Hudud boleh dilaksana di Kelantan – Nik Aziz

po_03.1.jpgNIK ABDUL AZIZ

SHAH ALAM 22 Nov. – Meskipun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan masih tertangguh selama 23 tahun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap yakin undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan dengan sokongan semua pihak.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini memandangkan sudah ada puak-puak tertentu memberi sokongan terbuka walaupun sebelum ini hanya berdiam diri.

“Walaupun saya uzur, tetapi jiwa saya sedang mengecapi kebahagiaan hidup sekarang ini kerana masalah hudud telah disokong oleh orang-orang yang melawannya.

“Hudud dapat dilaksanakan dengan sokongan bersama. Sekarang ini timbul puak-puak tertentu yang memberi sokongan terbuka yang dulunya senyap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan parti itu Kali Ke-59, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau sebelum itu menyerahkan momento dinar dan dirham untuk dibida bermula pada harga RM10,000 sempena muktamar itu dan nilai yang diperoleh akan disumbangkan kepada parti tersebut.

Baru-baru ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan enakmen itu yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakannya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberikan alasan bahawa persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131123/po_03/Hudud-boleh-dilaksana-di-Kelantan—Nik-Aziz##ixzz2lSjhkI42
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ustaz : hudud bukan boleh dipolitikkan. Sesiapa yang mahu melaksanakannya perlu jujur dan ikhlas kerana Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: