, Allah turun ke langit bumi di mlm nifsu syaaban etc….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: