Kenyataan MEDIA NGO PERTAMA Mahu Pemimpin Berjiwa Islam Dipilih Rakyat

*KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA (PERTAMA)*

1. Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) ingin melahirkan rasa kebimbingan terhadap perbuatan mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 , isu penggunaan Bahasa Melayu yang dipinggirkan dan kebangkitan fahaman liberialisma.

2. PERTAMA melihat perbuatan yang dilakukan secara berterusan ini akan membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu yang merupakan masyarakat majoriti di Malaysia. Selain itu, PERTAMA juga bimbang akan fahaman Liberalisme yang membenarkan hubungan sama jantina yang bercanggah dengan amalan umat Islam.

3. Asas keharmonian adalah daripada hidup saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa ada sikap suka cabar mencabar. Keharmonian ini perlu dikekalkan bagi menjamin keselamatan dan pembangunan negara seperti yang telah di capai sebelum ini.

4. PERTAMA juga ingin menekankan kepentingan beragama. Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan amalan agama Islam, PERTAMA menyeru kepada masyarakat Islam agar kembali kepada ajaran dan amalan agama yang sebenar dan menjadi contoh yang sepatutnya. Meninggalkan perintah Allah SWT tanpa keuzuran akan menyebabkan kemurkaan kepada Allah SWT dan kehilangan keberkatan hidup. Bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT, PERTAMA menyeru masyarakat Islam bersungguh-sungguh dalam menghidupkan sunnah Rasulullah SAW demi mencari Redha Allah SWT.

5. Natijah daripada amalan masyarakat yang baik, InsyaAllah akan dibangkitkan satu kepimimpinan yang baik dan sebaliknya jika buruk amalan masyarakat, maka Allah akan bangkitkan pemimpin yang zalim kepada kita. Masyarakat yang mengutamakan kepentingan Islam insyaAllah akan mendapat pemimpin yg pentingkan Islam.

6. PERTAMA mengharapkan pergerakan perjuang pejuang Islam dapat bersatu padu dan ikhlas dalam perjuangan kerana perjuangan yang ikhlas akan dapat menghapuskan kebatilan. Justeru itu, pemimpin yang berjiwa Islam amat penting untuk memimpin masyarakat dan negara. Disamping itu, berani mempertahankan kedaulatan Raja-raja daripada dicabar oleh mana-mana pihak.

7. Di dalam amalan demokrasi pada zaman ini dan realiti semasa, masyarakat perlu sepakat meletakkan perjuangan Islam sebagai neraca memilih pemimpin bagi memastikan bukan saja kesucian Islam terus dipelihara tetapi juga kebaikan untuk rakyat jelata. Islam membawa rahmat pada sekalian alam.

26 June 2018.
Datuk Wira Hj As’ari B Hj Ibrahim
YDP
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.

Kenyataan Media ASWAJA desak Shahidan Dihukum Derhaka Raja Perlis

KENYATAAN MEDIA

1. Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) amat kesal dengan ‘penderhakaan’ ADUN BN Perlis yang diketuai Datuk Seri Shahidan Kassim terhadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai.

2. Tindakan DS Shahidan yang menjadi penghasut terhadap ADUN BN yang lain demi mencapai matlamat politiknya jelas tidak menghormati institusi Diraja dan biadab terhadap pucuk pimpinan UMNO yang merestui Datuk Seri Azlan Man menjadi Menteri Besar Perlis selaras dengan perkenan DYMM Tuanku.

3. Sehubungan dengan itu, DS Shahidan dilihat wajar untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi UMNO/BN Perlis. Malahan akar umbi UMNO pun jelas mengalu-alukan perletakan jawatan beliau bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku semenjak 2008 lagi.

4. Alangkah besar dosanya apabila seorang pemimpin politik menyekat hajat sekalian hamba rakyat dan menderhakai Baginda Raja yang bertindak sebagai ketua agama Islam di negeri berkenaan.

5. Umum mengetahui bahawa DS Shahidan merupakan individu yang pernah mengaku berpegang dengan fahaman Wahabi dan perlakuannya menjadi contoh yang tidak baik bagi sahsiah dirinya juga kepada ajaran fahaman berkenaan. Jika isu ini tidak ditangani dengan berhikmah kemungkinan ia boleh memberi kesan kepada keharmonian umat Islam di negeri itu.

6. ASWAJA melihat kebiadaban DS Shahidan selaku Pengerusi BN Perlis tidak boleh dipandang ringan. MT UMNO sewajarnya menggugurkan beliau daripada parti itu bagi menjernihkan keadaan dan memulihkan imej parti.

7. Sedarlah bahawa UMNO/BN yang tewas teruk pada PRU14 lalu kini dalam proses pemulihan dan pastinya tidak memerlukan pemimpin yang angkuh sedemikian rupa. Pemimpin sebeginilah yang membuatkan masyarakat meluat dan akhirnya menolak UMNO/BN. Bersedia ubah atau tunggu untuk diubah!

Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin al Ghari.

Presiden ASWAJA
28 Mei 2018

Mufti Perlis Vs PM @NajibRazak

Koleksi Video Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin Hentam/Sindir/Kritik/Sinis terhadap YAB PM @NajibRazak

2013

Tuduh Najib zalim rampas Royalti Minyak

https://youtu.be/5xU_GSSyeFU

2015

Bidas Najib hadir Perayaan Thaipusam

https://youtu.be/GYpCIZLp_e4

2015

Tuduh kepimpinan Najib lemah dan lambat

https://youtu.be/Nj78MfKzmb8

2016

Sinis perli Najib – macam duit mak bapak kau

https://youtu.be/cgM1K4smW6M

2016

Hentam Najib isu GST

https://youtu.be/2bQ2SsCfrWI

2017

Sindir Najib Isu Kepala Bapak Hang

https://youtu.be/aLdSgoMLnAg

Adakah kebencian ini kerana Najib tidak menyokongnya apabila ditangkap JAIS kes tauliah tahun 2009?

https://youtu.be/n7m5X85tYyU

Beliau dari dahulu sering memuja dan memuji Tun Mahathir.

Baca artikel di sini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1876774205666844&id=1644910628853204

Artikel berkenaan MAZA

Mufti arah pecat Imam engkar wahabi

http://www.suara.tv/2015/09/08/video-mufti-perlis-arah-pecat-imam-tak-ikut-fahaman-wahabi/

Membongkar kesesatan Asri

http://abu-syafiq.blogspot.my/2007/05/siri-1-membongkar-kesesatan-muftin-asri.html?m=1

Gambar Tuhan Hindu Belakang Ayat Kursi Kalimah Allah

Video 13/7/2017

Usaha mencemar maruah Islam masih terus berjalan hingga ke hari ini.

Sikap berwaspada perlu ada pada kita agar tidak mudah membeli poster bingkai kalimah Allah atau ayat suci tanpa memeriksa bahan di dalamnya.

Ada pihak yang cuba meletakkan gambar Tuhan Hindu tanpa kita sedar di belakang kalimah suci agama Islam.

Namun dengan izin Allah ia dapat dipatahkan alhamdulillah !

Kita kena menyebarkan info ini untuk makluman saudara seagama yang lain.

Sumber Channel Viral Malaysia Kita

Dr Asri & Tun M Wajar Disiasat Video Hina Raja-Raja Melayu

Benarkah Fakta Kuliah DR MAZA Berkenaan Sultan Johor dan Raja2 Melayu Ini ?

Mohon pencerahan agar Sultan kita tidak dikaitkan dengan imej negatif oleh mana-mana pihak.

Mungkin masanya untuk melihat semula kritikan yang dilemparkan tanpa fakta oleh mana-mana pengkuliah walau bertaraf Mufti yang menghina kedudukan Sultan dan Raja di negara kita.

Polis Diraja Malaysia sudah pasti tidak perlu diajar untuk bertindak jika ada bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka yang celupar dan kurang ajar terhadap Raja kita.

Video Dr Asri bertajuk ‘ Raja-Raja Melayu jual negara kepada Inggeris ‘ juga boleh disemak

Beliau mengungkapkan perkataan Tun Mahathir tanpa sebarang perasaan bersalah dan disusuli dengan gelak ketawa sahaja.

Daulat Tuanku !!!

Ciri2 Wahabi – Akidah Fekah dan Tasauf

CIRI-CIRI WAHABI YANG WAJIB KITA TENTANG
بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
 

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Ciri Ciri Wahabi

 

PENTING !

FATWA KE ATAS FAHAMAN WAHABI

 1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,

2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,

3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,

4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,

5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,

6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998, 

KEPUTUSAN ADALAH MENOLAK PENYEBARAN FAHAMAN WAHABI KERANA MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM
SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) &

JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS). 

 Ciri-ciri fahaman Wahhabi:

– Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.

– Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.

– Membahagi tauhid kepada tiga: tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa sifat.

– Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI).

– Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat.

– Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.

– Menolak zikir, wirid dan doa beramai-ramai selepas solat di masjid.

– Menolak amalan baca yaasiin beramai-ramai pada malam jumaat di masjid.

– Menolak amalan solat terawih 20 raka’at di masjid.

– Menolak amalan baca yaasiin 3 kali pada malam nisfu Sya’ban.

– Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.

– Menolak bacaan talqin ketika pengembumian mayat.

– Menolak tahlil dan kenduri arwah.

– Menolak bacaan berzanji dan marhaban.

– Menolak amalan selawat syifak, selawat fatih, selawat nariah, selawat tafrijiah.

– Menolak sambutan maulidur rasul.

– Menolak amalan ziarah makam nabi.

– Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan subuh menggunakan pembesar suara.

– Mengatakan tiada solat qabliah jumaat.

– Menolak amalan membaca text ketika khutbah.

– Menolak tasawuf dan tarikat.

– Menolak MAZHAB.

– Mengatakan bid’ah tiada yang hasanah, semua bid’ah adalah sesat.

– Menolak beramal dengan hadis daif.

– Menolak amalan tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia. 

– Menolak amalan tabarruk selain dari Nabi saw.

– Menolak amalan isthtighathah. 

– Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.

– Menolak manhaj Asyairah dan Maturidiyah.

– Menolak Sifat Dua Puluh.

 

 

AQIDAH

1. Membagi Tauhid menjadi 3 bagian yaitu: 

(a). Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahwa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.

(b). Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama‟ Islam khasnya ulama‟ empat Imam madzhab.

(c.) Tauhid Asma’ dan Sifat: Tauhid versi mereka ini bisa menjerumuskan umat islam ke lembah tashbih dan tajsim kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala seperti: 
Menterjemahkan istiwa’ sebagai bersemayam/bersila

Merterjemahkan yad sebagai tangan

Menterjemahkan wajh sebagai muka

Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ulya)

Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk

Menterjemah nuzul sebagai turun dengan dzat

Menterjemah saq sebagai betis

Menterjemah ashabi’ sebagai jari-jari, dll

Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai “surah” atau rupa

Menambah bi dzatihi haqiqatan [dengan dzat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat 

2. Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zhahir tanpa penjelasan terperinci dari ulama-ulama yang mu’tabar

3. Menolak asy-Sya’irah dan al-Maturidiyah yang merupakan ulama’ Islam dalam perkara Aqidah yang diikuti mayoritas umat islam

4. Sering mengkrititik asy-Sya’irah bahkan sehingga mengkafirkan asy-Sya’irah.

5. Menyamakan asy-Sya’irah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mu’aththilah dalam perkara mutashabihat.

6. Menolak dan menganggap tauhid sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek.

7. Berselindung di sebalik mazhab Salaf.

8. Golongan mereka ini dikenal sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-

Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah.

9. Sering menuduh bahwa Abu Hasan Al-Asy’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab asy-Sya’irah. Menuduh ulama’ asy-Sya’irah tidak betul-betul memahami faham Abu Hasan Al-Asy’ari.

10. Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat. 

11. Sering menuduh bahwa mayoritas umat Islam telah jatuh kepada perbuatan syirik.

12. Menuduh bahwa amalan memuliakan Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam [membaca maulid dll] membawa kepada perbuatan syirik.

13. Tidak mengambil pelajaran sejarah para anbiya’, ulama’ dan sholihin dengan

dalih menghindari syirik.

14. Pemahaman yang salah tentang makna syirik, sehingga mudah menghukumi orang sebagai pelaku syirik.

15. Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta sholihin.

16. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang syirik.

17. Memandang remeh karamah para wali [auliya’].

18. Menyatakan bahwa ibu bapa dan datuk Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam tidak selamat dari adzab api neraka.

19. Mengharamkan mengucap “radhiallahu ‘anha” untuk ibu Rosulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam, Sayyidatuna Aminah.

SIKAP

1. Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan

mereka.

2. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).

3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Qur’an dan hadits (walaupun tidak layak).

4. Sering memtertawakan dan meremehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.

5. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadits yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.

6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu syaz (janggal). 

HADITS 

1. Menolak beramal dengan hadis dho’if.

2. Penilaian hadits yang tidak sama dengan penilaian ulama’ hadits yang lain.

3. Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak

mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadits.

[Bahkan mayoritas muslim mengetahui bahwa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadits dan diketahui bahawa beliau belajar hadits secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].

4. Sering menganggap hadits dho’if sebagai hadits mawdhu’ [mereka mengumpulkan hadits dho’if dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadits tersebut adalah sama]

5. Pembahasan hanya kepada sanad dan matan hadits, dan bukan pada makna hadits. Oleh karena itu, pebedaan pemahaman ulama’ [syawahid] dikesampingkan.
QUR’AN 

1. Menganggap tajwid sebagai ilmu yang menyusahkan dan tidak perlu (Sebagian Wahabi indonesia yang jahil) 

FIQH 

1. Menolak mengikuti madzhab imam-imam yang empat; pada hakikatnya

mereka bermadzhab “TANPA MADZHAB”

2. Mencampuradukkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq [mengambil yang disukai] haram

3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; mereka mengklaim dirinya berittiba’

4. Sering mengungkit dan mempermasalahkan soal-soal khilafiyyah

5. Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah

6. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah Bid’ah

7. Sering menuduh orang yang bermadzhab sebagai ta’assub [fanatik] mazhab

8. Salah faham makna bid‟ah yang menyebabkan mereka mudah membid‟ahkan orang lain

9. Mempromosikan madzhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas keluar daripada fiqh empat mazhab]

10. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tu’assiru, farrihu wa la tunaffiru”

11. Sering mengatakan bahwa fiqh empat madzhab telah ketinggalan zaman

NAJIS 

1. Sebagian mereka sering mempermasalahkan dalil akan kedudukan babi sebagai najis mughallazhah

2. Menyatakan bahwa bulu babi itu tidak najis karena tidak ada darah yang mengalir.

WUDHU’ 

1. Tidak menerima konsep air musta’mal

2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’

3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

ADZAN 

1. Adzan Juma’at sekali; adzan kedua ditolak 

SHALAT 

1. Mempromosikan “Sifat Shalat Nabi Shollallohu ‘alaihi wa sallam‟, dengan alasan kononnya shalat berdasarkan fiqh madzhab adalah bukan sifat shalat Nabi yang benar

2. Menganggap melafazhkan kalimat “usholli” sebagai bid’ah.

3. Berdiri dengan kedua kaki mengangkang.

4. Tidak membaca “Basmalah‟ secara jahar.

5. Menggangkat tangan sewaktu takbir sejajar bahu atau di depan dada.

6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam.

7. Menganggap perbedaan antara lelaki dan perempuan dalam shalat sebagai perkara bid‟ah (sebagian Wahabiyyah Indonesia yang jahil).

8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah.

9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah.

10. Menganggap mengusap muka selepas shalat sebagai bid’ah.

11. Shalat tarawih hanya 8 rakaat; mereka juga mengatakan shalat tarawih itu

sebenarnya adalah shalat malam (shalatul-lail) seperti pada malam-malam lainnya

12. Dzikir jahr di antara rakaat-rakaat shalat tarawih dianggap bid’ah.

13. Tidak ada qadha’ bagi shalat yang sengaja ditinggalkan.

14. Menganggap amalan bersalaman selepas shalat adalah bid’ah.

15. Menggangap lafazh sayyidina (taswid) dalam shalat sebagai bid’ah.

16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.

17. Boleh jama’ dan qashar walaupun kurang dari dua marhalah.

18. Memakai sarung atau celana setengah betis untuk menghindari isbal.

19. Menolak shalat sunnat qabliyyah sebelum Juma’at

20. Menjama’ shalat sepanjang semester pengajian, karena mereka berada di landasan Fisabilillah

DO’A, DZIKIR DAN BACAAN AL-QUR’AN

1. Menggangap do’a berjama’ah selepas shalat sebagai bid’ah.

2. Menganggap dzikir dan wirid berjama’ah sebagai bid’ah.

3. Mengatakan bahwa membaca “Sodaqallahul ‘azhim” selepas bacaan al-Qur’an adalah Bid’ah.

4. Menyatakan bahwa do’a, dzikir dan shalawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan Hadits sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khairat, Shalawat al-Syifa‟, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.

5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jum’at sebagai bid’ah yang haram.

6. Mengatakan bahwa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat.

7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah.

8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah.

9. Menolak amalan ruqiyyah syar’iyah dalam pengobatan Islam seperti wafa‟, azimat, dll.

10. Menolak dzikir isim mufrad: Allah Allah.

11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram.

12. Sering menafikan dan memperselisihkan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban.

13. Sering mengkritik keutamaan malam Nisfu Sya’ban.

14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah.

15. Mempermasalahkan kedudukan shalat sunat tasbih. 

PENGURUSAN JENAZAH DAN KUBUR 

1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan sholihin sebagai bid’ah dan shalat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini.

2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.

3. Menganggap talqin sebagai bid’ah.

4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram.

5. Tidak membaca do’a selepas shalat jenazah.

6. Sebagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik

7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram

8. Do’a dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah.

MUNAKAHAT [PERNIKAHAN] 

1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1) 

MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI 

1. Menolak peringatan Maulid Nabi; bahkan menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan kristen bagi Nabi Isa as.

2. Menolak amalan marhaban para habaib

3. Menolak amalan barzanji.

4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid’ah

5. Menolak peringatan Isra’ Mi’raj, dll. 

HAJI DAN UMRAH 

1. Mencoba untuk memindahkan “Maqam Ibrahim as.” namun usaha tersebut telah digagalkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha’rawi saat beliau menemuhi Raja Faisal ketika itu.

2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam

3. Mengubah tempat sa’i di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama’ Islam dari seluruh dunia 

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 

1. Maraknya para professional yang bertitle LC menjadi “ustadz-ustadz‟ mereka (di Indonesia)

2. Ulama-ulama yang sering menjadi rujukan mereka adalah:

a. Ibnu Taymiyyah al-Harrani

b. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

c. Muhammad bin Abdul Wahhab

d. Sheihk Abdul Aziz bin Baz

e. Nasiruddin al-Albani

f. Sheikh Sholeh al-Utsaimin

g. Sheikh Sholeh al-Fawzan

h. Adz-Dzahabi dll. 

3. Sering mendakwahkan untuk kembali kepada al-Qura’an dan Hadits (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Qura’n dan Hadits sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ juga lah yang memelihara dan menjabarkan kandungan al-Qur’an dan Hadits untuk umat ini)

4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumuddin” 

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM 

1. Bersekutu dengan Inggris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Utsmaniyyah

2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab ulama’ yang tidak sehaluan dengan mereka

3. Banyak ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka di timur tengah

4. Memusnahkan sebagian besar peninggalan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, meratakan maqam al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakar dll, dengan hujjah tempat tersebut bisa membawa kepada syirik.

5. Di Indonesia, sebagian mereka dalu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [karena hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu]. 

TASAWWUF DAN THARIQAT 

1. Sering mengkritik aliran Sufisme dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar

2. Sufiyyah dianggap sebagai kesamaan dengan ajaran Budha dan Nasrani

3. Tidak dapat membedakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat. 
Inilah kejahatan dan kesesatan aliran Salafi Wahabi yakni ajaran yang dibawakan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi :
1. Allah bersemayam di atas ‘arsy seperti akidahnya kaum Yahudi.

2. Golongan yang beriman kepada setengah ayat Al-Qur’an dan kafir dengan setengah ayat Al-Quran yang lain.

3. Golongan yang menolak Takwil pada setengah ayat, dan membolehkan Takwil pada setengah ayat yang lain berdasarkan mengikuti hawa nafsu mereka.

4. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam A.S.

5. Golongan yang menyatakan bahwa Alam ini Qidam/Maha Dahulu (Rujuk pandangan ibn Taimiyyah).

6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asy’ari dan para pengikutnya.

7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.

8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawazwi dan Seluruh Ulama Islam yang menjadi para pengikutnya (Asy’ariyah dan Maturidiyah).

9. Golongan yang mendhoifkan hadits-hadits shohih dan menshohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani).

10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dari Guru atau Syeikh, hanya copy paste dan membaca dari buku-buku dan sebagainya.

11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW.

12. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-Najdi).

13. Golongan yang meminta bantuan Askar dan Senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka ingin menjajah Mekkah dan Madinah.

14. Golongan yang menghancurkan turath (sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekkah dan Madinah. (lihat kawasan pekuburan Jannatul Baqi, Bukit Uhud dan sebagainya).

15. Golongan yang membenci kaum ahlul bait.

16. Golongan yang bertentangan dengan Ijma para Shohabat, Tabiin, Salaf, Khalaf dan seluruh Ulama ASWAJA.

17. Golongan yang mendakwa akal tidak boleh digunakan dalam dalil syara’, dengan menolak fungsi akal (ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan akal).

18. Golongan yang mengejar syuhrah (pangkat, nama, promosi, kemasyhuran) dengan menggunakan pemahaman mereka yang salah terhadap Al-Qura’n dan As-Sunnah.

19. Golongan yang mendhoifkan hadis solat tarawih 20 rakaat. (Albani)

20. Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih. (Albani)

21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut. (Albani)

22. Golongan yang melecehkan Imam Abu Hanifah R.A. (Albani)

23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT.

24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan (hidup) di kuburan beliau. (Albani)

25. Golongan yang melarang membaca Sayyidina dan menganggap perbuatan itu bid’ah dholalah/sesat.

26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran dan membaca talqin pada orang yang meninggal.

27. Golongan yang melarang membaca shalawat selepas adzan. (Albani)

28. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana (tidak akan kekal). (ibn Taimiyyah)

29. Golongan yang mengatakan lafadz talaq tiga tidak jatuh, jika aku talaq kamu dengan talaq tiga. (ibn Taimiyyah).

30. Golongan yang mengisbatkan (menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah. (Ibn Taimiyyah)

31. Golongan yang menggunakan uang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat tadlis (penipuan dan pengubahan) di dalam kitab-kitab ulama yang tidak sependapat dengan mereka.

32. Golongan yang mengkafirkan orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini. (Albani)

33. Golongan yang membid’ahkan seluruh ummat Islam.

34. Golongan yang menghukumi syirik terhadap amalan ummat Islam yang tidak sepaham dengan mereka.

35. Golongan yang membawa ajaran tauhid dan tidak pernah belajar ilmu tauhid. (Ibn Taimiyyah)

36. Golongan yang mengatakan bahwa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai tauhid, tidak pernah Nabi Muhammad SAW mengajar begini atau pun para Shohabah R.A. (Muhammad Abdul Wahab)

37. Golongan yang membolehkan memakai lambang salib hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan resmi kerajaan, dan hukumnya tidak kufur. (Bin Baz)

38. Golongan yang membiayai keuangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Ummat Islam dan melindungi negara mereka. (kerajaan Wahhabi Saudi)

39. Golongan yang memberi Syarikat-syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram. (Kerajaan Wahhabi Saudi)

40. Golongan yang memecah-belah Ummat Islam dan institusi kekeluargaan.

41. Golongan yang mengharamkan Maulid dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban.

42. Golongan yang menghalalkan bom bunuh diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palastine)

43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy’ariyah dan Maturidiyah. Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain.

44. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Ummat Islam dan menjelek-jelekkan nama baik Islam.

45. Golongan yang membuat kekacauan di Fathani, Thailand.

46. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia.

47. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama ASWAJA yang muktabar.

48. Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWAJA.

49. Golongan yang minoritas dalam dunia, malah baru berumur setahun jagung.

50. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka.

51. Golongan yang jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi ingin membuat fatwa sesuka hati.

52. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.

53. Golongan yang secara dzahirnya berjubah, berkopiah, singkat jubah, janggut panjang, tetapi berlewat, tidak menghormati ulama, mengutuk para Alim Ulama dan tidak amanah dengan ilmu dan agama Islam.

54. Golongan yang tidak hujjah dalam ajaran mereka.

55. Golongan yang membawa ajaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab, kedua-dua individu ini telah dicemooh, ditentang, dijawab dan dikafirkan oleh Jumhur Ulama ASWAJA atas dasar akidah mereka yang sesat.
Wallahu a’lam bish-Showab wal hadi ila sabilil haq.

Kenyataan Media ASWAJA Jawab Presiden ISMA

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) mengambil maklum mengenai penyiaran artikel ‘Perbalahan Wahabi ASWAJA tidak sihat untuk masyarakat- Presiden ISMA’. Saya cuba bertabayyun dgn beliau tetapi tiada sebarang respon yang diberikan hingga saat ini. 
Bagi ASWAJA dakwaan berlaku ‘perbalahan’ adalah tidak tepat sama sekali. ASWAJA selaku NGO Islam ditubuhkan bukan untuk mencetuskan perbalahan, malah kami bertekad menjaga syiar Islam daripada dicemari fahaman yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) arus perdana. Ia sbgmana yang termaktub dalam Fatwa Kebangsaan, Fatwa Negeri dan Akta/Enakmen Pentadbiran Islam Negeri. 
Kehadiran kami adalah untuk mempertahankan serta memperkasakan akidah ASWJ Ashairah dan Maturidiyyah, mazhab Imam Shafie dan pengamalan kesufian yang muktabar. 
Perjuangan kami dalam mempertahankan akidah Islam yang bukan sahaja berdepan dengan aliran Wahabi, Syiah, pluralisme Agama dan LGBT malah ASWAJA turut aktif berhadapan dengan golongan sesat Millah Abraham, Hizbut Tahrir, ajaran Ayah Pin, ajaran Hj Kahar, komunis, pengganas Sulu, Pengganas Daesh dan golongan murtad melalui muzakarah, forum dan program deradikalisasi berkala.
Selain itu kami juga turut bekerjasama menjayakan program dakwah JAKIM, MAIS, MAIM, JAIS, Jabatan Mufti Johor, Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Mufti Pahang, Jabatan Mufti Kedah, Jabatan Mufti N9, Muzakarah dgn Mufti Wilayah, memperjuang isu RUU 355 dan mempunyai jalinan baik beberapa Kementerian dan gabungan NGO Islam yang lain. 
Justeru, dakwaan Presiden ISMA bahawa kami ‘bergaduh’ dengan Wahhabi adalah sangat tidak tepat. Ia kelihatan setara dengan kenyataan Dr. Rozaimi baru-baru ini yang mendakwa ASWAJA sealiran dengan HINDRAF dalam membantah ceramah DZN. Ia jelas satu kenyataan yang cukup melulu dan berprasangka. 
Sewajarnya pihak ISMA mengkaji motif dan aspirasi perjuangan ASWAJA sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam. 
Perjuangan kami sebenarnya bertepatan dengan keputusan Majlis Fatwa sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan, khususnya berkaitan larangan penyebaran Wahhabi di Malaysia. Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang melebihi 12 kali dan memutuskan fahaman Wahhabi tidak sesuai disebarkan di Malaysia dan hendaklah disekat kerana boleh mendatangkan perpecahan di kalangan awam. 
Manakala terdapat 5 negeri telah memfatwakan bahawa fahaman Wahhabi bertentangan dan bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Belum lagi dikira dgn fatwa2 luar negara. Rujuklah fakta dengan mata hati bukannya dengan tekanan emosi. 
Memandangkan ASWAJA dan ISMA hidup berjiran di Bandar Ilmu Bangi, kedua-duanya memperjuangkan ASWJ dan menolak fahaman Wahhabi, maka ASWAJA dengan perasaan rendah diri mempelawa pihak ISMA untuk bermuzakarah, berdialog ataupun ‘bermesra’ bagi mengenali dan memahami aspirasi perjuangan masing2 secara jelas agar kita tidak membuat andaian yang bersifat keliru dan rancu. 
Oleh itu pertemuan secara bersemuka adalah jalan terbaik bagi mendapatkan penjelasan dan menjernihkan keadaan serta merapatkan ukhuwah sesama NGO Islam di Malaysia. Pintu ASWAJA sentiasa terbuka buat ISMA dan buat sesiapa pun termasuk penganut ajaran Wahhabi, Syiah, Liberalisme agama dan yang sewaktu dengannya.
KITA DEDAH DEMI AKIDAH
Ustaz Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari.

Presiden ASWAJA

8hb Febuari 2017. Jam 11 pg.

Kenyataan Media PERTAMA Sokong Ucapan TPM @Zahid_Hamidi di PBB

​*Ucapan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu*
Pertubuhan Tarekat Mukatabar Malaysia menyokong penuh dan berbangga akan ketegasan dan keberanian YAB Dato’ Seri mengutarakan ketidakadilan dan kezaliman yang telah lama berlaku ke atas kita umat manusia, khasnya umat islam.


Kenyataan ini telah tidak berjaya dibendung oleh rejim sedia ada iaitu Majlis Keselamatan PBB. Desakan Malaysia yang diutarakn YAB Timbalan Perdana Menteri adalah satu desakan yang tepat pada waktunya yang sangat relevan. 
Pertubuhan Tarekat Mukatabar Malaysia menganggap intipati ucapan itu sangat penting dan patut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia . 

Apa jua kekurangan jika ada, dari segi petuturan  bahasa inggeris, bukanlah suatu masalah yang besar. Sebenarnya ,penguasaan bahasa bukanlah satu garis ukur keberanian seorang pemimpin untuk mengutarakan perkara yang benar dan memberi kebaikan kepada manusia sejagat.

Pertubuhan Tarekat Mukatabar Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana telah mewakili Malaysia.
28  Sept 2016

Datuk Hj As’ari Hj Ibrahim

Yang Di Pertua

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.

Kenyataan Dr Zamihan ASWAJA isu Dr Maza Tuduh Anti Dr Zakir Naik

fb ustaz Zamihan

MUFTI PERLIS KAKI FITNAH

Selepas Aidilfitri kelihatan nafsu jahat mulai membuak2 terkeluar. Syaitan yg terbelenggu di bulan Ramadhan juga mula berkeliaran menaburkan fitnah. Termasuk dari agamawan yg bertaraf Mufti. Terbaru, Mufti Perlis Dr Maza MEMFITNAH ASWAJA dgn menyamakan ASWAJA setaraf dgn HINDRAF dan bersikap anti kpd Dr Zakir Naik.
Wallahi,Wabillah, Watallahi…ASWAJA tak pernah mengeluarkan kenyataan membantah atau menghalang Ceramah Zakir Naik sama sekali. Ia hanya tohmahan palsu yg direkacipta oleh Mufti Perlis yang biadab. Malang sekali,  Mufti ni selalu bangga diri dgn sarjana hadith. Tetapi pandai pula mencipta RIWAYAT PALSU dari ASWAJA berkenaan Zakir Naik.
Usaha mengulangi fitnah ini membuktikan Maza berniat memburuk-burukkan imej ASWAJA. Beliau kelihatan cuba menarik sokongan org ramai kpdnya dgn menipu dan memutarbelit fakta. Jelas,  beliau tidak mendapat manfaat dari Ramadhan dgn mengulangi fitnah yg sama semenjak fitnah pertama pd 18/4/2016 lalu. Dlm hadis Jibril AS disebut Celaka bg mereka yg mendapatkan ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Kasiaan sang Muftin.
Utk makluman semua, Mufti Perlis ini merupakan makhluk Allah yg pertama memfitnah Zamihan berfahaman Syiah semenjak tahun 2001 lagi. Diulangi lagi fitnah berkenaan dlm Majalah Milenia tahun 2006. Ia kemudiannya dikutip pula oleh pengikut wahhabi tegar yg lain. Nampak jelas,  jiwanya kecamuk dan berpenyakit. Semoga beliau disembuhkan oleh Allah swt.
Tinjauan melalui youtube juga menjelaskan Maza al F-attan dlm bbrapa kenyataannya mengaitkan Zamihan dgn gejala Takfir dan berfahaman Ahbash. Masya Allah. Demi Allah,  Zamihan berlepas diri dari fitnah dan tohmahannya.
Ingin saya tegaskan bahwa Mufti tidak wajar bersikap pengecut. Jangan hanya berani di media sosial sahaja. Jika ada maruah…jom kita semuka utk diskusi, debat, muzakarah demi mencari kebenaran. Kita juga boleh bermubahalah utk membuktikan kebenaran tersebut. Ayuh. Silakan.
Ayuh. Zamihan akan bongkar pendustaan anda satu persatu. Hubungi Zamihan di hp : 012 213 5518. Silakan. Ana bersedia ke pejabat antum. Sila berikan ruang masa terluang barang seketika utk selesai fitnah ini.
Insya Allah…fitnah entum ni…tak sampai kemana pun. Jika Allah panjangkan umur…kita akan menyaksikan Maza beroleh kaffarah atas fitnah yg amat keji ini. Bekerjalah, makanlah,  minumlah dan bergembiralah dgn dosa yg enta tempah sendiri.
Kami akan buat laporan polis dan SKMM atas fitnah keji kali ke2 ini. Dan akan menyaman Mufti Kaki Fitnah tanpa prejudis. Kita akan bertemu di mahkamah dunia dan mahkamah akhirat.
Firman Allah : Celakalah atas setiap pengumpat dan pencela..al Humazah ayat 1.
#MUFTI KAKI FITNAH

# BANTERAS SYAITAN SYAWAL

Kafir Harbi – NGO Aswaja Pertahan Mufti Pahang 

​KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).
1. ASWAJA hari ini mengadakan pertemuan dengan SS Dato Sri Mufti Pahang bagi mendapat penjelasan berhubung isu kafir harbi yang kini menjadi kritikan segelintir pemimpin DAP serta agamawan dan sarjana. 
2. ASWAJA berpuas hati dengan penjelasan yang berikan oleh SS Dato Sri Mufti dan kenyataan mengenai kafir harbi tidak ada cacat celanya. Malah  ia dibuat mengikut nas dan teks kitab ulama muktabar. Justeru,  ASWAJA berdiri teguh dibelakang SS Mufti Pahang dalam hal ini. Ahli politik,  sarjana dan agamawan seharusnya ‘tabayyun’ terlebih dahulu sebelum membuat ulasan bebas menerusi berita akhbar dan media yang masing-masing mempunyai motif tersendiri. Apapun,  istilah ‘harbi’ atau ‘aduwallah’ tetap sah dipergunakan bg mereka yg memusuhi Islam samada mereka memiliki taraf warganegara ataupun tidak.
3. Kenyataan Mufti Pahang cukup jelas dalam isu kafir harbi dan beliau tidak menghalakan kenyataan itu kepada DAP semata2. Jadi mengapa DAP perlu terasa dengan kenyataan ini?. Begitu juga dalam kenyataan itu beliau tidak menyeru umat Islam utk  mengangkat senjata bg memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Tetapi kenyataan beliau dimanipulasi oleh segelintir agamawan dan sarjana ‘terlajak ulas’ dan mengaitkan kenyataan SS Mufti Pahang dengan keganasan. Hal ini menunjukkan sikap sembrono dan ‘terlebih prasangka’ terhadap SS Dato Sri Mufti Pahang.
4. Jika tidak mahu terpalit dengan kafir harbi DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Hari ini tindakan DAP jelas menentang beberapa perkara yang membabitkan agenda umat Islam termasuk yang terbaru pindaaan Akta RUU 355 bagi meningkatkan martabat perundagan Islam itu sendiri demi hak dan kepentingan umat Islam di negara ini. Pihak-pihak yang bekerjasama dengan DAP pula tidak seharusnya mendiamkan diri apabila DAP mencampuri urusan kepentingan Islam hanya semata2 demi kelangsungan politik mereka. 
5. Dari segi istilah Kafir Harbi sememangnya tidak dinafikan Harbi bermaksud memerangai-diperangi. Namun, jangan sempitkan tafsiran ini dgn minda yg cetek. Islam sememangnya mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak kecuali sekiranya Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya. 
Sebenarnya perbuatan memusuhi Islam atau sikap anti Islam boleh berlaku dalam bentuk ideologi, politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Ia tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata. Justeru, perbuatan memusuhi islam dan menyokong kumpulan yg memusuhi islam adalah haram dan wajib ditentang dgn hikmah dan kebijaksanaan.
6. Menentang kafir harbi  dalam konteks negara kita kini adalah dengan tidak menyokong golongan yg memusuhi Islam. Maknanya kalau benar DAP atau sesiapa sahaja menjadi kafir harbi maka umat Islam haram untuk menyokong apatah lagi mengangkat pemimpin yang secara jelas menentang Islam.
Menentang harbi juga boleh dibuat dgn cara memboikot aktivi ekonomi, politik dan sosial mereka. Ia bukan bermakna melakukan keganasan,  mengangkat senjata dan menumpahkan darah. Saya mengenali peribadi SS Mufti Pahang selama lebih 15 tahun sbg seorang yg alim, warak dan berjiwa penyayang.
7. Sehubungan dgn kes ini,  Majlis Fatwa Kebangsaan dan agensi agama sewajarnya membuat kenyataan dan takrifan yang jelas tentang kafir harbi sebagai pencerahan kepada masyarakat. 
ASWAJA juga memohon pihak Jabatan Agama Islam, PDRM dan SKMM memantau dan mengambil tindakan terhadap Mana2 individu dan kumpulan yg menghina SS Mufti Pahang dan melakukan provokasi melampau terhadap agensi agama Islam. Mereka perlu disiasat mengikut Akta Hasutan dan POTA 2015 demi kelangsungan hak keselamatan dan ketenteraman awam.
8.  ASWAJA tetap teguh mempertahankan kredibiliti Mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah,  agensi agama dan survival umat Islam dari dinodai oleh musuh islam dan perosak agama hingga hari kiamat.
9. ASWAJA menggesa seluruh umat Islam melakukan ‘qunut nazilah’ ke atas musuh Islam dan bangkit memberi sokongan kpd SS Muti Pahang sbg manifestasi solidariti,  kesatuan, hak autoriti dan survival umat Islam di negara  ini. 
Sekian terima kasih

Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari

30 Jun 2016