MYKMU Bidas Mufti Perlis @RealDrMaza Isu Ust Kazim Elias Difitnah Hadis Palsu

Berubahlah Dr Maza, Jangan Cari Jalan Neraka!

Oleh AJAB

Semalam dikhabarkan pihak Istana Perlis bersama Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mendamaikan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Datuk Kazim Elias. Perdamaian ini mungkin “real” atau mungkin juga sekadar menghormati inisiatif Istana.

Penulis memang mengharapkan pertemuan ini merupakan satu titik tolak pemulihan maruah para ilmuan Islam setelah sekian lama tercemar dengan pelbagai pandangan dan kenyataan separuh benar oleh Mufti Perlis ini.

dr-mazaMempunyai kesempatan mengikuti, memerhati dan menelaah idea, pandangan dan pemikiran Dr Mohd Asri Zainal Abdin (Maza) pada zaman awal kemunculan beliau, penulis percaya beliau mempunyai ciri-ciri untuk menjadi satu figura agama Islam di negara ini suatu masa nanti.

Keterbukaan dan perbahasan ilmunya sangat baik dan mudah menangkap dalam pemikiran generasi muda.

Malangnya, Dr Maza mengulangi kesilapan dan kesalahan ramai ilmuan dan pemikir sebelum ini. Mereka menjadi bongkak, takbur, merasakan mereka sahaja yang betul dan benar.

Apabila tamat kontrak Mufti beberapa tahun lalu, Dr Maza memilih jalan populariti berbanding jalan ulama.

Ulama yang berjiwa besar jarang mencerca, menghina, menyindir dan mengejek umat Islam lain apatah pemimpin negara jika ia bukan membabitkan hal-hal besar mengenai kepentingan Islam.

Selepas sedikit popular dengan pandangan progresif, Dr Maza membenarkan hati dan perasaannya dihanyutkan oleh perasaan mahu menjadi hebat dan gah di kalangan rakyat lalu membuat pelbagai komen politik dan isu masyarakat yang mengikut arus populariti bukannya berpaksi kepada kebenaran.

Apabila kita menonton ceramah Maza kita akan mendengar pelbagai sindiran dan sinisan terhadap pemimpin hanya untuk menarik khalayak ceramahnya.

Selain ceramah, Facebook dan Twitter beliau juga sering kali menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu seperti isu kapal terbang Perdana Menteri, kembara Tengku Mahkota Johor, isteri Perdana Menteri dan banyak lagi maklumat palsu disebarkan melalui akaun beliau.

Inilah antara komentar yang pernah laman ini terbitkan ketika meneliti pandangan-pandangan Maza semasa beliau pencen kali pertama sebagai Mufti Perlis.

i. Orang Lain Sibuk Membantu, Dr Maza Pimpin Rakyat Jalan Ke Neraka?

ii. Fitnah: Apa Rasanya Berdosa Besar Sekali Sekala Dr. Maza?

iii. Siapa Hipokrit : Antara Asri (Maza), Azhar Idrus, Haron Din Dalam Isu Kalimah Allah

iv. Dr Asri Tolong Jawab: Bolehkah Seorang Peliwat Menjadi Pemimpin Dalam Islam?

Ingatkan kegilaan populariti ini hanya berlaku ketika tiada jawatan. Namun sebaik memegang semula jawatan Mufti beliau terus menyerang pendakwah lain yang tidak sealiran dengan beliau.

Dr Maza sebagai Mufti Perlis, menghantar surat kepada kerajaan Negeri Perlis membantah jemputan ke atas Ustaz Kazim Elias untuk menyertai forum Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis. Dalam surat tersebut beliau memberi alasan Kazim ialah seorang penyebar hadis palsu.

Sebagai Mufti negeri, beliau boleh sahaja memberi pandangan lisan kepada penganjur. Namun untuk menunjukkan kehebatan, beliau menulis surat rasmi.

Apabila tersebar surat tersebut dan beliau diminta menunjukkan bukti Kazim membawa hadis-hadis palsu, Dr Maza mengambil sebahagian kecil ucapan Kazim kononnya Rasulullah membuat kenduri roti jala dan kuah kari kambing.

Memang Dr Maza benar bila berkata “tidak benar nabi makan roti jala cicah kuah kari.”

Namun tuduhan beliau bahawa Ustaz Kazim Elias bawa hadis palsu sangat salah dan merbahaya.

Bukan sahaja kerana dalam ceramah tersebut Kazim tidak pernah menyatakan ia sebagai hadis atau diriwayatkan oleh sesiapa pun; malah tuduhan penyebar hadis palsu harus dibawa ke peringkat muzakarah ulama bukannya membuat keputusan semberono dan sendirian.

Sebagai mufti juga Dr Asri salah apabila mengeluarkan satu surat yang membuat tuduhan serius ke atas Ustaz Kazim tanpa memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan.

Bukankah wajar untuk seorang Mufti memanggil mana-mana pendakwah yang dirasakan membawa hadis palsu atau terpesong untuk mendengar fakta sebenar dari mulut individu terbabit sebelum membuat keputusan yang sebesar itu? Tuduhan penyebar hadis palsu samalahs eperti menuduh menyeleweng ajaran Islam.

Malangnya, Mufti Perlis ini memilih jalan bergaduh, menimbulkan fitnah dan membuat dakyah sesama rakan pendakwah hanya kepentingan duniawi.

Mengapa penulis kata kepentingan duniawi? Jika Maza memberat kepentingan akhirat dan agama beliau tidak akan terpesona dan terpegun dengan jumlah like di Facebooknya; atau pengikut di Twitter, mahu pun pembaca tulisannya di Malaysiakini.

Kerana keghairahan mengejar populariti, beliau membuat pelbagai kenyataan bersunur fitnah dan separuh benar ke atas pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri dan isteri, pemimpin negara dan lain-lain kumpulan yang tidak sealiran dengan beliau.

Dr Maza harus berhenti menjadi selebriti. Jadilah seorang ilmuan yang menjaga kata-kata dan tutur bicara.

Jangan kejar jalan ke neraka sedang jalan ke syurga terbentang luas.

Sumber http://www.mykmu.net/2015/03/berubahlah-dr-maza-jangan-cari-jalan-neraka/http://www.mykmu.net/2015/03/berubahlah-dr-maza-jangan-cari-jalan-neraka/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: