Analisa Serangan Wahabi Terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf dan Dr Zamihan

Analisa Serangan Wahabi Terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf dan Dr Zamihan Al Ghari.

Tuduhan terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf (SHAS) salah seorang guru Dr Zamihan Mohd Zain (DZMZ) dibuat oleh beberapa tokoh pro wahabi seperti Dr Asri Zainal Abidin yang menuduh sebagai syiah.

Hassan As Saqqaf adalah Syiah – Dr Asri https://youtu.be/kqkPuj9JhnE

Ia bagaikan kesinambungan antara murid SHAS iaitu Dr Zamihan dengan pemuja Nasiruddin Albani iaitu Dr Asri atau MAZA yang mana kedua tokoh ini pernah hidup sezaman. Buku SHAS menulis penyelewengan Albani dalam bab hadis telah mendapat pujian ramai ulama.

Kekeliruan Albani ada diulas di sini http://www.idrusramli.com/2013/akhirnya-aku-tak-lagi-percaya-pada-syaikh-nashiruddin-al-albani/

Tuduhan ini juga mungkin sebagai tindak balas atas kegigihan Dr Zamihan membongkar kesesatan wahabi yang dinamakan semula atas nama salafi sebagaimana beliau banteras ajaran syiah dan ajaran sesat yang lain.

Selain itu kalangan wahabi yang turut menulis menyerang DZMZ antaranya Abdul Razak Mutalib dan  Mohd Khairul Anwar yang pernah ditolak permohonannya mendapatkan tauliah dan turut dikaitkan dengan wahabi. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA IJN menjadi lokasi konvensyen atau pendakwah wahabi ini. Walau gagal menarik penonton yang ramai seperti gambar di sini https://m.facebook.com/drfathulbari/

Dengan menyerang Syeikh Hassan As Saqqaf maka automatik Dr Zamihan yang lantang menentang puak ajaran sesat dan terrorist akan musnah imejnya dan tidak mustahil beliau pasti akan terkeluar dari bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN dan lebih tidak mustahil dia akan dikenakan tindakan atas jawatannya sebagai penjawat awam yang dipinjamkan dari JAKIM.

Sedangkan semua tahu bahawa fahaman wahabi adalah punca militan timbul di dunia apabila mereka mengkafirkan orang Islam tanpa hujjah yang haq. Membiarkan Zamihan seperti membiarkan mereka ditahan atau dikenakan tindakan kerana membawa fahaman yang radikal hingga boleh menjadikan rakyat memandang hina orang Islam majoriti yang berpegang mazhab Syafie di negara kita.

Untuk makluman Dr Zamihan orang bertanggungjawab memulihkan militan ajaran sesat di Malaysia dan terlibat dengan undang undang militan / terrorist. Dan bekerja rapat dengan pihak keselamatan Malaysia untuk memerangi militan dan terrorist termasuk telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk tujuan pemulihan militan.

Kenapa serangan ini begitu hebat ?

Sinonim antara militan dengan wahabi  maka tidak pelik kenapa individu lantang berasal dari Gua Musang Kelantan ini diserang tanpa henti. Dengan kejayaan Zikir Perdana menghimpunkan seramai 20,000 peserta dari pelbagai Tarekat Muktabar pada 7 Nov 2015 di Masjid Putra ( http://www.hmetro.com.my/node/91533?m=1#foto), selain NGO Aswaja yang sering keluar kenyataan menentang kesilapan wahabi di media sudah tentu penangan Zamihan ini sangat menggerunkan musuh yang bukan sahaja gagal menjawab dengan ilmiah bahkan gagal melontarkan fitnah.

Tulisan mereka banyak memutarbelitkan fakta untuk menegakkan fitnah. Program mereka juga tidak mendapat sambutan berbanding NGO Aswaja mempunyai jaringan tok guru pondok mufti ketua jabatan agama dan ulama Malaysia seluruh negara dan kekuatan inilah yang digeruni oleh puak wahabi.

Siapa Hassan As Saqqaf ?

Beliau antara ulama di Jordan yang dari keturunan Saidina Ali Karramallahuwajhah. Ertinya dari keturunan Rasulullah saw. Dalam hujjah wahabi mereka mengaitkan beliau dengan syiah bahkan menuduh buku terjemahan Sifat Solat Sahih Nabi tulisan SHAS telah terjual lebih 100,000 naskhah. buku ini juga disemak oleh beberapa tokoh akademik / ulama sebelum diterbitkan.

Selain itu SHAS juga menafikan beliau Syiah seperti video berikut :

Watch “Hasan Al-Saqqof nafi tuduhan Muktazilah dan Syiah” on YouTube – https://youtu.be/vxwZQwySYqk

Rupanya SHAS juga pernah mengajak untuk berbahas dengan tokoh pujaan Dr Asri yang banyak daif hadis Imam Bukhari Dan Imam Muslim nama Albani namun ditolak oleh Albani seperti video ini di sini http://www.sarkub.tv/2013/12/syaikh-hasan-seggaf-vs-syech-albani.html?m=0

Siapa Zamihan sebenarnya ?

Ustaz Zamihan Al-Ghari pegawai JAKIM dipinjamkan ke bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN adalah antara pejuang Ahlus Sunnah Wal Jamaáh yang berani di Malaysia. Ibaratnya jika di pandang bola, lebih ramai defender, tetapi beliau berperanan seperti striker.

Sebenarnya niat jahat  MAZA, Salman Ali. Khairil Anwar dan sekutunya kepada Ustaz Zamihan adalah untuk mengaitkannya dengan SYIAH.

Dan ada juga video edit yang diguna berulang kali untuk memburuk-burukkan ustaz ini yang sebenarnya setiap editan itu perkataan bodoh dan jahil ditujukan kepada tokoh Wahhabi di Malaysia yang berani mengkafir, mensyirik dan membidáh sesatkan majoriti ulamak dan umat Islam.

Bab marah kita dilarang marah kecuali kerana Allah. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang baginda hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka baginda akan marah kerana Allah.” (Riwayat al-Bukhari).

Maka kemarahan Dr Zamihan bukan kerana peribadi namun kerana wahabi menolak pegangan majoriti ulama dan mengambil pandangan yang ganjil sebagai panduan. Termasuk bab akidah. Nauzubillah.

Berbalik kepada cubaan mengaitkan Ustaz Zamihan dengan Al Saqqaf seolah-olah itu sahaja yang menjadi guru ustaz Zamihan.

Bila kita cermati dan teliti pengakuan Ustaz Zamihan di dalam blog beliau : http://al-ghari.blogspot.my atau FB beliau https://m.facebook.com/zamihan/

Guru-gurunya yang lain adalah : Tuan Guru Haji Mohd Nawi Syafie, Tuan Guru Haji Musa, Syeikh Abdullah Ali Fawwaz, Syeikh Abdul Malik Sa’di, Syeikh Jamil Saqar, Dato’ Salleh Ahmad, Dato’ Hashim Yahya, Dato Hasan Ahmad, Mufti Penang dan ramai lagi.

Lihat penjelasannya Hal ini –  https://www.facebook.com/zamihan/posts/785082631517478

Ini menunjukkan lebih ramai lagi alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaáh yang mempengaruhi dan mencorakkan pemikiran dan sahsiah Dr Zamihan Al Ghari.

Jadi amat jahat sekali tuduhan beberapa individu di atas.

Dalam masa yang sama agak pelik, sebab Mufti Perlis Dr MAZA mengagungkan juga Ben Baz, Al Albani, Sholeh Uthaimin yang terlibat mengkafirkan majoriti ulamak dan umat Islam, bahkan Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani juga turut dikeluarkan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaáh menurut ulamak Wahhabi. Dan Dr Asri pernah menyatakan Syiah perlu dibenarkan beramal dengan ajaran mereka di Malaysia apabila polis dan JAIS menahan pengikut Syiah di Gombak.

Jika benar DZMZ syiah kenapa beliau sendiri membuat pendedahan mengenai penyelewengan Syiah?

UNTUK MAKLUMAN Dr Zamihan telah menerangkannya pada Majlis Penjelasan Fatwa di Pusat Islam pada 31.10.2013  dan tulisan tersebut telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, yang anda boleh dibaca di sini – http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/muat%20turun/SYIAH%20TERKINI%201.pdf

Seminar, program mengenai kebatilan syiah, wahhabi, anti hadith, pluralisme, liberalisme, terrorisme anjuran agensi kerajaan, jabatan-jabatan agama banyak yang menjemput beliau sebagai pembentang/penceramah kerana kepakarannya.

Radikal Wahhabi semakin menjadi-jadi, apatah lagi sejak akhir-akhir ini kebangkitan Ahlus Sunnah Wal Jamaáh semakin terserlah dengan [program dakwah Majlis Cinta Allah dan Rasul, Pengajian Kitab secara bertalaqqi dan bersanad, kewujudan PERTAMA (Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia) yang telah mengadakan program pertama iaitu ZIKIR PERDANA pada 7hb November 2015 Begitu mendapat sambutan umat Islam.

Begitu juga radikal Wahhabi ini tergugat apabila banyak bukti kegiatan ekstrimis seperti IS akarnya adalah dari ajaran Wahhabi.

Kita doakan  agar perjuangan Ustaz Dr Hj Zamihan ini diberkati Allah, diberi penolong yang berani dan setia, serta kekal thabat dalam mempertahankan Ahlus Sunnah Wal Jamaáh di Malaysia.

Lampiran 1

JAWAPAN Dr Zamihan isu kafirkan Nik Aziz

1. Zamihan tidak pernah sesekali MENGKAPIRKAN TG Nik Aziz atau mana2 individu  tanpa sbb yg tidak dibenarkan hukum syarak. Wallahi,  wa billahi, Wa tallahi Si Asri seorg Mufti Pembohong Besar. Maka celakalah dirinya atas fitnah yg dicetuskannya.

2. Asri kelihatan sarsar dan kehilangan arah apabila cuba mengaitkan saya mengkapirkan TG Nik Aziz semata2 dgn menonton satu video pendek. sebenarnya isu takfir memerlukan hujah dan pdetailan ttp Si jahil ini benar2 naif dlm menilai dan membuat kesimpulan tuntas.

Selain itu,  Asri juga buta mata dan hati utk mengetahui hakikat bahawa saya juga pernah berguru dgn TG Nik Aziz dlm tafsir al Quran dan talaqqi slpas subuh menerusi kitab Haqaiq An Tasawuf karangan Syeikh Abd Qader Isa lebih dari 3 tahun di Pulau Melaka. Saya juga pernah mengganti arwah TG Nik Aziz menyampaikan kuliah maghrib dan subuh di pulau Melaka melebihi 30x… Adakah logik jika saya bertindak mengkapirkan Tok Guru saya sendiri tanpa hak? Lu pikirlah sendiri.

3. Asri mula gelabah apabila saya mengkritik fatwa lucu Perlis tntg zikir menari yg didakwa oleh pakar2 pentaksub wahhabi sbg menyalahi hukum syarak. Beliau jelas meroyan dan  Kepanasan. Proses pendidihan maxima d suhu otaknya menjadikan beliau nanar dan cuba mencari apa jua kekurangan saya…supaya saya kelihatan seorang penjahat, pengganas dan paling penting dibenci oleh ahli PAS. Adakah matlamat Asri menghalalkan cara.? Hayhata.

4. Ajaran Wahhabi jelas radikal dan ekstremis. Mereka sanggup melakukan assasination ke atas sesiapa sahaja yg mengkitik mereka termasuk saya. Tetapi bila diajak debat…mereka menikus dan dayus. Termasuk Muftin Perlis.

Ayuh kita bersemuka dan berdiskusi mencari kebenaran tanpa sebarang syarat. Hubungi saya : 012 213 5518 24 jam. Ada brannn!

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Leave a comment