Saya akan terus berjuang satukan umat – Harussani

 

KUALA LUMPUR 11 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berikrar akan terus memperjuangkan perpaduan umat Islam di negara ini walaupun langkah itu tidak disenangi pihak-pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak akan mempedulikan apa jua yang dikatakan pihak-pihak berkenaan berhubung usaha itu memandangkan perjuangan menyatukan umat Islam merupakan perintah Allah SWT yang jelas tercatat di dalam al-Quran.

Dalam keadaan perpaduan umat Islam di Malaysia yang disifatkan sebagai ‘begitu teruk’, tegas beliau, menjadi kewajipan kepadanya untuk berusaha melaksanakan perintah Allah SWT tersebut.

“Kita jangan lupa perintah untuk menyatukan umat ini adalah perintah daripada Allah dan mengapa perintah ini tidak kita laksanakan?

“Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut perintah ini antaranya ‘berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah-belah (Surah Ali-Imran, ayat 103),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini Harussani berkata, beliau tidak terkilan dengan dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai ‘gatal mulut’ kerana cuba mencampuri hal politik.

Sebaliknya, Harussani berhajat menikmati teh tarik bersama Nik Abdul Aziz bukan setakat untuk beramah mesra malah bagi membincangkan secara tidak formal bahaya yang menunggu umat Islam sekiranya penyatuan ummah tidak dilakukan sekarang.

Selain itu, kata Harussani, Allah menerusi al-Quran turut memberi amaran mengenai kesan serta akibat daripada perpecahan umat Islam jika tidak diatasi segera.

“Akibat daripada perbuatan berpecah belah ini, Allah telah memberi amaran ia akan memberi kesan yang amat buruk kepada umat Islam,” katanya lagi.

Berdasarkan perintah Allah melalui ayat-ayat tersebut juga, beliau sekali lagi menegaskan usaha yang dilakukan itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan.

“Saya perlu segera menggerakkannya. Saya juga tidak peduli apa orang lain hendak kata terhadap usaha ini. Pendirian saya jelas, ini merupakan satu perintah daripada Allah dan junjungan besar Rasulullah SAW.

“Apa yang mereka mahu gelarkan saya terpulang kepada mereka. Apa yang penting saya perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan sedaya upaya saya,” katanya.

Utusan Malaysia

One Response

  1. YA…ana juga menyesatkan orang dan mensyirikan orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: