Jawatan mufti akan dinaik taraf setara EXCO Kerajaan Negeri – Alhamdulillah

Transformasi sektor agama seperti institusi Mufti ini sangat tepat pada masanya selepas Negeri Sembilan telah melaksanakan perkara yang sama sebelum ini.

Bukti institusi Agama tetap ditingkatkan dari masa ke semasa kedudukannya…

2012/04/24

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatan mufti akan dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri dan akan menerima faedah yang serupa diperoleh Exco.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, Exco agama dan Majlis Agama Islam negeri-negeri seluruh negara.

“Setaraf ini misalnya daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh Exco, kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan yang tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, proses naik taraf jawatan itu akan diuruskan di peringkat negeri dan akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing.

Jamil Khir berkata, turut dibangkitkan pada mesyuarat hari ini adalah cadangan supaya timbalan mufti negeri-negeri dinaikkan ke gred S54 berbanding pelbagai gred ketika ini sama ada S44, S48 dan S52.

Terdahulu, beliau menghadiri program Minda Menteri bersama para peserta siri kedua Diploma Pengurusan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia di sini.
— BERNAMA

http://www.bharian.com.my/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: