Pegawai JAKIM Aizam Sanggah Fathul Bari Isu Jumhur Ulama Sepakat Syirik Tawassul Dengan Orang Mati

Sekali dengar nampak seperti menziarahi kubur orang soleh seperti perbuatan yang syirik… Adakah benar ?

Lihat kupasan lebih panjang beliau :

Adakah benar mengunjungi kubur orang soleh dan bertawassul di situ kepada Allah dikira syirik ?

Sebelum itu jom kita baca keterangan di bawah :

1.5 Berdoa kepada arwah
Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama’ (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah  al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
“Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami.”

1.6      Wanita Ziarah Kubur
Terdapat sebahagian ulama’ mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul, Ambia, Para Ulama’ dan orang-orang solih (lihat l’anah at-Thalibin)
http://www.islam.gov.my/e-jenazah/ziarah-kubur

 

Seterusnya apakah hukum bertawassul ?

Lihat jawapan orang lama di Bahagian Penyelidikan JAKIM Ustaz Aizam Mas’od  :

Bagi penulis sesiapa yang ingin bertawassul dengan Nabi SAW, orang saleh yang sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, maka dia berhak berbuat sedemikian tetapi dengan syarat dia tidak boleh taksub dan fanatik sehingga menyesat atau mengeluarkan orang yang menolak tawassul seperti itu daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Bagi yang menolak tawassul pula, mereka jangan semudah itu untuk menuduh orang yang bertawassul dengan Nabi SAW sebagai bid’ah kerana itu adalah pandangan jumhur mazhab yang empat.

 

sumber : http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/02/tawassul-hanya-khilaf-fiqhi-dalam-aswj.html

 

Jika ust Fathul Bari diberi peluang masuk RTM malam ini maka ia akan mencemarkan minda umat Islam dengan perkara khilaf seperti ini.

Bukan kita menolak beliau tetapi menolak pandangannya yang tidak tepat berkenaan tawassul yang sebenarnya bukan IJMAK ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ia adalah syirik. Tetapi penipuan yang diberitahu oleh Fathul Bari kepada orang awam dengan harapan bab tawassul ini akan menjadi ‘mimpi ngeri’ yang perlu ditakuti.

 

Meskipun Aizam Mas’od juga antara orang yang tidak jelas pandangannya kerana didakwa agak pro wahabi juga, tetapi dalam bab ini kita boleh gunakan pandangan beliau untuk menolak pandangan Fathul Bari dari meracuni minda kita dan pengunjung alam maya keseluruhannya.

Harap kita sebarkan perkara ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: