Ahlan Wasahlan dari Ustaz Moden

Sollu ‘Ala Nabi Waalihi Wasallim

————————————————————————————-

Bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah selawat salam ke atas Rasulillah dan ahlihi wa man waalah…..

hari ini saya akan mula mengisi blog yang dinama dengan gelaran ustaz moden.. Zaman moden ini menuntut saya dan golongan agama kena memodenkan diri dalam berdakwah kepada Allah dengan menggunakan peralatan yang wujud di zaman ini yang terkini….

Fokus saya artikel dan soal jawab agama, gambar, video klip yang sesuai dan perlu dipaparkan untuk tatapan pengunjung blog ini.

Dan apa jua yang boleh menaikkan ketakwaan manusia kepada Allah Taala akan diletakkan di sini..

Dipersilakan semua memberi komentar bagi membincangkan apa jua bab agama dan umum di dunia Islam zaman sekarang melalui artikel yang disiar…

Terima kasih juga kepada mereka yang telah mengajar dan membantu saya mengendalikan blog ini dan saya harap ia dapat dijadikan antara yang utama di kalangan yang mencari kebenaran dan menidakkan kepalsuan…

Terima kasih kerana datang ke laman saya…sebarkanlah jika ada kebaikan. Kerana anda akan mendapat ganjaran diatas apa yang baik yang anda lakukan.

Wassalam

Ustaz Moden…

66 Responses

  1. Saya menasihatkan anda agar jangan menciplak di dalam tulisan anda. Buatlah yang asli (original) berdasarkan penyelidikan (research) sendiri. Jika anda ingin “menyadur”, sebutkanlah sumber rujukan. Jika anda tidak melakukan yang demikian, anda telah berdusta dan telah mengambil hak orang lain.

    Anda menggelarkan diri anda ustaz moden. Oleh itu, akan ada orang yang mencontohi anda. Ada pepatah Melayu, “Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.”

    Maka berhati-hatilah. Jangan menciplak. Dengan menciplak, anda telah menganiaya penulis asal. Dan doa oleh orang-orang yang teraniaya itu diperkenankan Allah.

    • salam. betul tu. ni teguran yg bermakna n MENDALAM bg ‘ustaz’2 smua. jgn bcakap je pndai, maksiat duk buat jgk. (itu pn main copy je yg org lain).

    • Assalamualaikum! Semoga bertambah rajin membaca, semoga identiti atau gambar tak jadi isu.
      dari penulis aktif blog
      sila baca TQ
      acherusctus.blogspot.com
      biarjelas.blogspot.com

  2. Ada ke bahan orang lain ditulis atas nama saya ? rasanya anda kena tengok elok elok.

    Moga dibetulkan kesilapan semua….

    Wassalam.

  3. salam ustaz…..saya ada baca beberapa tulisan ustaz…tp saya x dpt kenal pasti siapa ustaz ni. sebagai seorg penulis yg bertanggungjawab dan ingin kan kebenaran mestilah memperkenalkan diri x gitu? kalo boleh ustaz sertakan gambar dan bio ustz selengkap-lengkapnya.

  4. lagi satu ustaz…skang ni bemacm-mcm fitnah telah keluar dan sebagai seorg muslim kita kena kaji setiap berita yg sampai kepada kita……kdg2 saya juga sgt keliru dan takut jika saya berada di pihak yg salah….saya seorg pelajar sek agama tetapi tidaklah begitu tinggi ilmunya seperti tuan (belajar sekerat jalan je) tp yg saya pasti skali dan yakin ialah mengenai sejarah umat islam. utk saya mengenali siapakah penjahat @ penegak keadilan biasanya saya akan rujuk kepada sejarah. wahabbi adalah pengkhanat umat islam kerana mereka memberontak terhadap khalifah dan kalo saya tak silap ada hadis yg mengatakan hukuman bunuh terhadap pengkhianat sebegini. lagi satu pula ialah golongan sekularis/freemason. saya secara yakinnya mengatakan UMNO adalah sebuah parti pengkhianat @ talibarut kafir penjajah samalah seperti Hamid Karzai sekarang ini contoh paling nyata. UMNO adalah tergolong dlm golongan ini kerana dasarnya dan penubuhnya disandarkan kepada mustapha kamal attarturk. Ulama turki waktu itu juga ada mengeluar kan fatwa mengatakan bahawa sapa yg menjalan hukum sekular adalah terkeluar drpd islam.

    jika saya ada silap harap diperbertulkan

    • Assalamualaikum,

      1)Anda masih perlu banyak membaca artikel mengenai “WAHABI” sila baca dari berbagai2 sumber (risalah2/buku2/tesis2/internet/dll* luar dan dalam negara) selepas itu barulah timbang2 dan komen secara terbuka….(dikuatiri anda berbicara tanpa ilmu dan menuduh tanpa bukti….fitnah….takutlah dosa)…..

      2)Anda mungkin pengikut pas…kerana itu anda kutuk umno/BN
      cuba anda fikir2kan…..

      PAS juga menentang kerajaan
      PAS juga telah melakukan perpecahan dalam ummah dengan berpati
      Pas juga berdemonstrasi (melakukan kerosakan) yg bukan dari ajaran islam
      Pas juga menghina pemerintah (yg dilarang oleh islam)
      Pas juga menyokong kominis (kominis tidak menerima kewujudan Tuhan dan melarang beragama)
      Pas juga bersekongkol dengan orang KAFIR utk menjatuhkan kerajaan
      Pas tiba2 berkata-kata tentang hudud (sedangkan Rasulullah pertama sekali menekankan pemurnian akidah kemudian ibadah, akhlak dan muamalah dan seterusnya….)
      ***sepatutnya islam bersatu pembangkang hanya untuk orang kafir

      maaf ….saya bukan kroni atau pengampu umno

  5. bagaimana kita bercakap bab hukum jika tarbiyah sesama kita masih longgar dan teruk.

    Nabi ajar akhlak dulu ibarat menanam. Baru diletakkan pagar utk menjaga hasil tanaman tadi.

    Skrg kita terus nak pasang pagar tanpa membaiki buah dan pokok yang dimakan ulat dan kering dari siraman hujan.

  6. Adakah penting gambar dan bidodata ? kenapa tidak melihat isi tulisan dari diri penulis ?

    bagi penulis, tidak perlu dikenali ramai kerana ‘saya menulis bukan kerana nama.’

    Cukuplah saya perkenalkan diri saya sebagai anti ajaran menyeleweng dari islam dan juga apa apa gerakan membawa kebatilan ke dalam Islam atau yang ingin merosakkan Islam dari dalam samada bidang sosial. politik dan ekonomi..

    Sya hanya hamba Allah yang tiada apa apa…

  7. sy msh krg paham berkenaan tariqat…………..blh x ustaz terang kat ana…….. dgn secepat yg mungkin…

    • nik aziz tu guru mursyid ke? boleh ke dia bimbing bersihkan hati setahu saya dia belajar kat deoband india pro wahabi kan deoband tu

      • benar….dia memang wahabi.tanyalah sesiapa yang tinggal dan pernah mengaji pondok akan kata dia wahabi..

    • salam…maaf saya bukan ustaz spt yg anda minta ulas tentang tarikat, tapi saya sekadar nak kongsi pandangan…..

      Tarikat maksudnya jalan (jalan menuju keredaan Allah)
      Dalam Islam tarikat yg sebenar (jalan yg sebenar) ialah jalan Rasulullah SAW (Al-Quran dan Al-Hadis yg soheh)…selesai…mudah sahaja

      Tetapi dalam konteks/pemahaman/pengajaran “TARIKAT” zaman selepas zaman Rasulullah sehingga sekarang memang banyak bezanya..Tarikat yg ni adalah tarikat ahli falsafah/tarikat ahli akal yg banyak diimport dari falsafah(sampah) Yunani/Grik dan yg sewaktu denganya….atau dalam makna lain, kaedah2 non muslim yg dimuslimkan mengikut pemikiran mereka….mereka membahaskan tentang Allah dengan akal2 mereka, dgn logik2 mereka…cara beribadat dengan cara2 baru yg mereka dakwa lebih cangih dari cara yg rasulullah ajar…itu yg ada cara zikir joget2 tu…Tarikat ni mesti ada guru2 mursid mereka tersendiri, mesti taksub dgn guru mereka, tak boleh tegur walaupun guru buat salah. diantara istilah2 yg biasa digunakan seperti Tarikat, Tasauf, Sufi……..

      walaubagaimanapun Tarikat atau Tasauf atau Sufi yang benar2 mengikut Al-Quran dan Al-Hadis soheh Nabi SAW no problem

      wassalam

      • tq atas pandangan anda.

        bukan tariqat yg penting, merasai kewujudan Allah dan bertambah mahabbah Rasulullah yg penting.kalau dapat tanpa tariqat silakan.ttp dalam sejuta ada dua tiga orang sahaja yang dapat tanpa perjalanan tariqat. maka kita kena beritahu kaedah umum ghalibnya kena ada tariqat. syukran

  8. Tariqat berkenaan pembersihan hati. Melalui bimbingan Guru Mursyid.

    Nak tahu mursyid kena ikut berguru… Nanti kesan barakah akan dapat dilihat dari pengamatan mata hati kita selepas tekun membaca amalan amalan yang diwariskan kepada kita.

    Adab utama sekali dalam berguru dan mengamalkan tariqat.

    Cuma jika tariqat menyuruh meninggalkan syariat, jelas ia bukan tariqat tetapi ajaran sesat.

    Dalam membaca bab tariqat anda digalakkan berjumpa kumpulan tariqat sendiri dari baca buku atau dengar dari orang ramai yang tidak mengamalkan dan membawa amalan tariqat.

    Moga anda berdoa selalu ditemukan dengan MAN HADAITA iaitu orang yang telah Engkau hidayatkan dia….

    Salam

    Ustaz Moden

  9. kalau ustaz perkenalkan diri,
    barulah best nak baca. Tp kalau penulis yg kita tak kenal, rasa ragu2 pula.

    oh, tak lupa juga. Selamat berpuasa. Ramadan Karim!!

  10. Ye ker ? tak apalah. Jika tak best sila baca blog lainlah.

    Cuma kata orang, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.

    Sekilas kata kata orang sudah tahu beriman atau tidak tuannya.

    Semoga Al Jawhar (isi ) lebih utama dari Mazhar ( kulit )…

    • ape da’ie cmni. kn pnting ta’aruf n knl dgn siapa kita mencedok ilmu. ntah2 …..

    • salam ustaz tp skrng ne xsmatinye org b’iman xt’psong sb itu kita kene tau identiti seseorg tu.

  11. ustaz ni balaci UMNO kan…xpayah berselindung lah..,klau ustaz betul nak sampaikan kebenaran pasal ape xmasuk politik…buktikn PAS salah,PKR salah..direct terus pd masyarakat..nabi pn dakwah trus trang xselindung2….klau ustaz beranila..org islam kn kena brani amar ma’ruf nahi mungkar apatah lagi kalau sorang imam…bile sebut pasal imam.,ad posting ustaz ttg imam xbleh berpolitik..sini pn dh nmpak dh ustaz ni pencacai UMNO…..opss satu lagi pasal falsafah ustaz tntg isi dan kulit tu bg sy mengarut…..dlm islam ajar bkn setakat dlm jer baik tp luar pn kena baik…aper guna byk ilmu tp pengotor.,satu lagi kalo ustaz xtahu pasal sejarah salaf atau wahhabi baik ustaz diam ……..terus-terang sy katakn sy dh menyampah dgn org macam ustaz ni..berselindung di sebalik agama..mmperbodohkan masyarakat..org macam ustazlah yg memecahbelahkan umat islam sebenarnya…maaf ustaz,sy ank muda umur baru 20 jd posting sy kasar sikit..biasala teguran ni banyak jenis..ada senyum, ada nasihat,ada sindir,ada yg terus bagi pelempang..mengikut keaadaan..apapn yg baik itu dr Allah yg buruk tu silap sy sendiri…..selamat berpuasa Assalamualaikum………….

    • Cuuuunnnnnnnnnya .. komen anak_melayu, sangat-sangat straight to the point. Ini baru betul “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar ”

      Betul kan??? BETUL! BETUL! BETUL!

    • Secara iklas saya katakan, komen anda adalah yang terbaik pernah saya lihat, setakat ini. Ustaz Moden ini cuba memainkan peranan seperti freemason. Mereka cuba mempermainkan dan melemahkan keimanan orang Islam seperti apa yang mereka telah lakukan ketika mereka bersekongkol dengan pihak Muhammad Bin Abdul Wahab dan keluarga Saud menjatuhkan sistem permerintahan Khalifah dan menegakkan fahaman secularisma islam (wahhabi) dahulu. Oh ya lagi satu, apakah patut kita dengar orang yang tidak boleh dipercayai (seperti ustaz moden ni) yang mengatakan orang yang boleh dipercayai (seperti TGNA, TGHA, DSAI) tidak boleh dipercayai. Kalau dah sumbernya dah tak boleh dipercayai ……. fikir … fikir … fikirkanlah.

    • salam.. anak_melayu, mmg la anda umur baru 20.. tp ia x brmaksud anda boleh sesuka hati buat “posting kasar” di sini.. kenape tuduh menuduh? ada bukti? ingat!! nabi terus direct berdakwah setelah diperintahkan oleh allah untuk berdakwah secara terang-terangan.. sebelum tu islam disebarkan secara sulit.. kalau betu anak_melayu ad yg x puas hati dgn ustaz2 yg ad skrg ni, muhasabah la diri anda dulu.. tanye diri anda.. apa yg baik itu dr allah, dan yg buruk adalah dr diri kita sendiri.. oleh itu kita sentiasa memperbaiki diri kita.. terus terang.. golongan macam anda lah yg mmburukkan nama islam itu sendiri.. islam x mengajar kita menjadi kasar.. wajar ke komen anda tersebut??? tepuk dada tanya iman… kalau ilmu anda masih setahun jagung.. jgn terus bertindak melulu.. belajar la mghormati org lain (tegur dgn baik)… teguran ikhlas dari saudara seIslammu… sekian

  12. Assalamualaikum,

    Ana terbaca tulisan sedara.Org yg menggelarkan Ustaz moden menarik perhatian ana.Jd ana sekadar singgah menyampaikan sedikit buah bicara yg boleh anta baca di sana,mengarut2 tu biasalah ustaz,jgn sampai mencarut dah lah.mengarut yg berlapik,’tak batal air sembahyang’ kan.Sy nisbahkan ‘air sembahyang’ itu sbg iman/syahadah/i’tikad.Ana pun tdk nyatakan biodata lengkap atau gambar sendiri,ada sebablah tu.Bukan ape,gambar2 kdg2 boleh melalaikan minda,betul tak ustaz?

    Sekian,ZaHaN(29yr).

  13. a’kum, ustaz..
    Tak faham yerk, kenapalah dlm buln2 posa gini, ada juga ‘hamba allah’ yg tak pndai jaga mulut, klu tak puas hati dgn ape2 artikel yg ada kat blog ni, tak perlulah nak bace,

    lagi satu; khusus buat anak_melayu(13 sept 2008) tolonglah jaga adab saudara…apa yg saudara tahu dgn ayat’PENCACAI UMNO’??lain kali gunalah kata2 yg elok disebut bukan sedemikian…

    Wasalam..

    • “klu tak puas hati dgn ape2 artikel yg ada kat blog ni, tak perlulah nak bace, ”

      utk puan siti zahariah, mane blh cm2. if bahan yg kite terbaca tu sebenarnya blh bawa mslh pd aqidah, kekuatan n umat Islam, d sinilah tempatnya utk kita menegur. bkn miarkn mslh tu hingga jd nanah n kulat dulu baru terkial2 nk betulkn kmbali.

  14. wahai ustaz moden, anda di lihat seorg yg bacul.. tanpa mengetahui asal usul..

  15. Maaflah penulis cyber, Sebagai Dai’ (jika anda layak) gunalah tata bahasa yang lebih lembut dan sopan semasa menjawab pertanyaan atau semasa mengeluarkan hujah bila di’telah’ oleh pembaca. macam yang anda kata dalam para no. 16. Namun, sekilas membaca tulisan anda tak selari dengan akhlak Dai’sejati. Macam Mat Rock mencarut je.

  16. saya faham blog ni anda punya tapi ditatapi mungkin ribuan pengunjung yang ikhlas berbincang dan bertukar pendapat. amat menjengkelkan jika blog berunsur agama respon kepada pengunjung dengan bahasa bahas yang kurang menyenangkan hati pengunjung.

  17. Salam penulis_cyber,

    teruskan usaha…jgn hiraukan provokasi..

  18. sempoije ust…
    teruskan usaha.. jangan hiraukan provokasi…
    sy ngn puteraICT support ust…

  19. support gitu2 jela

  20. Bila ada orang nak tegakkan kebenaran atau menyatakan kebenaran, dikatakan pencacai UMNO dan sebagainya.
    Teruklah mereka ni..Dah buta hati. Semoga dibukakan hati mereka kepada kebenaran.
    Jangan sibuk nak tahu latar belakang orang. Faham dan hayati apa yg ditulis.

  21. ust ni blaja sekolah mana ni ye?kesian…nak masuk syurga ye?

  22. Rasanya kalu tak mahu dikenalai, jgn pilih nama blog -ustaz moden. Pilih nama fikrah moden lagi baik…sebab bila sebut ustaz bermakna guru. Guru mestilah dikenali.

    • tak dikenali tak bermakna tak ada harga diri… ada sebab musababnya. satu alam tidak dikenali, satu alam lagi sangat dikenali…may be

  23. walau bagaimana pun, saya ada ambil rencana Ulam pewaris nabi untuk disiar di Egroups saya al-falaah. Saya nyatakan sumbernya sekali (dr blog ini)..:)

  24. ust. ni mmg sah pencacai UMNO.. eheheh.. macam ust al hafuz di penang, ust ehwal islam yg juga exco pemuda johor… demi fulus…. jangan lupa usatzah mashitah…

    kalaulah gambar itu melalaikan.. apakata ust nyatakan latar belakang pendidikan ust.

    • hehe….enta ni senang sangat cap orang mata duitan atau pencacai umno…apa kata kita lihat yang baik dan fikir. cari ayat menyuruh kita berfikir di dalam al quran…untuk makluman ana belajar di mesir dan alhamdulillah al=hafiz..

      • suami sy pn menuntut d mesir dan sy di syria. tp sy rs ‘ustz’ ni x fhm ape sheikh ajar kot… maaf. tp ilmu tu perlu dalami kan, sampai mati. sy doakan ‘ustz’ akn temui jalan kebenaran. moga Allah buka pntu hati kita smua utk mlihat yg mana BeTuL n yg mana BaTiL…

  25. dalam umno pun ramai ulama dan ustaz-ustaz mereka ni lah penyumbang besar pada islamisasi di malaysia sekarang ni.
    mereka berdakwah secara berhemah kalau perhati ustaz-ustaz dalam umno ni cool je low profile la katakan. mereka ni ibarat hero yang di lupakan dan sekarang pula ustaz-ustaz ni berhempas pulas pula bergelut dengan ideology wahabi yang telah berakar umbi dalam masyarakat malaysia. ramai muslim sekarang keliru dengan ajaran2 yang di bawa wahabi ni, orang-orang yang belajar agama pun keliru dengan ajaran wahabi ni. masa ambil pjj hari tu di uitm sukatan pelajaran agama tauhid ikut tauhid uluhiyyah dan rububiyah wahabi yang mana sebelum tu zaman tun mahathir ikut sukatan lama.

    • benar.mereka giat mempertahan akidah ahli sunnah wal jamaah…mereka tidak dikenali dan lebih tepat unsung warrior…

  26. tutup blog fitnah ni….
    tak ada sapa nak ikutnya…

  27. salam….
    ok la tak kira la ustaz nih umno ke ape ke…lantak la…tapi komen 25. aku tak bleh tahan…kau nih umno ke tak? pernah masuk persidangan umno ke tak? pernah pegi mesyuarat bahagian or cawangan ke tak? maaf cakap …mana ustaz umno ? pasai apa depa tak duduk saf depan? low profile ke takut malu kat orang? malu kat Allah lebih baik la…lagi satu buat ustaz modern…aku tak nafikan ko duk tarik nukilan orang…bagus…niat ko untuk pelihara ASWJ tu aku respect…tapi reply kat komen no 7. penulis cyber? wah wah kenapa perlu tanye orang …ko nih mmg ciri2 umno la…aku respect…buat statement pastu nak tau kesahihan ko suruh tanye orang…pastu ko lari tah kemana…mmg sifat budak umno macam tu…aku mmg kenal la…berani cakap tak berani tanggung…meh la join bahagian ampang baru best oi!!

    • ana memang akui ketua pemuda umno cawangan sahja…ikuti pemilihan ajk pemuda bahagian tapi kalah……kami punya team kalah baru-baru tu kerana tidak menyokong team khairy….ketua bahagian pun tak sokong kami….tapi sebagai orang islam kita terima sahja semua tu ada hikmah di sebaliknya.
      surah al ankabut:Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan [saja] mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?(2)Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3) Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari [azab] Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. (4) Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu [yang dijanjikan] Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (5) Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya [tidak memerlukan sesuatu] dari semesta alam. (6) Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (7)

    • salam.. hape punye komen la bobby juraimi… ape main tuduh2 umno ke x.. serius.. ko ni mmg x berakhlak.. nape nk main tuduh2? ad bukti ke ape yg ko ckp 2.. ckp mmg senang.. sbb mulut badan binasa.. ak pn bkan org umno tp x patut r ko post mcm 2 kt sini.. mungkin da mmg habit ko kot.. ingat!! org kafir di luar sana mentertawakan kita umat islam bergaduh sesama sendiri.. muhasabah la diri dulu.. ape maksud ko “join bahagian ampang?” memalukan betul r ko ni..

  28. ohhh banyak sungguh komen di sini..saya tak sempat nak jawab..asyik menulis dan menyalin tulisan2 yang bagus2 untuk perhatian semua.

    saya bukan orang suruhan UMNO atau anti PAS..saya anti kebatilan dalam mana mana parti yang ada.

    saya tak kisah kita berbeza pendapat tetapi saya sangat tidak suka jika ada yang biadap datang mengganggu tempat ini.

    kerana dia tak dijemput datang dan perlu jaga adab sopan di rumah orang (blog).

    harap maklum !

  29. setaahu saya sepanjang sejarah manusia Allah mengutuskan para utusan dengan kitab darinya hanya untuk memberitahu melalui kitab itu bahwa manusia hanya patut menyembah tuhan sahja, taat pada tuhan sahja, tunduk pada perintah tuhan sahja dan hanya tuhan sahja yang akan menghukum manusia dihari akhirat nanti. sekarang manusia semakin mempertuhankan manusia. kalau dulu mereka menjadikan nabi isa alaihissalam sebagai anak tuhan sekarang mereka jadikan muhammad sebagai hakim mahkamah rayuan dihari akhirat. mereka hanya ingat pada muhammad sahja. mereka tak ingat lagi pada Allah azza wa jalla. yakah ustaz!

    saya diberitahu bahwa pelek sunguh manusia ini. kalau manusia menghina manusia marah tapi kalau manusia menghina Allah mereka tak peduli sikitpun sedikit pun.
    mari kita bezakan antara tuhan dengan manusia:
    *- Allah azza wa jalla pencipta, manusia itu makhluk hina kerana dicipta dari air yang maheen iaitu hina
    *- Allah azza wa jalla pencipta sekelian makhluk sejak wujudnya zaman dan mentadbirkan sekelian makhluk sejak diciptanya makhluk
    *- manusia tidak mencipta apa pun walau dirinya sendiri, bahkan Allah azza wa jalla perintahkan nabi muhammad memberitahu kita dalam alquran bahwa beliau sendiri manusia macam kita dan tidak memiliki kuasa mudharat dan manfaat walaupun terhadap dirinya sendiri dihari akhirat

    bahkan teguruan , pembetulan, dan amaran selalui diturunkan oleh Allah dalam ayat ayat suci alquran
    bahkan larangan agar jangan ikut orang kafir dan munafik pun ada. saudara sembahlah tuhan jangan sembah muhammad beliau hanyalah utusan allah untuk menyampai perintah Allah sahja. benarkan kita sekarang ini sembah muhammad ustaz???

  30. ramai nak mengkritik dalam comment ni.tapi sedikit yang nak ambil iktibar dari blog ustaz ni..kita faham,mungkin ada yang ditulis dalam blog ustaz ni,ada sesetengahnya yg mmg betul2 terkena..tapi salahkah ustaz ni luah yang benar sahaja.nilai dengan mata hati.bukan dengan hawa nafsu..nabi dah ingatkan KULLIL HAKKO WALAU KANA MURRON (luahkan kebenaran sekalipun pahit)..yang banyak bangkang ustaz ni hanya golongan2 yang jahil atau tidak dia brfahaman W…..?

  31. apa kata ustaz-ustaz umno buat class percuma untuk kanak-kanak jalanan di kota kinabalu. tengok budak2 tu berkeliaran kasihan juga tengok……sesiapa pemuda umno boleh anjurkan saya nak juga ambil bahagian

  32. salam.. sye ingin minta pendapat,adakh bnar pabila kelopak mata kita sering bergerak2 tndanya akn berlaku musibah? sya sering mengalami skrang.agak runsing……

    • bagi saya ia sekadar tanda. boleh lah beringat tetapi jangan terlalu percaya. banyakkan berdoa ketika sihat dan sakit dan ketika senang sebelum susah samada wang atau susah hati.

  33. Salam, Ustaz..

    Ana nak mintak alamat email untuk forwardkan kajian mengenai wahabi di kelantan bermula dari tahun 1972 oleh ulama-ulama pondok sehingga kini oleh ulama2 pondok di Malaysia termasuk kemungkaran pas-dap-pkr semasa kempen di Sibu siap dengan fakta dan rujukan. (Somebody fwd it to me. Ustaz x perlu postkan email ustaz disini just hantar email pada saya ajiss78@yahoo.com saya akan forwardkan artikel itu.

  34. boleh tak ustz email kat saya risalah2 penyelewengan wahabi kat ana..dari segi akidah,fikh n tasawwuf..ni email ana(ghazaliyah@yahoo.com)

  35. SALAM TAT….ramai diantara kita ingin menjadi pemimpin ( politik atau agama ) tapi hendaklah diingatkan pada semua bahawa menjadi pemimpin merupakan tanggung jawap memimpin umah didunia dan akan diadili diakhirat …..orang yang pertama diadili ialah pemimpin….apa yang dilakukan semasa dia memimpin…..terutama pada agama kalau salah akidah dan diikuti olih org ramai tak cium surga tat….pendapat saya UMNO tu tak le se gah mana banyak tak betulnya pemimpin atau orang bawahan nya ……tak perlulah nak berselindung kalau org melayu nak berniaga atau nak kontrak misti masuk UMNO kalau tak ada lesan apa pun tak guna semuanya diberi pada kroni…..ne kenyataan nak tau turun luar bandar tau sendiri ……sikap double standarad tu biasa pada mana mana cawangan ego tu biasa je dah jadi trend….. soal haram halal No. 2 duit yang utama …kita hidup harus berdepan dengan kenyataan tat……ingat dunia ini sementara je esok lusa mati ….ha jawap le ……WASSALAM TAT

  36. mari kita buat adua blog ni kene report kat SKMM dan JAKIM..blog sesat lg menyesatkan

  37. salam, ana nak minta forwardkan kajian mengenai wahabi di kelantan bermula dari tahun 1972 oleh ulama-ulama pondok sehingga kini oleh ulama2 pondok di Malaysia. (nk kaji kajian mereka insyaallah)
    ana pernah blajar pondok di kelantan..bahas dgn tok guru pasal isu melabel individu sbg wahabi di Malaysia..
    kt kelantan ada persatuan pondok, so tok2 gurunya sefikrah, pernah pi pondok di Kedah? Perak?
    mohon share fitri_blonc@yahoo.com
    p/s: nik aziz pernah blaja banyak negara selain india, juga rahim pengajian dari pondok…

  38. assalamualaikum…..sye igin mengetahui lebih banyak ilmu tentang agama ..Sekiranya ada yang mahu berkongsi maklumat atau pendapat saya amat mengalu-alukan .Dan sesiapa yang mempunyai blog boleh la saya membaca dan berkongsi ilmu terutama soal kehidupan yang semakin mencabar kerana sye terlalu muda untuk memahami dunia ini dan mungkin ada jalan untuk temui iaitu jalan kebenarn melalui bacaan …….saya gemar membaca jd sudi2 la berkongsi

  39. Negara sekular sahaja yg dapat menyatukan penduduk pelbagai kaum di negara ini sesiapa yg ingin menjadikan Islam sebagai rujukan dalam bernegara ia adalah sesuatu yg melampau tetapi biarlah kita mati dalam islam aswj dan tidak dalam wahabi

  40. teruskan usaha ustaz…
    jangan hiraukan fitnah2 songsang tu..
    kita bukan di sini untuk ber-POLITIK
    tetapi untuk menyatupadukan umat islam sejagat..
    ambil yg jernih.. buang yg keruh..

  41. Bersatu atas apa muslim? Bila hendak bersatu hendaklah bersatu pada tali Allah taala, bukan pada tempat lain.. Matlamat kita hidup ini adalah utk kenal pada Allah taala, pencipta kita.. Kenal itu hadir bila kita beramal secara konsisten dan berpandukan alim ulamak.

    Apabila org berkata kita kena mengkaji sebelum terima bulat2, bila ada yg komen jgn trus dilabel sebagai fitnah semata2 kerana mungkin ada benar apa yg dkata. Politik itu kalau boleh membawa pada mengenal Allah taala maka itu yang terbaik walaupun kta x mengetahui..

    ustaz moden, kta x sealiran dalam berpendapat tp sy tetap hormati pendapat ustaz. cma sy harap jgn trus melabel org sebagai kafir atau wahabi atau apa2 saja gelaran krana apa yg kta katakan pada org akn kembali blk pada kita. besederhana dalam berpendapat. itu pegangan saya. sekian.

    • slm.. kpd sebelah pagar.. bersatu mmg lah bersatu pada tali allah taala.. dan bersatu demi agama islam.. siapa kata benda lain??? perhati dulu sebelum komen..

      petikan “mungkin benar apa yg dikata” TANPA BUKTI adalah TIDAK bermaksud BENAR.. jd kenape mggunakan fakta atau info yg samar2 KESAHIHANNYA untuk melabel sesuatu..?? sy pn ad blaja law.. kita x boleh sesuka hati menggunakan fakta yg x PASTI sesuka hati.. sbb mulut badan binasa.. kalau kita melabel org lain sepertimana yg ad bnyak di atas sesuka hati tanpa selidik, bukti.. ape la namenye 2?? bukan ke da jd fitnah?? dosa fitnah itu lebih besar dr membunuh.. ayat quran tu.. fikir2 kan la..

      sy pn juga sebenar ad bnyak yang x sependapat dengan pndapat ustaz moden ni.. tp saya mengambil pendekatan neutral.. ambil yg jernih buang yg keruh.. buat ape nk wt dose dengan mencaci dan mcm2?.. sy support site ni sbb sy melihatnya sebagai platform untuk umat isam bersatu, bemuhasabah dan belajar mungkin.. x perlu lah di kotorkan dgn kejian dan cercaan.. ikhlas

  42. saya hargai usha ustaz tapi boleh tak ustaz berikan tumpuan pula kearah fahaman baru yg sangat bahaya(bagi wahabi spt pluralisme,liberalisme dan selkularisme mungkin fahaman ini tak ada dalam kitab kuning tetapi kalau kat indonesia ia telah masuk kepondok-pondok dan universiti Islam malah ada menjadikan ia sebagai dasar pendidikan ..ia banyak berlaku kepad pendokong yg anti wahabi spt pengikut arwah gusdur (bekas pemimpin nahdhatul ulama yg sangat anti wahabi dalam masa yg sama berfahaman sekular,liberal dan plural)..tetapi fahaman plural ,liberal dan sekular yg susah untuk menembusi penganut wahabi tulin..saya rasa fahaman ini kalau dikembangkan ia boleh menyekat fahaman wahabi yg radikal ini.ini slah satu jalan penyelesaian terhadap fahaman wahabi yg asyik dgn hudud dan qisas spt diarab saudi padahal negara kita adalah negara masyarakat majmuk..kerajaan kita berada dalm landasan yg betul dalm menentang wahabi..syabas

  43. Salam pergenalan ustaz.. Nama saya jalalboy tertarik dengan cara penyebaran ustaz melalui alam maya. Saya juga menyampaikan dakwah melalui alam maya melalui laman Web http://jalalboy.blogspot.com/.. Harap jika ada salah silap dapat ustaz perbetulkan. Setiap nasihat yang diberikan akan dimanfaatkan sebaiknya bersama. http://jalalboy.blogspot.com/2012/01/salam-pergenalan.html

Leave a comment