*KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA (PERTAMA)*
1. Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) ingin melahirkan rasa kebimbingan terhadap perbuatan mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 , isu penggunaan Bahasa Melayu yang dipinggirkan dan kebangkitan fahaman liberialisma.
2. PERTAMA melihat perbuatan yang dilakukan secara berterusan ini akan membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu yang merupakan masyarakat majoriti di Malaysia. Selain itu, PERTAMA juga bimbang akan fahaman Liberalisme yang membenarkan hubungan sama jantina yang bercanggah dengan amalan umat Islam.
3. Asas keharmonian adalah daripada hidup saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa ada sikap suka cabar mencabar. Keharmonian ini perlu dikekalkan bagi menjamin keselamatan dan pembangunan negara seperti yang telah di capai sebelum ini.
4. PERTAMA juga ingin menekankan kepentingan beragama. Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan amalan agama Islam, PERTAMA menyeru kepada masyarakat Islam agar kembali kepada ajaran dan amalan agama yang sebenar dan menjadi contoh yang sepatutnya. Meninggalkan perintah Allah SWT tanpa keuzuran akan menyebabkan kemurkaan kepada Allah SWT dan kehilangan keberkatan hidup. Bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT, PERTAMA menyeru masyarakat Islam bersungguh-sungguh dalam menghidupkan sunnah Rasulullah SAW demi mencari Redha Allah SWT.
5. Natijah daripada amalan masyarakat yang baik, InsyaAllah akan dibangkitkan satu kepimimpinan yang baik dan sebaliknya jika buruk amalan masyarakat, maka Allah akan bangkitkan pemimpin yang zalim kepada kita. Masyarakat yang mengutamakan kepentingan Islam insyaAllah akan mendapat pemimpin yg pentingkan Islam.
6. PERTAMA mengharapkan pergerakan perjuang pejuang Islam dapat bersatu padu dan ikhlas dalam perjuangan kerana perjuangan yang ikhlas akan dapat menghapuskan kebatilan. Justeru itu, pemimpin yang berjiwa Islam amat penting untuk memimpin masyarakat dan negara. Disamping itu, berani mempertahankan kedaulatan Raja-raja daripada dicabar oleh mana-mana pihak.
7. Di dalam amalan demokrasi pada zaman ini dan realiti semasa, masyarakat perlu sepakat meletakkan perjuangan Islam sebagai neraca memilih pemimpin bagi memastikan bukan saja kesucian Islam terus dipelihara tetapi juga kebaikan untuk rakyat jelata. Islam membawa rahmat pada sekalian alam.
26 June 2018.
Datuk Wira Hj As’ari B Hj Ibrahim
YDP
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.
Filed under: Uncategorized |
Leave a Reply